JIKA anda merupakan pemandu yang gemar memandu pada waktu malam, tentunya normal untuk melihat kerja-kerja penyelenggaraan jalan giat dilakukan pada waktu tersebut. Seperti yang kita sedia tahu, kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan pada waktu malam bagi mengelak kesesakan lalu lintas pada siang hari. Faktor jumlah kenderaan tentunya diambil kira kerana lazimnya bilangannya berkurangan pada sebelah malam berbanding siang. Menerusi satu perkongsian video di laman Facebook, video berdurasi 36 saat itu menunjukkan sebuah kenderaan jenis Proton Preve berwarna hitam dilihat sengaja menjatuhkan kon-kon yang disusun di laluan paling kanan jalan. ARTIKEL BERKAITAN: “Pemandu dah digantung” – Staf sambilan biadab terima padah, MyCar bertindak segera elak imej terjejas ARTIKEL BERKAITAN: Buat pelanggan basah kuyup, ‘kedekut’ aircond, pemandu e-hailing biadab halau penumpang - “Dia libas benda panjang, tunjuk isyarat lucah” Menurut maklumat menerusi posting tersebut, dikhabarkan kerja-kerja penyelenggaraan sebelum Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Kajang menyebabkan pemandu kereta itu berang kerana laluan itu menjadi sesak. Jika diteliti visual itu, kelihatan beberapa pekerja di tapak penyelenggaraan itu mengejar kenderaan dengan nombor pendaftaran Melaka itu sambil menyuruh pemandunya berhenti, namun lelaki di tempat duduk driver itu langsung tidak mengendahkan arahan tersebut. Antara komen netizen di laman Facebook. Susulan video yang dimuat naik oleh akaun Facebook Lando Zawawi - Brotherhood Malaysia, rata-rata netizen berang akan tindakan pemandu tersebut. "Tindakan bodoh ini boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain," ujar pengguna yang bimbang akan keselamatan pemandu lain. "Contoh orang sakit mental yang hidupnya suka memberontak kerana masalah peribadi," tulis seorang pemuda. Kuat bersabar budak-budak ni, kalau kat tempat lain confirm empat-empat tayar dah terbalik ke atas dah NETIZEN Dalam pada itu, ada juga netizen yang memuji tindakan pekerja yang tidak bertindak agresif terhadap pemandu tersebut. "Bagus pekerja tu, kalau di tempat lain, dah 'makan' kon dah pemandu tu," ujar seorang netizen. "Kuat bersabar budak-budak ni, kalau kat tempat lain confirm empat-empat tayar dah terbalik ke atas dah," komen yang lain. Malah, ada juga seorang pekerja turut meluahkan pengalaman mengenai tugasnya yang menyelenggara jalan raya. "Inilah kerja yang setiap hari aku hadap, tugas aku mengecat jalan untuk keselamatan pengguna jalan raya, tetapi segelintir pemandu sering melanggar kon tanpa memikirkan pengguna lain yang datang dari belakang," ujarnya. Seorang netizen menunjukkan semakan saman pemandu kereta tersebut yang mendapati terdapat sembilan saman secara keseluruhan. Hasil siasatan netizen, pemandu kereta itu juga mempunyai sejumlah sembilan saman yang keseluruhannya bernilai RM1,240.00 atas pelbagai kesalahan. Antara kesalahan yang ditemui adalah gagal mematuhi had laju, memotong di sebelah kiri dan menggunakan cukai jalan yang telah tamat tempoh.