“KING of the road!” Itu antara komen yang dilontarkan oleh netizen terhadap satu klip video yang memaparkan sebuah kereta Myvi membuat pusingan U secara tiba-tiba, sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Dalam rakaman video berdurasi 30 saat yang dikongsikan di Facebook We Are Malaysian baru-baru ini, kereta Myvi putih itu pada mulanya berada di laluan bertentangan yang sesak. ARTIKEL BERKAITAN: “Myvi ni memang tak boleh behave ke? Hari-hari ada je buat perangai” - Aksi kereta Perodua redah laluan rumput, tak hirau kesesakan lalu lintas bikin ramai bingung ARTIKEL BERKAITAN: Langgar beberapa kenderaan lain untuk larikan diri, pemandu Myvi biru akhirnya ditahan Berkemungkinan enggan terus terperangkap di dalam kesesakan jalan raya, pemandu kereta keluaran Perodua itu bertindak membuat pusingan U. Tindakan itu menyebabkan kenderaan yang dipandu oleh seorang pengguna jalan raya yang sedang memandu dalam kelajuan sederhana di laluan bertentangan hampir sahaja melanggar Myvi tersebut. Bagaimanapun pemandu berkenaan berjaya mengelak daripada menghentam Myvi tersebut dengan menekan brek secara mengejut. Perkongsian di Facebook We Are Malaysian mengenai aksi 'luar biasa' sebuah kereta Myvi menjadi tular di media sosial tersebut. Turut kedengaran hon yang panjang dibunyikan oleh pemandu berkenaan, selain bunyi tangisan kanak-kanak dari dalam kereta tersebut. Kereta Myvi itu pada mulanya berhenti seketika di bahu jalan, namun kemudian meneruskan pemanduannya tanpa rasa bersalah. Aksi selamba Myvi itu berjaya dirakam oleh kamera papan pemuka (dashcam) yang terdapat pada kereta ‘mangsa’. Selalu guna jalan ini, tapi amat tidak dinasihatkan untuk gunakan jalan ini sewaktu waktu puncak. Dan, salah untuk buat pusingan U haram pada jalan tersebut. NETIZEN Sehingga rakaman tamat, pemandu itu berhenti dan tidak mengejar kereta Myvi berkenaan. Posting tersebut hingga kini meraih 320 shares dan dibanjiri ratusan komen netizen. Menerusi komen netizen, difahamkan kejadian tersebut berlaku di Jalan Khidmat, Kota Kinabalu, Sabah. Antara komen netizen terhadap perkongsian video aksi 'luar biasa' Myvi tersebut. “Selalu guna jalan ini, tapi amat tidak dinasihatkan untuk gunakan jalan ini sewaktu waktu puncak. Dan, salah untuk buat pusingan U haram pada jalan tersebut,” tulis seorang netizen. “Myvi lagi….” komen yang laing pula, merujuk aksi luar biasa yang sering dilakukan kereta model tersebut. “Fuh hampir-hampir falling down,” komen yang lain pula. Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang melontarkan komen berunsur jenaka. “Berani betul dia hon Myvi tu… King of the road tu,” komen seorang netizen. “Lesen kopi ni,” komen seorang netizen lain. View this post on Instagram Fuhhh sikit je lagi nak kena hentam. Tak boleh terima betul kalau terkena dengan pemandu macam ni. Kredit: FB We Are Malaysian #mstarkongsi #mstarSH A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Feb 21, 2020 at 7:15pm PST