ADAT berniaga pasti ada naik turunnya. Tapi kalau dah tiap-tiap hari berniaga tetapi jualan tetap 'sendu' sudah tentu bikin peniaganya pening kepala. Itulah yang dilalui Jamilah Abu Hassan apabila jualan corndognya banyak tidak habis dijual sejak bulan lalu. Sedih dengan nasib ibunya, anaknya Nurly Zulhusnie memuat naik satu posting di Twitter meminta orang ramai membeli corndog tersebut untuk membantu perniagaan ibunya. ARTIKEL BERKAITAN: Pernah terduduk ditipu staf, wanita ini dedah terpaksa buat banyak kerja sebelum ditawar buka bisnes nasi lemak di Doha - “Nak senang kena susah” ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau berduit, takkanlah dia duduk di kaki lima jual roti canai segera” - Pelanggan akui peniaga kecil ini malu disapa, tapi perlu teruskan hidup "Hi, boleh ke nak minta tolong everyone tolong my mom. She's selling corndog dekat sebelah Maybank Permaisuri. Kesian tengok mama hari-hari mengadu tak ada orang. Tolong RT pun boleh juga. Thank you," tulisnya dekat Twitter. Namun posting Nurly di Twitter yang tular baru-baru ini sedikit sebanyak membantu perniagaan ibunya apabila ramai mula singgah ke gerai ibunya. Mesej sedih yang diterima Nurly daripada ibunya. "Sebenarnya saya tak sangka tweet tu akan viral sebab saya sekadar berkongsi apa yang mama saya lalui. "Alhamdulillah sejak itu gerai kami terima pelanggan sedikit demi sedikit. Lega hati bila mama happy. "Semalam pun mama mesej beritahu ada orang beli 50 corndog tapi dia suruh sedekah dekat semua orang," katanya kepada mStar. Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, sebelum postingnya tular ibunya sering mengadu kecewa dengan hasil jualannya. "Selalunya sebelum-sebelum ni OK. Mula-mula berniaga tu mak buat dalam enam kilogram (kg) tepung. Tapi dalam beberapa bulan ni dapat jual tiga kg tepung je. "Bulan lepas paling teruk. Memang tak habis tepung tu. Terpaksa bawa balik sebab banyak lagi. Bila mama mesej gambar tepung dalam periuk penuh lagi memang saya sedihlah. Antara menu corndog yang dijual ibu Nurly. "Saya rasa macam eh susahnya dapat sales hari tu. Jadi saya pun post dekat Twitter minta orang stay dekat Cheras tolong beli corndog ibu saya," katanya. Nurly yang masih menuntut di sebuah universiti tempatan di Melaka turut mendedahkan ibunya pernah berhenti berniaga selama setahun gara-gara ada yang dengki dengan perniagaannya. "Mama macam give up, memang tak nak berniaga dah. Nampak riak wajak mama sedih. Lama juga dia stop setahun macam tu. Saya masih ingat lagi waktu tu saya sekolah menengah. Bulan lepas paling teruk. Memang tak habis tepung tu. Terpaksa bawa balik sebab banyak lagi. Bila mama mesej gambar tepung dalam periuk penuh lagi memang saya sedihlah. NURLY ZULHUSNIE. "Tapi mama berniaga balik bila dia jumpa seorang ustaz. Ustaz suruh dia kuat semangat. Kebetulan time tu kakak saya dah masuk universiti dan saya pula di kolej. "Jadi mak pun berniaga semula untuk cari duit. Boleh dikatakan kehidupan kami sekeluarga banyak bergantung dengan perniagaan ibu sebab gaji ayah saya pun tak seberapa," katanya. Malah Nurly yang mengambil jurusan akaun turut berazam mahu belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarganya suatu hari nanti. Gerai ibu Nurly terletak bersebelahan Maybank Sri Permaisuri, Cheras. "Semalam kakak saya WhatsApp dia cakap masa dia solat dia menangis. Dia minta Allah permudahkan urusan mak ayah saya cari rezeki. "Saya juga dah deal dengan kakak nak habiskan degree kami. Bila dah dapat kerja kami nak tak mahu dah bagi mak ayah kerja dah. "Cukuplah mereka bersusah payah mencari rezeki untuk kami sejak kecil. Pengorbanan mereka melebihi segala-galanya," katanya. Gerai ibu Nurly menawarkan lima jenis corndog iaitu orginal/sweet, crunchy (cornflakes), potato, mammee dan chicken cheese. Empat daripadanya berharga RM6, manakala chicken cheese pada harga RM8.