BUKAN paras rupa sahaja yang menjadi ukuran. Demikian kata wakil penganjur pencarian ikon lelaki, Man of Malaysia berhubung komen-komen negatif netizen yang menjurus kepada face shaming ke atas peserta program berkenaan. Bercakap kepada mStar, Mohd Faiz Mazlishah, 30, bagaimanapun menganggap ia sebagai satu lumrah biasa buat peserta sebelum mereka menceburkan diri dalam bidang seni pada masa akan datang. ARTIKEL BERKAITAN: Finalis Mr Cute Sabah 2018 teruk dikutuk, disamakan dengan haiwan, laporan polis dibuat ARTIKEL BERKAITAN: “The real gajah duduk...” - Gurauan annoying buat air mata gadis ini menitis... tapi prinsipnya sekarang ‘pedulikan apa orang cakap!’ "Ini adalah pengalaman pertama mereka. Sebelum photoshoot pun kami dah pesan. Jangan culture shock. "Dah brief details... dah ready. Kita minta peserta ambil sebagai cabaran untuk mereka tunjuk sisi lebih bagus pada masa depan. "Kita pun ambil peserta baharu, yang tak ada pengalaman. Kita akan groom mereka, persiapkan diri sebelum masuk industri," ujarnya. 16 peserta pencarian Man of Malaysia. Foto: Archer Images. Mesra disapa Faiz, dia berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika ada netizen yang memberikan komen melampau yang berbaur ugutan dan sebagainya. Namun katanya, semuanya masih terkawal setakat ini biarpun sedikit kecewa dengan hinaan fizikal yang dilemparkan kepada 16 peserta program itu. "Yang kita photoshoot tu konsep beauty walaupun mereka lelaki. Ada juga konsep maskulin tapi tak buat lagi. Melayu bukan tak handsome. Pergi luar, ramai je yang teruja dengan muka kita. MOHD FAIZ MAZLISHAH WAKIL PENGANJUR "Netizen tak faham... banyak kecam mekap, pose peserta. Kita terkilan dengan komen negatif. "Kita pantau, kalau lebih limit sampai ada ugutan jenayah, kita akan ambil tindakan. Sebab kita pun nak jaga keselamatan peserta," katanya. Dia mengulas isu itu susulan kebanjiran komen negatif yang memperkatakan rupa paras peserta dalam bahasa yang kurang enak. Penganjur berharap peserta menggunakan platform ini untuk mempersiapkan diri sebelum menceburi industri seni pada masa akan datang. Antaranya, ada peserta yang diberi gelaran bapok, wajah Covid-19, tukang cat rumah, rambut pokok kelapa dan sebagainya. "Netizen kita skeptikal. Tengok muka-muka mat salih dan Pan Asia je. "Kalau tengok muka Melayu terus tak handsome. Netizen kena tengok secara holistik, bukan sekadar rupa. Antara komen penghinaan yang dilemparkan kepada peserta. "Melayu bukan tak handsome. Pergi luar, ramai je yang teruja dengan muka kita," ujarnya lagi. Menurut Faiz, pertandingan Man of Malaysia memulakan pencarian pada Disember lalu dan bermula secara rasmi pada Januari tahun ini. Faiz mengakui pihaknya ada memantau komen-komen netizen di media sosial. Disusuli beberapa aktiviti seperti minggu fesyen, cabaran video advokasi dan photoshoot, peringkat akhir pertandingan anjuran Triple XL Media itu akan berlangsung pada Jun depan. Kata Faiz lagi, dia berharap peserta menjadikan pertandingan ini sebagai platform untuk mereka mempersiapkan diri sebelum melangkah lebih jauh menjadi pelakon, penyanyi, model dan sebagainya pada masa akan datang.