suria

Disuruh balik kerana joging dalam taman, doktor bertekak dengan anggota penguatkuasa - “Ini bukan perintah berkurung”

Seorang lelaki bertengkar dengan anggota penguatkuasa MBPP selepas ditegur untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

SEORANG lelaki ditegur oleh pasukan penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana berjoging di City Park, Pulau Pinang pada Khamis.

Namun, keadaan bertukar menjadi kecoh apabila lelaki berkenaan bukan sahaja ingkar dan enggan pulang ke rumah selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan, sebaliknya bertekak dengan anggota penguatkuasa.

Klip video berdurasi empat minit itu tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya minta tolong untuk tempoh 2 minggu ini saja” – Tolonglah! PM rayu ‘stay at home’... jangan balik kampung

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: PM umum Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu

Menerusi video tersebut, dia yang mendakwa dirinya sebagai pakar kardiologi bernama Dr Ong, dilihat mempersoalkan larangan joging oleh anggota penguatkuasa, dengan bertanya sama ada laluan jogingnya adalah jalan awam atau persendirian.

"Arahan larangan supaya kita boleh sihat. Ini bukan perintah berkurung, ini adalah jalan awam.

"Jadi kamu boleh tutup kemudahan kamu, tapi kamu boleh tutup jalan awam tak?

"Kalau perintah berkurung, kamu boleh hentikan orang. Tapi sekarang belum perintah berkurung... ini jalan raya kepunyaan majlis atau orang awam," katanya.

Orang ramai tidak seharusnya pergi mendaki, joging, berbasikal atau mana-mana aktiviti luar berkaitan kesihatan pada masa ini

ASISTEN KOMISIONER MOHAMED MOKHSEIN

Sehingga akhir video tersebut, anggota penguatkuasa dilihat masih meminta lelaki berkenaan untuk beredar dan pulang ke rumah.

Pada Rabu, kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa dari 18 Mac hingga 31 Mac, bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Seorang lelaki yang mendakwa dirinya doktor (kanan) mempersoal arahan anggota penguatkuasa MBPP.

Sementara itu, polis menggesa orang ramai supaya menangguhkan semua aktiviti riadah sebagai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon menasihatkan masyarakat supaya melakukan aktiviti senaman di rumah dalam tempoh perintah itu dilaksanakan.

"Orang ramai tidak seharusnya pergi mendaki, joging, berbasikal atau mana-mana aktiviti luar berkaitan kesihatan pada masa ini.

"Hanya dua minggu, selepas perintah itu selesai, anda boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa," katanya. - The Star

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain