SETIAP pengantin baharu pastinya menerima pelbagai hadiah daripada rakan mahupun saudara mara bagi meraikan hari bahagia mereka. Ada bungkusan berupa pinggan mangkuk, pengisar, periuk nasi, vakum, oven dan macam-macam lagi. Namun berbeza pula dengan wanita berusia 32 tahun ini apabila menerima sepasang kasut comel pada hari bahagianya kira-kira lapan tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Lafaz terhenti, menangis nikahkan anak, pengantin imbas pesanan bapa pertama kali jumpa BF - “Saat papa berhenti saya tahu ada sesuatu tak kena” ARTIKEL BERKAITAN: “Selepas nikah saya ada 'curi' tengok abah...” - Anak sebak, bapa 'pelik' beberapa jam sebelum dirinya jadi isteri orang Sebaik saja terlihat hadiah itu, Farah Syaza Mansor terus terkenang kasut yang pernah disarungnya ketika dia berusia dua tahun. "Sudah tentu saya kenal kasut tu. Saya tahu kasut tu saya punya sebab saya pernah tengok gambar saya waktu kecil pakai kasut tu. Farah bersama bapanya semasa kecil. "Masa tu memang saya terus menangis. Bila dah menangis family belah suami (kini bekas suami) dah riuh. Mereka ingat ada seseorang nak kenakan saya tapi rupa-rupanya itu kasut saya sendiri. "Saya cuba tahan sedih sampai nak cakap pun payah. Bila saya beritahu mereka itu sebenarnya kasut saya waktu kecik. Semua tiba-tiba senyap," katanya mengimbau memori lampau kepada mStar. Pada awalnya, Farah Syaza atau lebih mesra disapa Farah berkata dia sedikit teruja apabila menjangkakan hadiah yang diterimanya itu sebuah kamera digital kerana gambar pada kotak bungkusan itu. "Bila saya buka bungkusan berbalut tu kotak kamera. Masa tu 2012 kalau dapat kamera digital memang happy tak terkata lah. "Buka je kotak terus nampak kasut tu. Memang saya tak sangka langsung dapat hadiah tu sebab cara hadiah tu berbalut pun saya dah pelik. Posting Farah mendapat lebih 9,000 ulang kicau dan 8,600 tanda suka di Twitter. "Kebanyakan wrap dengan kertas cantik-cantik tapi bungkusan tu hanya balut dengan kertas A4 je. Lagi satu saya pelik sebab tak ada kad kecik atau tulis apa-apa. Jadi saya tak tahu hadiah tu daripada siapa," katanya. Farah berkata dia terus sebak apabila terjumpa surat daripada bapanya bersama dengan kasut di dalam kotak tersebut. "Dekat bawah kasut dalam kotak tu ada satu surat. Saya kenal tulisan tu. Itu memang tulisan ayah saya. Nak baca surat tu memang dah terketar-ketar suara saya. Walaupun saya dah suami sudah berpisah hadiah itu tetap saya simpan sampai hari ini. Itulah hadiah paling berharga pernah saya dapat. FARAH SYAZA MANSOR. "Dari sekecil tapak kaki mu anakku, ayah dan ibu mendidik, mengasuh dan memanjakan mu. Kini ayah ibu serta adik-adik menyerahkan tanggungjawab kepada suamimu. Didiklah wahai F**z supaya berbahagia dan diberkati Allah. "Saya rasa nak meraung dah tetapi memandangkan waktu tu kat rumah bekas mentua, saya cuba kawal emosi saya. Tapi rumah tu dengan rumah parents saya dekat je jadi saya memang terus balik rumah malam tu juga. Farah memeluk bapanya gara-gara sebak di hari bahagianya. "Bila balik tu sebagai anak ada ego kita. Kalau ikutkan nak je peluk ayah tapi saya buat-buat 'happy' dan tanya ayah kenapa dia bagi kasut tu," katanya. Meskipun jodoh anak sulung daripada empat beradik ini dengan suaminya tidak panjang, dia masih lagi menyimpan hadiah tersebut sehingga hari ini. "Walaupun saya dah suami sudah berpisah, hadiah itu tetap saya simpan sampai hari ini. Itulah hadiah paling berharga pernah saya dapat. "Bagi saya hadiah itu ada sentimental value. Saya tak sangka ayah boleh sampai ke tahap tu. Tak tahulah bila dia bawa hadiah tu, bila dia balut, tengok-tengok je ada dekat rumah bekas mentua saya. "Ayah saya jenis tak tunjuk rasa sayang dia. Tapi dia luahkan kasih sayang dia melalui hadiah tersebut. Ini cara ayah saya. Dia sebenarnya gemar meluahkan perasaan menerusi kata-kata," katanya. Jelas Farah lagi, ibu bapanya pernah mengeluarkan pakaiannya semasa bayi ketika mengetahui dia mengandung pada 2013. "Mereka keluarkan barang baby yang pernah saya guna. Mereka letak dalam bakul tapi malangnya baby saya meninggal dunia dalam kandungan. Farah bersama anak buahnya. "Jadi barang tu saya tahu masih tersimpan dalam bilik mereka. Saya pernah tengok mereka basuh. Barang tu dalam keadaan elok sebab parents saya jenis cermat. "Bila adik saya bersalin, anak buah saya pun dapat barang mak dia masa kecik. Pakaian macam overall jeans dan topi adik saya masih lagi elok sampai sekarang," katanya. Mengenai postingnya itu, Farah berkata dia tidak menduga kisahnya itu akan menjadi tular di Twitter. "Sebenarnya saya ada follow Twitter wedding. Dalam Twitter tu banyak post hal berkaitan wedding sebab saya pun ada buat wedding rental and deco. "Ada satu topik yang dibincangkan adalah mengenai hadiah kahwin. Waktu tu saya ingat satu benda je... kasut yang ayah saya bagi tu. "Jadi saya pun share gambar kasut tu. Tak sangka boleh viral pula walaupun kisah tu lapan tahun lalu. Memang saya terkejut," katanya.