suria

“Bermula cabaran RT, budak SPM 5A naik pentas pakai baju Shell terkejut dapat habuan... Apa yang big boss offer memang sempoi!”

Amir semasa bertemu dengan Shairan pada pagi Jumaat lalu.

PELBAGAI ragam calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2019 dapat dilihat ketika mengambil keputusan peperiksaan mereka pada Khamis lalu.

Ada momen suka duka, tawa dan tangis dalam kalangan mereka, keluarga dan pendidik. 

Namun seorang remaja mencuri tumpuan apabila memakai baju pekerja Shell naik ke pentas apabila diumumkan sebagai salah seorang pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puchong Perdana.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza dapat SPM 8A tapi dicap biadab... Yang ramai tak tahu dia tinggal di tengah pulau!

ARTIKEL BERKAITAN:Tak sia-sia nama serupa, ibu pula peminat tegar... Siti Nurhaliza dan emak berpeluk terima kejutan Siti Nurhaliza

Momen jarang berlaku itu dirakam seorang rakan sekolahnya sebelum dikongsi Muhammad Amir Hakim Shaharudin di Twitternya sehingga menjadi tular.

Lebih menarik, video itu turut mendapat perhatian Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain yang sempat bertemu Muhammad Amir Hakim yang bekerja di sebuah stesen minyak di Puchong Perdana pada Jumaat.

Amir naik ke atas pentas dengan memakai baju pekerja Shell.

Mesra disapa Amir, remaja berusia 18 tahun itu berkata dia tidak menduga video tersebut sampai ke pengetahuan bos besar syarikat minyak dan gas dunia itu.

"Saya sebenarnya memang niat nak pakai. Jadi saya buatlah challenge dekat Twitter. Dalam tweet tu saya tulis '6.5K rt aku pakai baju Shell'.

"Tak sangka pula lepas subuh cecah 6.5K rt. Lepas tu makin naik jadi saya pun apa lagi pakai jelah. Lagipun baju Shell ni cantik, bila pakai tu orang akan respect kita.

Semangat nak belajar tu juga timbul kerana ibu bapa saya. Mereka marah sebab result trial saya teruk sangat. Jadi saya tekad tak nak kecewakan mereka lagi.

MUHAMMAD AMIR HAKIM SHAHARUDIN.

"Bila manager saya beritahu big boss Shell nak jumpa saya pada Jumaat memang saya terkejut, rasa macam dalam mimpi. Rupanya video saya tu dah kecoh dalam group 'Shell'," katanya kepada mStar.

Semasa pertemuan itu, Amir berkata dia menerima beberapa hadiah pemberian Shairan sebagai tanda meraikan kejayaan kakitangannya.

"Dia bawa beberapa hadiah. Antaranya jam tangan G-Shock, set kereta Ferari, tuala mandi dan mug. Terkejut saya dapat hadiah tu.

Antara hadiah pemberian Shairan kepada Amir.

"Dia juga ada offer ikuti program khas kendalian Shell di Universiti Malaya pada Jun nanti. Mungkin saya try offer tu dulu," katanya yang sudah bekerja di stesen minyak Shell Puchong Perdana sejak tiga bulan lalu.

Dalam pada itu, Amir turut terkejut dengan keputusan 5A yang diperolehinya.

"Saya memang tak expect sebab result trial saya memang teruk. Cikgu pun tak percaya saya antara yang tersenarai dalam list pelajar cemerlang.

"Mak ayah saya pun sama. Mereka expect saya dapat result biasa-biasa sebab saya memang nakal. Tapi bila nama saya dipanggil naik pentas memang banggalah," katanya.

Mengenai rahsia kejayaannya, Amir berkata dia hanya mula belajar bersungguh-sungguh enam bulan sebelum peperiksaan penting itu.

"Tiba-tiba timbul keinsafan dalam diri. Jadi saya pun belajar seorang-seorang kat rumah. Kadang saya belajar dari YouTube. Waktu tu memang pulun habis.

Amir antara pelajar cemerlang SPM 2019 SMK Puchong Perdana.

"Sejak dari tu timbul rasa seronok nak belajar. Barulah saya sedar rupanya senang je belajar. Saya pun rasa seronok sebab dapat jawab semua soalan terutamanya Matematik.

"Semangat nak belajar tu juga timbul kerana ibu bapa saya. Mereka marah sebab result trial saya teruk sangat. Jadi saya tekad tak nak kecewakan mereka lagi," katanya.

Anak ketiga daripada lima beradik itu mendapat keputusan A dalam mata pelajaran bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Akaun dan Ekonomi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain