KEWUJUDAN syarikat e-hailing sememangnya memudahkan orang ramai khususnya yang tinggal di bandar. Dengan adanya perkhidmatan Grab Car, MyCar dan lain-lain, ia nyata memudahkan pergerakan tambahan pula di kawasan-kawasan yang tidak mempunyai jaringan perkhidmatan awam seperti tren dan bas. Namun begitu, di sebalik kemudahan tersebut, ada segelintir penumpang yang bersikap kurang bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri sehingga menimbulkan kesulitan kepada pemandu e-hailing. ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Grab cemas, penumpang di sebelah tiba-tiba lompat ke seat belakang - “Saya tak tahu apa-apa mungkin kepala anaknya dah nak terkeluar” ARTIKEL BERKAITAN: Buat pelanggan basah kuyup, ‘kedekut’ aircond, pemandu e-hailing biadab halau penumpang - “Dia libas benda panjang, tunjuk isyarat lucah” Itulah hakikat yang perlu ditelan oleh para pemandu e-hailing yang mungkin tidak diketahui atau tidak dipedulikan oleh para penumpang. Menerusi satu posting di Facebook Ir Abdul Rahman Bahasa, pengasas sebuah syarikat kejuruteraan itu berkongsi luahan seorang pemandu Grab yang merupakan rakannya. Menceritakan semula perbualan mereka menerusi posting itu, pelayar tersebut berkata rakannya kecewa dengan sikap segelintir penumpang atau dipanggil ‘rider’ apabila bersikap tidak bertimbang rasa terhadap pemandu sehingga menjejaskan ‘periuk nasi’ mereka. Antara masalah utama yang membelenggu pemandu syarikat e-hailing sebagaimana pengalaman rakan kepada pelayar Facebook ini. “Baru-baru je bawa Grab... aku pickup student kat satu IPTA ni… Aku punyalah bagus jemput sampai masuk lobi kolej kediaman, greeting lagi, bawa bukan main berhemah lagi. Borak-borak mesra. Akhirnya dia bagi aku 2 stars (bintang). “Bayangkan, aku dah 20 jobs dapat 5 stars rating. Disebabkan 2 stars rating ni, aku punya rating drop jadi 4.86. Nak dapat balik 5 stars, lebih kurang 100 jobs seterusnya aku kena dapat 5 stars rating. “Kalau kau nak tahu Man, star rating memang sangat penting untuk kami sebagai pemandu Grab. Kami seboleh-bolehnya nak kekalkan 5 stars. “Kalau sampai tahap 4.72 stars, kalau tak salah aku lah… kami kena temporary ban dengan Grab. Pastu kena hadiri education class. Kalau teruk lagi, terus kena ban kekal,” tulis pelayar itu, menceritakan semula luahan rakannya. Dah la aku ni bapa tunggal. Memang struggle bro. Nak tak nak, aku jual insurans sebagai sumber pendapatan kedua. PEMANDU GRAB Malah ujar rakannya itu, ada juga segelintir penumpang yang bersikap pilih bulu di mana mereka memilih jenis kenderaan yang disukai sahaja. “Aku pernah kena juga yang ni. Masuk job dekat satu kolej ni tengah KL. Pickup dalam 3 km jaraknya. Tapi dah nama tengah KL. Memang azab jugalah 3km tu sebab jam. Sampai kawasan pickup, ada tiga lagi kereta Grab yang lain. Kemudian dapat notification tempahan dibatalkan. “Rupa-rupanya kena game dengan student. Mereka buat empat booking terus. Tengok mana kereta paling cun dan baru, itu yang mereka ambil,” luah rakannya lagi. Bukan itu sahaja, sebagaimana luahan rakannya itu, ada juga sesetangah penumpang memberi rating berdasarkan jenis kereta dan bukannya perkhidmatan serta layanan pemandu e-hailing. Perkongsian seorang pelayar Facebook mengenai luahan hati rakannya sebagai pemandu Grab. “Student tu cakap, dia akan bagi 4 stars kalau kereta Honda Civic baharu. Kereta nasional macam Saga BLM bagi 1 star je. Kau nampak tak double standard dekat situ. Rating berdasarkan kereta, bukan service. “Aku pernah dengar dari Grab Driver yang lain. Rider buat complain pasal member aku tu bawa laju dan berbahaya. Katanya dari Jalan Hang Tuah ke Pavillion. “Member aku pun blur bila masa plak dia bawa laju. Jalan jem kot. Rupanya Rider nak dapat promo dari Grab sebagai ganti rugi emosi sebab member aku tu bawa laju dan membahayakan dia,” kongsinya lagi. Antara komen netizen yang turut sama berkongsi pengalaman sebagai pemandu e-hailing. Ujar rakannya lagi, pendapatan bersih sebagai pemandu e-hailing kadang-kadang tidak berbaloi selepas ditolak dengan kos lain dan juga kerenah penumpang. “Dah la aku ni bapa tunggal. Memang struggle bro. Nak tak nak, aku jual insurans sebagai sumber pendapatan kedua. “Jadi, rider-rider ni hargailah sikit kami-kami pemandu Grab yang struggle setiap hari ni. Jangan suka-suka je bagi rating,” luah rakannya lagi. Sehingga kini posting tersebut mendapat 575 shares dan ratusan komen netizen.