suria

Selepas tular, pesakit dedah sisi lain doktor 'mengamuk' - “Masa dia jerit, saya memang ada perasaan negatif tapi...”

Alia mendedahkan menerima layanan yang baik daripada doktor 'mengamuk' dalam video tular sebelum ini.

PADA awalnya wanita ini skeptikal dengan rawatan di klinik kerajaan selepas melihat reaksi 'menakutkan' seorang doktor terjerit-jerit memanggil nombor giliran pesakitnya.

Namun persepsi Nurul Rabiatul Alia berubah 360 darjah selepas menerima layanan berbeza daripada doktor tersebut pada Disember lalu.

Kebetulan doktor sama pernah tular baru-baru ini dalam satu video yang memperlihatkan dia menjerit kepada seorang pesakit yang didakwa menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kutu jalanan disangka pakai guna-guna pikat bakal doktor... realitinya kini amat mengejutkan - “Jangan pandang rendah sesiapa pun”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 8 bulan, pakar bedah UK sanggup pandu dari KL ke Melaka jumpa Ainul... siap buat check up - “Apa yang dia bimbang sebelum ini tidak berlaku”

"Bila saya tengok video yang viral tu saya terfikir, eh ni macam doktor yang pernah rawat saya dua bulan lalu.

"Saya terkejut tengok dia mengamuk. Saya macam tak percaya sebab memang berbeza sangat dengan layanan dia semasa merawat saya.

"Apa saya boleh kata cara dia treat saya macam doktor di klinik swasta. Dia tanya saya in detail apa sakit saya sebab demam teruk selepas balik bercuti," katanya kepada mStar.


Alia pernah menerima rawatan daripada doktor terbabit pada Disember lalu.

Lebih mesra disapa Alia, wanita itu turut berkongsi cerita mengenai tanggapan pertamanya terhadap doktor berkenaan.

"Waktu menunggu tu saya dengar seorang doktor menjerit panggil nombor. Suara dia memang kuat dan menakutkan. Saya dengar pun macam nak balik dah time tu.

"Saya tengok muka doktor tu. Dalam hati saya berdoa, eh janganlah dapat doktor ini. 

Bila saya duduk, tiba-tiba doktor tu cakap ya puan sakit apa? Aih tadi bukan main garang, kenapa dia tiba-tiba macam baik?

NURUL RABIATUL ALIA.

"Aunty yang duduk sebelah saya pun kata dia takut dan harap tak dapat doktor tu. Kebetulan pagi tu sistem nombor (giliran) tengah down," ceritanya mengenai kejadian akhir tahun lalu itu.

Namun sebaik tiba nombor gilirannya, Alia terkejut apabila apa yang diharapnya tidak berlaku.

"Saya ketuk pintu. Bila buka pintu dan cakap good morning,  terkejut apabila terpandang doktor itu. 

"Allah doktor ni. Masa tu saya rasa macam nak balik. Sakit saya pun rasa macam tiba-tiba dah hilang. Saya memang takut sangat tak tahu nak cakap macam mana," katanya.

Perkongsian Alia mengenai pengalamannya dirawat doktor terbabit mendapat perhatian netizen.

Wanita berusia 27 tahun itu berkata ketakutannya tiba-tiba hilang sebaik sahaja doktor itu bertanyakan sakit yang dialaminya.

"Bila saya duduk, tiba-tiba doktor tu cakap ya puan sakit apa? Aih tadi bukan main garang, kenapa dia tiba-tiba macam baik?

"Cara dia layan memang polite. Saya first time ambil darah jadi tak tahu kat mana. Dia kata puan kena ambil di makmal lepas tu saya akan panggil nombor puan semula.

"Memang baik sangat cara dia cakap. Once dia treat saya macam tu, saya terus kagum dengan rawatan di klinik kerajaan sebab sebelum ini selalu pergi klinik swasta je," katanya.

Susulan itu, Alia berkata dia belajar sesuatu daripada pengalaman yang dilaluinya itu.

"Mula-mula masa dia jerit tu saya memang ada perasaan negatif kat dia. Tapi bila tengok cara dia, saya akui tersilap sebab hanya tengok luaran je.

"Jadi saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya di Twitter kerana apa yang saya lalui ketika dirawat doktor itu amat berbeza.

Respons netizen terhadap posting Alia.

"Waktu dia check suhu kat dahi saya, saya masih ingat lagi ayat dia 'ada demam sikitlah'. Dia doktor yang baik. Jadi saya rasa mungkin ada sesuatu yang membuatkan dia mengamuk dalam video tu," katanya.

Perkongsian Alia mengenai pengalaman dirawat doktor tersebut mendapat 15,400 ulang kicau dan lebih 14, 000 tanda suka di Twitter.

Rata-rata mengecam tindakan individu yang merakam video tersebut.

"Orang yang ambil video ni maybe tak sabar tunggu. So itu yang doktor cakap, 'you cannot wait, you get out!," kata netizen.

"Mesti ada backstory yang buat dia triggered. Tq for penjelasan," tulis Tujuh.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
doktor, klinik kesihatan, Alia, mengamuk

Artikel Lain