CECAIR pembasmi kuman atau hand sanitizer kini menjadi rebutan sehingga sold out di kebanyakan tempat, berikutan penularan wabak Covid-19. Sehinggakan air mawar yang sepatutnya direnjis kepada pasangan pengantin di pelamin pun digantikan dengan hand santizer seperti yang dapat dilihat dalam satu klip video yang tular. “Musim penyakit berjangkit ni, eloklah air renjis mawar diganti dengan sanitizer, ” tulis seorang pengguna Twitter bersama video yang diulang kicau lebih 25,000 kali. ARTIKEL BERKAITAN: Meningkat mendadak! 190 kes baharu Covid-19, jumlah terkini di Malaysia 428 kes ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Amalkan tanda hormat tanpa bersentuhan, perdana menteri pun dah mula buat! Pemuda berkenaan, Zulhelmey Isnin berkata, rakaman dibuat pada majlis perkahwinan rakannya di Bentong, Pahang pada Sabtu. Adat merenjis air sebagai tanda merestui ikatan perkahwinan pasangan. Foto instagram @photo.art_studio Lebih mesra dengan panggilan Amy, dia menjelaskan bahawa acara renjisan air mawar dilakukan mengikut adat sebagai merestui ikatan perkahwinan pasangan. “Saya sebenarnya juruvideo untuk majlis persandingan rakan saya, dan rakaman saya merenjis pengantin menggunakan hand sanitizer dibuat selepas makan beradab. “Sebenarnya rakaman tu untuk saya sahaja... tuan rumah masih mengamalkan air mawar sebagai renjisan buat pengantin di pelamin,” katanya kepada mStar. Menurut Amy, acara merenjis air mawar masih diamalkan di majlis perkahwinan rakannya. Foto instagram @photo.art_studio Menyedari videonya menerima pelbagai reaksi, Amy berkata, orang ramai boleh mencubanya demi kebaikan dalam situasi Covid-19 yang melanda dunia ketika ini. “Kalau ia bagus, terpulang kepada mereka nak ikut. Sekarang ni pun banyak majlis perkahwinan termasuk majlis rakan saya telah sediakan hand sanitizer untuk tetamu. Video tu bukan sekadar suka-suka, saya cuba sampaikan pesanan kepada masyarakat. Saya tidak perlu bersalam dengan pengantin, tapi buat aksi Wakanda seperti dalam filem Black Panther sebagai tanda hormat. AMY “Bagi saya, menggantikan air mawar dengan cecair hand sanitizer ketika ini bukanlah melampau bagi mengutamakan kesihatan semua pihak. “Malah, saya cadangkan agar sekurang-kurangnya sebotol hand sanitizer diletakkan di pelamin untuk kemudahan tetamu sebagai langkah pencegahan bagi Covid-19,” ujarnya bagi mengulas tindakannya itu dikatakan melanggar adat. Amy (duduk, hadapan) bersama pasangan pengantin dan rakan-rakannya. Foto instagram @photo.art_studio Sebagai juruvideo, Amy sentiasa memerlukan hand sanitizer ketika bertugas terutama apabila mengambil gambar di pelamin, menggunakan telefon bimbit tetamu. “Sebab kalau tak sentuh tetamu pun, jangkitan boleh merebak daripada telefon tetamu untuk ambil gambar. Jadi, saya sentiasa bawa hand sanitizer dan simpan dalam beg. “Ada juruvideo atau jurugambar tak nak tolong... atau mereka tolong pun sebab nak jaga hati tetamu. Tapi dalam keadaan sekarang, harapnya tetamu fahamlah risiko tersebut,” katanya. Tanda hormat sebagai pengganti berjabat tangan bagi mencegah jangkitan Covid-19. Foto Bernama Selain sentiasa mengamalkan kebersihan seperti mencuci tangan dengan sabun, bapa kepada seorang anak itu turut mengamalkan tanda hormat lain selain berjabat tangan. “Video tu bukan sekadar suka-suka, saya cuba sampaikan pesanan kepada masyarakat. Saya tidak perlu bersalam dengan pengantin, tapi buat aksi Wakanda seperti dalam filem Black Panther sebagai tanda hormat. “Tapi sebenarnya saya mengamalkan letak tangan kanan di dada kiri sebagai ganti tanda hormat yang ramai dah buat sekarang. Aksi Wakanda tu saya baru pertama kali buat di majlis kahwin tu,” katanya secara berseloroh. Musim musim penyakit berjangkit ni, elok lah air renjis mawar diganti dengan sanitizer. pic.twitter.com/QZcwHUvt0T — Amy Medusa (@amymedusaa) March 14, 2020