suria

Bengang gelagat lelaki tak dikenali dalam tren, wanita ini beranikan diri 'sound' suspek! - "Saya pakai t-shirt, seluar panjang... bukan seksi pun"

Seorang lelaki melakukan perbuatan tidak senonoh apabila merakam wanita di dalam LRT.

TANGGAL 8 Mac merupakan Hari Wanita Sedunia yang disambut setiap tahun bagi meraikan golongan itu yang bergelar ibu, isteri mahupun anak.

Sambutan itu bagi memperjuangkan hak kesamarataan antara lelaki dan wanita serta mengurangkan diskriminasi terhadap kaum hawa.

Namun, gangguan seksual tetap berlaku tanpa mengira waktu dah tempat.

ARTIKEL BERKAITAN: "Nak beli spender pun teragak-agak keluar duit..." - Dulu jadi bahan ejekan rakan, kini pemuda melaram 2 kereta mewah sampaikan ramai minta tip!

ARTIKEL BERKAITAN: Terkilan tak dapat sambut harijadi ayah, anak kongsi kisah bapa tunggal tip top walau ada 8 anak... dari masak ke jahit semuanya settle! - “Walid dah hilang bantal peluk tapi...”

"Saya, diganggu secara seksual pada Women's Day. Tak respect perempuan langsung!"

Menceritakan kembali kejadian yang berlaku pada pagi Ahad, Norziani Laily, 25, sedang dalam perjalanan menaiki Transit Aliran Ringan (LRT)  ke Masjid Jamek dari Stesen Sentul Timur.

"Dalam pukul 6 pagi saya dah naik LRT sebab nak sertai acara larian. Saya duduk gerabak paling hujung, hanya ada saya, seorang makcik dan lelaki.

"Pada mulanya tak perasan dia sedang rakam saya, tapi sebab pukul 6 pagi keadaan gelap lagi, saya nampak reflection telefon dia kat cermin belakang. Memang dia tengah rakam saya masa tu," ujarnya kepada mStar.

Terkejut dengan tindakan lelaki tersebut, gadis yang mesra disapa Lily ini tidak teragak-agak untuk terus memarahi lelaki dalam lingkungan 30-an tersebut.

"Saya suruh dia delete video yang dia rakam sambil tumbuk tiang depan dia. Lepas tu, saya jerit dan tengking dia dalam train tu untuk bagi semua penumpang peka akan insiden ini.

"Lepas saya marah tu dia dalam keadaan panik terus padam dan banyak kali meminta maaf kepada saya," ujar Lily yang memberitahu kejadian tersebut hanya diperhatikan oleh penumpang LRT yang lain.

Posting di Twitter menerusi akaun @l0unzl mendapat perhatian netizen.

Mengulas lebih lanjut tentang kejadian ini, Lily memberitahu dia akan mempertimbangkan untuk membuat laporan polis memandangkan ini bukan kali pertama dia menghadapi situasi cemas seperti ini.

"Saya pernah kena kacau banyak kali termasuk masa saya kecil nak pergi mengaji dan satu lagi ketika Tingkatan Empat dalam perjalanan nak ke sekolah.

"Saya kena kacau bukan dengan orang tempatan je, warga asing pun pernah ganggu saya," katanya yang mendakwa pernah terkena gangguan seksual lebih 10 kali.

Kat Lily lagi,  lelaki tersebut telah turun di stesen LRT yang sama dengannya iaitu di LRT Masjid Jamek.

"Mungkin dia nak pergi kerja rasanya, tapi lepas turun tren tu dia ada datang minta maaf lagi kat saya," jelas Lily yang terus ke lokasi untuk menyertai acara larian di ibu kota.

Mengenai posting itu juga, terdapat segelintir netizen yang menyalahkan cara penampilan Lily pada ketika itu.

"Masa tu saya pakai sports attire sebab nak berlari. Saya pakai t-shirt dan seluar panjang, bukan seksi pun.

Saya kena kacau bukan dengan orang tempatan je, warga asing pun pernah ganggu saya

LILY

"Bagi saya, tak perlu nak salahkan penampilan mangsa. Kadang-kadang yang pakai baju kurung longgar pun kena gangguan seksual," tambah gadis yang bekerja di sebuah restoran itu.

Dalam pada itu, Lily sempat memberi nasihat buat penumpang lain bagi mengelak kejadian sama yang dialaminya terjadi kepada orang lain.

"Lepas ni kalau nak masuk tren, cari koc wanita atau gerabak yang ramai penumpang dalam tu. Rasa selamat sikit bila ramai orang.

"Berdiri berhampiran tiang dan kalau boleh tutup bahagian badan tertentu dengan beg atau jaket," ujarnya yang berharap wanita di luar sana lebih berhati-hati dengan individu yang tidak dikenali.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain