suria

Alamak! Telur lipas atau kacang merah? Yang penting makanan dalam pinggan dah licin - “Sudah habis nasi, masa nak bayar baru jumpa”

Tangkapan skrin video menunjukkan seorang pelanggan mendakwa menemui telur lipas pada hidangannya di sebuah restoran mamak. Sumber Facebook We Are Malaysians

PERNAHKAH anda membayangkan hanya ada sebiji kacang merah dalam hidangan berlauk yang disajikan kepada pelanggan di restoran?

Itulah yang menjadi persoalan seorang pemuda apabila menemui ‘sesuatu’ pada pinggannya sebaik selesai menikmati juadah.

“Aku rasa inilah telur lipas,” menurut seorang pemuda menerusi rakaman video yang dikongsi di halaman Facebook We Are Malaysians.

ARTIKEL BERKAITAN: Terbantut selera! Spageti aglio olio hampir licin, baru nampak lipas sembunyi dalam kupang

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas kejadian anak tak balik 2 hari diserang lipas terbang, ibunya kini lebih aman di tandas - “Tak peduli langsung ibu tengah buang air”

Rakaman video berdurasi satu minit dan 20 saat itu menunjukkan pinggan seorang pelanggan yang hampir licin, hanya tinggal cebisan sayur dan telur goreng.

Seorang pelanggan cuba memecahkan telur lipas yang dikatakan kacang merah.

Dirakamkan oleh seorang individu lain, kemudian kedengaran suara yang memanggil pekerja restoran berhubung penemuan ramuan aneh yang didakwa telur lipas.

Bagaimanapun, pekerja di restoran mamak itu memaklumkan ia adalah kacang merah.

Lantas pelanggan yang tidak dikenali itu menggunakan sudu dan garpunya untuk memecahkan biji yang dikatakan kacang merah itu.

Menerusi ruangan komen, turut dikongsikan gambar 'kacang merah' yang telah dipecahkan.

'Kacang merah' yang telah dipecahkan.

Berdasarkan perkongsian yang meraih lebih 19,000 tontonan itu, insiden didakwa berlaku di Kota Warisan di Sepang, Selangor.

Walaupun penemuan tersebut mengejutkan, rata-rata netizen mempersoalkan tentang 'kacang merah' itu yang ditemui hanya selepas hidangan hampir habis.

“Simpan kacang merah sampai last minute ye bossku. Kegemaran dia kot, lambat betul makan, nasi pun habis licin,” komen seorang netizen.

“Dah licin pinggan baru nak tanya kacang apa,” ujar yang lain.

“Sudah habis nasi, masa nak bayar baru jumpa,” tambah seorang lagi.

Komen netizen mengenai penemuan 'kacang merah'.

Malah, ada yang mempertikaikan mengapa tiada kesan makanan pada telur lipas berkenaan.

“Tak ada satu dot lauk dekat telur lipas tu. Keluar dari poket ke,” soal seorang pemuda.

Dalam pada itu, seorang netizen memberi komen yang merujuk kepada tindakan pemuda itu memecahkan telur lipas tersebut.

“Dia bunuh anak-anak lipas. Ini adalah kekejaman haiwan,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
lipas, telur, kacang merah, restoran, mamak

Artikel Lain