KES yang membabitkan warga emas sememangnya mudah menyentuh hati netizen. Apatah lagi sekiranya ditularkan di media sosial, pastinya mengundang simpati ramai. Baru-baru ini tular satu klip video yang memaparkan seorang lelaki tua dipukul oleh seorang pengawal keselamatan beberapa kali menggunakan tangan. ARTIKEL BERKAITAN: Jalan kaki macam nak pitam sambil pegang biskut, rupa-rupanya kisah hidup makcik ni lebih tragis daripada yang diceritakan kepada pemandu lori! ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu lori tak sangka ada mata perhati gerak gerinya bersama pakcik bertongkat... tau-tau dah viral - “Rakan beritahu, berderau juga darah...” Menerusi klip video berdurasi 37 saat itu, kelihatan lelaki tua berkopiah dan berbaju Melayu yang dalam lingkungan umur 50-an itu ditampar di bahagian muka, kepala dan perut oleh pengawal keselamatan itu. Lelaki itu yang dikatakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) juga dilihat tidak melawan, sebaliknya hanya menahan pukulan menggunakan tangannya. Menerusi komen netizen, difahamkan kejadian berlaku di Terminal Feri Kuala Perlis, Jumaat lepas. Antara komen netizen yang mendakwa OKU berkenaan dipukul kerana berkelakuan tidak senonoh. Rakaman tersebut yang dikongsikan di Facebook We Are Malaysian sehingga kini meraih 1,000 shares, selain mengundang pelbagai versi cerita dan komen netizen. Menerusi ruangan komen, ada netizen mendakwa pengawal keselamatan bertindak memukul dan menghalau lelaki tua OKU itu kerana dia dikatakan melakukan perbuatan tidak senonoh. “Wahai saudara FB tolong periksa betul-betul sebelum menuduh pak guard ni. Sebab orang tua ni dah banyak kali ditangkap membuat benda tak senonoh,” tulis seorang netizen. “Dah banyak kali dah dengar cerita pasal pakcik ni skodeng dekat tandas perempuan. Kalau tak pun, ambil gambar curi-curi dalam skirt pakai telefon bimbit,” komen seorang netizen lagi. “OKU tu suka merakam video-video amoi seksi, pernah kena tangkap dalam telefon banyak benda lucah,” komen seorang netizen lain pula. Rata-rata mentizen menyifatkan tindakan pengawal keselematan tersebut keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan. Bagaimanapun, rata-rata netizen menyifatkan sekiranya dakwaan tersebut benar sekalipun, tindakan pengawal keselamatan itu tetap tidak wajar memandangkan perkara tersebut sepatutnya diselesaikan oleh polis. “Siapa salah siapa tak salah itu tak penting. Sebagai manusia, pengawal keselamatan itu kena fikir dia tu OKU,” komen seorang netizen. “Tak kira apa pun, tak ada keperluan untuk naikkan tangan,” tulis netizen lain. “Walau apa pun pengawal keselamatan tak ada hak pukul dia. Panggil polis lah kalau serius,” tulis netizen lain pula. Difahamkan isu tersebut sudah diselesaikan pihak polis dan kedua-duanya sepakat untuk berdamai. Malah ada juga yang menggesa agar pengawal keselamatan itu dikenakan tindakan tegas kerana bertindak sesuka hati. Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, kes berkenaan dilaporkan telah diselesaikan oleh pihak polis di mana kedua-dua pihak sepakat untuk berdamai. “Pengajaran buat semua. Jangan buat andaian yang tak betul. Jangan dengar sebelah pihak sahaja,” komen seorang netizen.