suria

Berhenti sekolah beberapa bulan sebelum SPM, remaja ada ‘kes’ dengan cikgu bikin kejutan... terima kasih ‘gadis Biologi’!

Meskipun tidak ke sekolah beberapa bulan sebelum SPM, Fariz berjaya mendapat keputusan cemerlang 6A+ dan 3A.

SEJAK minggu lalu, pelbagai kisah tentang pelajar yang mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tular di media sosial.

Suasana suka dan duka dirakam ketika mereka menerima slip yang diedarkan pada Khamis lalu.

Posting seorang remaja mencuri perhatian netizen apabila dia memuat naik keputusan cemerlangnya memperoleh 6A+ dan 3A.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza dapat SPM 8A tapi dicap biadab... Yang ramai tak tahu dia tinggal di tengah pulau!

ARTIKEL BERKAITAN: “Lain macam gurau dengan baby” - Dua beradik bertukang ‘jaga’ anak saudara... adik ketuk mata, abang gergaji paha

Namun, terdapat kisah hiba di sebalik kejayaan Muhammad Fariz Annur Abdul Wahab apabila dia sebenarnya tidak ke sekolah hampir setahun ketika belajar di Tingkatan Lima iaitu pada tahun sama dia bakal menduduki SPM.

Bercerita kepada mStar, remaja berusia 18 tahun itu berkata, dia tidak ke sekolah selepas berlaku perselisihan faham antara dia dan dua guru termasuk cikgu disiplin di sebuah sekolah menengah yang terletak di Johor Bahru.

"Setiap hari saya asyik dipanggil oleh guru disiplin sampai fokus saya untuk belajar terganggu.

"Tiga minggu saya ponteng sekolah sebab nak elak jumpa cikgu tu sebelum akhirnya menghantar surat berhenti sekolah," ujarnya.

Fariz mengulang kaji sendiri subjek-subjek yang diambil untuk SPM. 

Fariz bagaimanapun mengakui memang ramai yang tidak bersetuju dan menghalang tindakannya untuk berhenti sekolah pada masa itu.

"Guru dan rakan-rakan suruh saya pindah sekolah, bukan berhenti.

"Mereka risau pelajaran saya terganggu lebih-lebih lagi saya akan menduduki SPM, tetapi saya tetap dengan keputusan berhenti sekolah," katanya.

Ditanya bagaimana dia mengulang kaji pelajaran meskipun tidak ke sekolah, Fariz memberitahu memupuk sifat disiplin yang tinggi adalah kata kunci utama.

"Tak semua subjek saya belajar sendiri. Ada yang saya pergi tuisyen dan buat study group bersama rakan sekolah.

"Kadang-kadang saya yang ajar rakan saya tentang tajuk yang mereka tak faham, secara tak langsung saya dapat ingat semula apa yang saya belajar," katanya yang menetap di Bandar Baru Uda.

Bila study kat rumah ni banyak sangat gangguan, kalau tak ada disiplin memang akan kecundang.

FARIZ

Tambah Fariz lagi, dia sangat menghargai usaha rakan baiknya, Nur Husna Fatnin yang memainkan peranan penting untuk membantu dirinya memperoleh keputusan cemerlang.

"Saya sangat berterima kasih kepada dia sebab banyak ajar subjek Biologi.

"Setiap Sabtu kami buat study group, dia akan ajar sampai saya faham dan saya pula ajar dia Matematik Tambahan," ujar Faris sambil memaklumkan bahawa Husna mendapat 7A dalam peperiksaan sama.

Fariz yang merupakan adik kepada usahawan Syafiqah Aina juga berkongsi tip bagaimana dia mengulang kaji pelajaran meskipun tidak ke sekolah.

Antaranya merujuk kepada orang yang lebih pandai dalam satu-satu subjek, kerap melakukan study group, melakukan latihan secara berulang kali, sentiasa merasakan diri tidak cukup ilmu dan kurangkan waktu bermain.

Namun begitu, Fariz juga memberitahu tidak semua orang boleh kekal berdisiplin apabila tidak ke sekolah.

"Bila study kat rumah ni banyak sangat gangguan, kalau tak ada disiplin memang akan kecundang.

"Kalau kita ke sekolah, banyak latihan dan kelas tambahan disediakan untuk kita. Nak tak nak memang kena buat," katanya yang kini bekerja sambilan di syarikat milik keluarganya.

Fariz merupakan adik kepada usahawan kosmetik, Aina Syafiqah.

Anak bongsu daripada enam beradik ini sempat menjelaskan mengenai status nama sekolah yang tiada dalam slip keputusan SPM tersebut.

"Ketika menduduki SPM, status saya waktu itu sebagai calon persendirian dan hadir di sekolah lama sepanjang berlangsungnya peperiksaan," jelasnya.

Apabila ditanya tentang perancangan masa hadapan, Fariz memberitahu dia ingin memohon biasiswa bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
disiplin, fokus, gangguan, cemerlang, SPM

Artikel Lain