SUDAH menjadi lumrah kehidupan, apabila kita di bawah, tiada siapa sudi berkawan! Namun bila sudah di 'atas', seorang demi seorang datang menghampiri. Begitulah perkongsian Mohamad Afiq Abd Molok yang menjadi tular di laman Twitter baru-baru ini. Pemuda yang berusia 24 tahun itu melalui tweetnya berkata dia memulakan perniagaan dari bawah, malahan sering dipandang rendah oleh rakan-rakan. ARTIKEL BERKAITAN: Terkilan tak dapat sambut harijadi ayah, anak kongsi kisah bapa tunggal tip top walau ada 8 anak... dari masak ke jahit semuanya settle! - “Walid dah hilang bantal peluk tapi...” ARTIKEL BERKAITAN: Jawapan “rahsia cikgu” ada kisah di sebaliknya, perkongsian murid Tahun 5 ini undang simpati - “Hari ini giliran adik sebab ada PJ, saya pakai seluar sekolah la” "Afiq, tak payah berangan nak ada bisnes sendiri. Nak beli spender pun teragak-agak nak keluar duit dari dompet," begitulah ayat yang pernah dilemparkan rakan Afiq kepadanya. Bercerita kepada mStar, Afiq memberitahu selapas menamatkan pengajian Diploma Perniagaan Antarabangsa di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), dia pergi sehelai sepinggang ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. "Keluarga saya bukan orang senang. Saya datang dari Kuala Lipis, Pahang dan bekerja sebagai pembantu eksekutif jualan di sebuah syarikat atas talian dengan mendapat gaji RM600 sebulan. Tweet Afiq mendapat perhatian netizen dengan memperolehi lebih 2,100 ulang kicau dan 5,200 tanda suka. "Tak lama lepas tu, saya buat bisnes jual kasut sebagai perniagaan pertama. Saya jual secara online," ujarnya. Mengulas lanjut mengenai perniagaannya sekarang, kata Afiq, kini dia terlibat dalam operasi syarikat pengiklanan di laman sosial Facebook. "Job pertama saya adalah buat iklan untuk sebuah company ni, saya dibayar RM500 sebulan, bergantung kepada pelanggan sama ada enam bulan atau setahun. "Sekarang harga minimum bagi pelanggan adalah RM2,500 sebulan bergantung kepada jenis pakej yang dilanggan," katanya. Ketika ditanya, Afiq memberitahu sehingga kini syarikat miliknya itu, Underads Group Sdn Bhd mempunyai seramai 23 kakitangan. Afiq (baris depan paling kanan) bergambar bersama sebahagian kakitangan Undweads Group Sdn. Bhd. "Alhamdulillah, hasil titik peluh sendiri saya berjaya memiliki dua kereta idaman dan sebuah kondominium. Afiq turut memberitahu selain menawarkan servis pengiklanan, syarikatnya turut menawarkan khidmat reka bentuk laman web, grafik, videografi, dan fotografi. "InsyaAllah saya nak luaskan lagi perniagaan saya di Google, Youtube dan TikTok pada masa akan datang," jelasnya. Di laman twitter miliknya iaitu @im_afiqq, anak muda ini juga kerap berkongsi tip bagaimana untuk memulakan perniagaan, memperbesarkan sasaran pelanggan dan untuk mempelbagaikan produk. Alhamdulillah, hasil titik peluh sendiri saya berjaya memiliki dua kereta idaman dan sebuah kondominium. MOHAMAD AFIQ "Saya kongsi ilmu yang saya ada supaya netizen yang umur lebih kurang saya ni ada idea untuk memulakan perniagaan. "Kalau mereka tanya saya pun, saya tiada masalah untuk berkongsi tips untuk memulakan perniagaan," ujar Afiq. Memandangkan sudah 'berharta' pada usia muda, Afiq diusik mengenai soal perkahwinan dan dia memberitahu ingin mendirikan rumah tangga pada usia 26 tahun.