suria

Rider basah kuyup luar rumah pelanggan, ramai ‘panas hati’ sampai ada yang menangis – “Dah order tu standby lah siap-siap!”

Seorang penghantar makanan yang basah kuyup semasa tiba di luar sebuah rumah. Foto Facebook Penang Kini

MUNGKIN kelihatan mudah tugas seorang penghantar makanan, hanya menunggang motosikal dan menghantarnya kepada pelanggan di lokasi yang ditetapkan.

Namun, itu apa yang kita nampak tetapi bukan itu sahaja cabarannya terutama apabila diduga semasa menjalankan tugas.

Sekeping gambar yang dikongsi di laman sosial menunjukkan seorang penghantar makanan di luar sebuah rumah ketika hujan lebat mengundang sebak netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan sakit tak sangka rider sudi layan dirinya, ‘Bubur Ayam McD-Panadol’ jadi penawar, “Dapat juga pergi kerja walau separuh hari”

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Exco KLFA tersadai tepi MRR2, mujur abang Foodpanda bagi servis 5 bintang, “Bukan sebab makanan tapi...”

Dalam keadaan hujan begitu lebat itu, sudah tentunya pemuda berkenaan basah kuyup tetapi masih setia menanti bersebelahan motosikalnya di luar rumah berkenaan.

Keadaan seorang penghantar makanan yang dibasahi air hujan.

Susulan perkongsian di halaman Facebook Penang Kini, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa kepada pemuda berkenaan.

“Allahu... berlinang air mata aku tengok. Aku dapat rasa perasaan ni macam mana,” tulis seorang netizen.

“Aku kalau jumpa macam ni... rasanya air mata aku sama lebat macam hujan,” ujar yang lain juga beremosi dengan posting berkenaan.

Part ni lah paling kasihan. Pernah jumpa kat jalan raya. Hujan-hujan pun mereka redah juga sebab nak hantar cepat. Mungkin nak jaga rating mereka, kasihan sangat-sangat,” komen yang lain.

“Allahu, demi mencari sesuap nasi. Standby lah depan pintu bila ada tempahan... mudahkan urusan orang lain,” tulis seorang gadis.

Tugas penghantar makanan sememangnya berdepan dengan pelbagai dugaan. Foto Hadi Rahman

Selain itu, ada yang turut menyuarakan kekesalannya terhadap pelanggan yang tidak bertimbang rasa apabila berlaku kejadian seumpama itu.

“Dah order tu standby lah siap-siap supaya orang pun tak tertunggu-tunggu. Sifat keprihatinan tak ada dalam diri,” katanya.

Part ni lah paling kasihan. Pernah jumpa kat jalan raya. Hujan-hujan pun mereka redah juga sebab nak hantar cepat. 

NETIZEN

“Kebiasaan jadi patung kat depan rumah bila pemiliknya tak tengok handphone mereka (pesanan) dah sampai, dan loceng rumah pemiliknya tu rosak,” ujar seorang pemuda yang berkongsi luahan daripada rakan yang turut bekerja sebagai penghantar makanan.

“Saya kalau waktu hujan, lapar macam mana pun tak akan order dengan runner mana-mana pun. Tak tergamak tengok hujan-hujan suruh mereka hantar makanan,” kata yang lain.

Antara komen netizen.

Malah, seorang penghantar makanan yang lain turut meluahkan perasaan mengenai tugasnya ketika hujan susulan perkongsian foto berkenaan.

“Saya pun rider tapi di Kuala Lumpur. ‘Koyak’ juga mental dengan hadap traffic jam, jalan lubang. Dapat pula pelanggan yang hanya tahu fikir perut dia saja. Pernah nyanyi dalam hujan, sendu hidup rasa,” katanya.

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar penghantar makanan tersebut dimurahkan rezekinya kerana sanggup berkorban demi kepuasan pelanggan.

“Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan adik ni. Mencari rezeki halal banyak dugaan, sabar lah dik,” ujar netizen yang bersimpati.

“Terbaiklah kerja penghantar makanan ni. Kerja ni kan satu ibadah, moga Allah bukakan pintu rezeki buat brother ni,” kata seorang lagi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
grabfood, rider, order, penghantar makanan

Artikel Lain