suria

Nak ‘membuang’ pun tak senang! Kewujudan grup skodeng Telegram, yuran seumur hidup cetus kebimbangan - “Kau butakanlah mata mereka”

Kewujudan grup ini menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan netizen.

KEWUJUDAN grup lucah menerusi aplikasi Telegram bukanlah satu perkara asing.

Malah pernah juga tular beberapa kes melibatkan aplikasi seumpamanya sebelum ini sehingga ia menimbulkan kemarahan dan kebimbangan ramai.

Terbaharu, satu lagi grup lucah dibongkarkan yang mana perkara itu mendapat perhatian ramai warga Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video anggota polis usia 55 tahun Skype tak senonoh dengan awek Filipina

ARTIKEL BERKAITAN: Jijik! Aksi lucah dalam kereta dekat pagar sekolah cetus kebimbangan ramai

"Jadi lain kali kalau nak guna tandas awam dah boleh periksa dah kot. Hati-hati para gadis semua," tulis seorang pelayar Twitter.

Posting itu turut disertakan dengan paparan skrin grup berkenaan, memaparkan beberapa wajah wanita yang 'diintai' sewaktu menggunakan tandas awam.

Grup Telegram yang diberi nama 'Video Lucah Sahaja' sahaja itu memiliki lebih 21,000 subscribers.


Paparan skrin grup berkenaan yang tular di Twitter.

Turut menarik perhatian adalah syarat kelayakan menjadi ahli grup itu yang mana pelayar perlu membayar yuran RM100.

Malah menurut pengendali grup itu, bahan lucah seperti 'video skodeng' akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Dalam pada itu, penularan kisah mengenai aktiviti menjijikkan itu ternyata mengundang kemarahan ramai.

Ya Allah, kau butakanlah mata mereka dan biar mereka lumpuh sampai mati. Lindungilah kami dari niat jahat mereka ini.

NETIZEN

Selain kecaman, netizen turut berkongsi nasihat agar kaum hawa lebih peka selepas ini.

Malah kata netizen, tidak dapat dibayangkan dengan akal fikiran jika ahli keluarga sendiri yang menjadi mangsa.

"Jahatnya, apa dosa perempuan ya sampai macam ni sekali kena?

Untuk mendaftar, pelayar Telegram perlu membayar RM100 sahaja.

"Ya Allah, jauhkanlah family aku dan kawan-kawan aku dari benda macam ni.

"Pelik betul degan manusia macam ni. Orang berak pun ada nafsu ke?

"Ya Allah, kau butakanlah mata mereka dan biar mereka lumpuh sampai mati. Lindungilah kami dari niat jahat mereka ini," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
telegram, grup lucah, skodeng, berak

Artikel Lain