KECOH di media sosial apabila timbul dakwaan bahawa wanita boleh mengandung jika berkongsi kolam renang dengan golongan lelaki. Susulan itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI), Sitti Hikmawatty mengingatkan golongan wanita supaya berhati-hati semasa menggunakan kemudahan awam tersebut. “Ada jenis sperma tertentu yang sangat kuat. Walaupun tidak berlaku persetubuhan tetapi ada lelaki terangsang dan mengeluarkan sperma. ARTIKEL BERKAITAN: “Nasihat ‘makcik bawang’ sangatlah mengarut” - Dr Imelda pelik... air kelapa punyalah nikmat, berkhasiat tapi wanita hamil dihalang sentuh ARTIKEL BERKAITAN: Gigih sorok kehamilan dan ‘baby bump’ di media sosial, suami pun sokong... tapi akhirnya terpaksa pecah rahsia kerana durian! “Lebih-lebih lagi kalau wanita itu pula sedang berada dalam waktu subur, ia berkemungkinan besar boleh berlaku. Tiada siapa yang tahu bagaimana reaksi golongan lelaki apabila mereka melihat wanita di kolam renang,” katanya seperti dilaporkan portal The Sun. Namun perkara itu dinafikan pakar bedah, Dr Zainal Adwin Zainal Abidin yang menyifatkan dakwaan itu agak keterlaluan. Dr Zainal Adwin Zainal Abidin. "Baru baru ini ada berita yang kata bahawa wanita boleh mengandung jika berenang di dalam kolam renang yang ada kaum lelaki di dalamnya. Wow! "Katanya, ada sperma lelaki yang boleh menyebabkan perempuan hamil tanpa hubungan seks. Ini claim yang sangat tinggi tahap imaginasinya," katanya dalam satu bebenang di Twitternya. Menurut Dr Zainal Adwin, sperma dan air mani adalah dua perkara yang berbeza. "Air mani adalah campuran sperma (5 hingga 10 peratus) dan seminal fluid. Seminal fluid mengandungi nutrien dan bendalir prostat yang memberi ia sifat alkali. "Ini penting untuk pertahan sperma dari sifat asid di dalam vagina apabila ia memulakan perjalanannya kelak," katanya. Malah katanya lagi, jangka hayat sperma berbeza mengikut lokasinya dan tak mampu menghamilkan wanita jika ia berada di dalam air kolam mengandungi klorin. "Jika di permukaan kering seperti tilam, sperma akan mati apabila ia kering. Dalam air, boleh hidup lama sedikit tapi dalam air kolam yang mengandungi chlorine, hayatnya pendek dan tak mampu menghamilkan wanita. Sitti dikecam hebat oleh netizen gara-gara kenyataan tidak berasasnya itu. "Di dalam badan wanita, sperma boleh hidup selama lima hari. Jadi jika anda melakukan hubungan seks beberapa hari sebelum partner anda berovulasi, ada kemungkinan partner anda mengandung," katanya. Dr Zainal Adwin menjelaskan, setiap kali air mani dipancutkan 100 juta sperma dikeluarkan dan hanya satu sperma perlu untuk mensenyawakan satu ovum wanita. "Tapi perjalanannya jauh dan berliku. Yang berjaya tiba di ovum ialah sperma yang terbaik. Itulah ketentuan Allah. "Kuantiti air mani biasanya dua hingga enam mililiter atau setengah teaspoon. Air mani yang pekat mungkin menyebabkan sperma susah bergerak. Dalam satu jam, sekurangnya 32 peratus sperma patut bergerak lurus," katanya. Jika di permukaan kering seperti tilam, sperma akan mati apabila ia kering. Dalam air, boleh hidup lama sedikit tapi dalam air kolam yang mengandungi chlorine, hayatnya pendek dan tak mampu menghamilkan wanita. DR ZAINAL ADWIN ZAINAL ABIDIN PAKAR BEDAH Tambahnya lagi, terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kuantiti sperma. "Untuk tingkatkan kuantiti sperma, bersenam secara kerap, diet yang tinggi kandungan Vitamin C, kurangkan stress, tidur secukupnya dan dapatkan Zinc secukupnya. "Production sperma tidak berhenti. Tetapi kadar penghasilannya berbeza ikut umur. Dalam satu saat, sebanyak 1,500 sperma dihasilkan. Jangka hayat sperma pendek jika hidup dalam air kolam yang mengandungi klorin dan tidak mampu menghamilkan wanita. "Kiralah sendiri ye berapa banyak sperma yang terhasil masa korang tengah main game tu. Hehehe. Ia ambil masa dua bulan untuk sperma tersebut matang," katanya. Justeru Dr Zainal Adwin menasihati golongan wanita supaya jangan takut untuk berenang di kolam awam. "Maka itulah some facts tentang sperma. Jangan risau untuk berenang di kolam awam ye. "Sentiasa ingat kitalah hasil persenyawaan sperma terbaik dari bapa dan ovum terbaik dari mak kita. Jangan malukan ibu bapa kita OK," katanya. "Soalan masa aku sekolah menengah form 3, during science class. My teacher said tak boleh pregnant pun! Aku dah kahwin baru faham. Hahahahaha. Bodoh sangat imaginasi dia ni," kata Lisa. "Terkejut masa baca news tu. Macam aik... senangnya nak mengandung... nanti lepas beranak jenuh nak buat DNA dekat anak sebab nak tau siapa bapaknya," kata NLC. "Baca headline dia sangat mind fuck. Mana mungkin sperm survive dalam kolam mandi dan pergi terus dalam uterus perempuan... these are not berudu OK!" tulis Hannah.