MESKIPUN sudah tujuh bulan berlalu, pemergian bapa tercinta masih memberi kesan mendalam kepada anak sulung empat beradik ini. Apatah lagi bapa kesayangannya itu tidak sempat melihat keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2019 yang diumumkan Khamis lalu. Atas sebab itu, Muqriz Ukasyah Mohd Ikhwan berkongsi kegembiraan keputusan SPM yang diperolehinya di pusara bapanya. Gambar pelajar berusia 18 tahun itu tersandar kesedihan di tepi kubur telah dikongsi ibunya, Noraini Mohd Hamid sekali gus mengundang sebak netizen. ARTIKEL BERKAITAN: “Dia kata tak kuat...” - Nenek tergamam lihat cucu berdialog di kubur ibu, enggan buka slip UPSR di sekolah ARTIKEL BERKAITAN: Slip exam gred T jadi tanda tanya, abang dedah adik tak sempat duduki SPM 2019 - “Saya ralat sangat, tak dapat teman dia tidur...” Menurut Noraini, anak sulungnya memang rapat dengan arwah dan masih terasa dengan pemergian mengejut bapanya. "Dia memang rapat sangat dengan ayah dia. Masa ayah dia meninggal dia tak ada dekat rumah. Dia pergi study group dekat rumah kawan dia. "Jadi pemergian tu amat mengejutkan bagi dia sebab masa tu ayah dia sihat. Masa tu dia memang down sangat-sangat. "Kebetulan ayah dia meninggal masa dia tengah trial SPM. Result trial memang tak OK. Paper yang dia ambil masa tu memang dia failed," katanya kepada mStar. Gambar kenangan Muqriz bersama arwah bapanya. Namun wanita berusia 39 tahun itu melayan permintaan anaknya yang mahu menziarahi pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam, Meru selepas mengambil keputusan peperiksaannya di sekolah. "Sebenarnya dia pernah cakap dekat saya dia nak pergi kubur suami saya lepas dapat result nanti. Dan saya pun dah agak dia akan pergi sebab dia terlalu rindukan arwah. "Bayangkan waktu tu dekat pukul 1 tengah hari, berpeluh-peluh naik motor tapi tak apalah saya ikutkan saja. Ibu mana yang tak sedih tengok anak tersandar sedih di kubur bapanya," katanya. Waktu dua bulan awal pemergian arwah bapa dia, Muqriz memang down sangat. Lepas balik sekolah mesti dia akan pergi kubur bapa dia. Masa tu dia tak boleh nak terima lagi. NORAINI MOHD HAMID IBU Jelas Noraini lagi, dia turut membiarkan anaknya itu menyebut keputusan yang diperolehinya di hadapan kubur arwah bapanya. "Dia ada kat situ lama jugalah dalam sejam. Saya biarkan dia melayan perasaan. Sambil pegang result tu dia bercakap dengan ayah dia dekat kubur. "Bila tengok dia menangis dengan saya sekali pun ikut menangis sama. Yelah dia sedih sebab ayah dia tak ada untuk kongsi kegembiraaan bersama," katanya. Noraini berkata bapa kepada Muqriz meninggal dunia secara mengejut pada 5 Ogos tahun lalu ketika berusia 43 tahun. Noraini menemani Muqriz yang mahu singgah di pusara bapanya selepas mengambil slip keputusan SPM, Khamis lalu. Sementara itu, Noraini turut memberitahu Muqriz akan menziarahi pusara arwah bapanya setiap kali balik sekolah sepanjang tempoh dua bulan awal pemergian bapanya. "Waktu dua bulan awal pemergian arwah bapa dia, Muqriz memang down sangat. Lepas balik sekolah mesti dia akan pergi kubur bapa dia. Masa tu dia tak boleh nak terima lagi. "Tapi masa nak dekat exam tu barulah dia nampak OK. Saya bagi semangat dekat dia setiap hari begitu juga dengan nenek, makcik-makcik, kawan-kawan dan cikgu-cikgu dia. "Masa tu barulah nampak dia bersemangat. Alhamdulillah dia dapat result 2A, 5B dan 3C. Saya gembira dengan keputusan itu kerana ia lebih baik jika dibandingkan dengan result trial dia," katanya. Malahan, Noraini turut menyifatkan MuqriZ sebagai seorang yang baik dan penyayang. "Bukan saya nak puji dia tapi dia memang anak yang baik... memang baik. Orangnya lemah-lembut dan penyayang. "Masa ayah dia meninggal pun dia yang imamkan solat jenazah bapa dia. Apa pun saya sentiasa menyokong minatnya dan mendoakan yang terbaik untuk dirinya," katanya.