suria

‘Stay at home’ sangat berharga! Waktu bersiap, memandu diguna untuk melukis - “Habis Perintah Kawalan Pergerakan boleh buka galeri”

Perkongsian Syahmi Daud yang mendapat perhatian ramai di Twitter.

SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan sejak 18 Mac, ramai dalam kalangan kita yang tiada pilihan selain duduk di rumah sahaja.

Dalam kelapangan waktu yang tersisa, banyak sebenarnya yang boleh dilakukan, apatah lagi kebanyakan syarikat juga memperkenalkan kaedah bekerja dari rumah.

Bagi yang sudah berkeluarga, mereka pastinya mempunyai lebih banyak masa untuk melayan anak-anak kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: “Disebabkan Abam, rezeki datang dengan cara macam ni” - Pelukis terkilan karikatur Bocey ‘disebat’ sesuka hati... Tok Ti ‘level lain’ pun bagi kredit!

ARTIKEL BERKAITAN: “Guna pensel 2B saja” - Bukan fotostat, Tunku Azizah suka... satu lagi karya rakyat biasa bakal masuk Istana Negara!

Namun, lain pula ceritanya dengan jejaka berusia 31 tahun ini yang berazam menghasilkan satu artwork setiap hari sehingga berakhirnya tempoh PKP.

Menurut Syahmi Daud, dia yang bekerja sebagai urban designer sudah menghasilkan lima lukisan setakat ini.

"Saya dah melukis agak lama. Melukis ni sekadar hobi je pada mulanya. Tapi pada masa sama saya develop sebagai kerjaya sambilan.

Posting Syahmi di Twitter.

"Sebab sekarang bekerja dari rumah, tak perlu bersiap dan memandu... saya boleh isi time gap tu dengan melukis.

"Usaha untuk konsisten satu hari satu lukisan sepanjang perintah oleh kerajaan ni. Target 14 lukisan semuanya.

"Boleh kumpul untuk dijadikan material jika ada pameran pada masa akan datang," ujarnya kepada mStar.

Walaupun tak lukis mengenai wabak ini, setiap lukisan yang dihasilkan pada hari tertentu saya akan ingat.

SYAHMI DAUD

URBAN DESIGNER

Menurut Syahmi, biarpun lukisan yang dihasilkan tidak memaparkan sebarang unsur mengenai Covid-19 dan PKP, ia tetap menjadi karya yang memiliki nilai sentimental buat dirinya.

Malah, dia turut menerima banyak mesej di Twitter, termasuklah yang menyuarakan hasrat membeli karya seni miliknya.

"Walaupun tak lukis mengenai wabak ini, setiap lukisan yang dihasilkan pada hari tertentu saya akan ingat.

Antara karya seni di Instagram Syahmi.

"Contohnya, lukisan hari ini ada berapa kes serta kematian direkodkan. Jadi ia ada nilai sentimental.

"Ada dalam 50 orang juga yang mesej nak beli. Mungkin saya akan buat cetakan terhad selepas tamatnya perintah 31 Mac ini," ujarnya yang memiliki latar belakang dalam bidang arkitek.

Namun kata Syahmi lagi, menjual lukisan bukanlah keutamaannya kerana dia mempunyai kerjaya tetap.

Syahmi sudah menghasilkan lima lukisan setakat ini.

Apa yang lebih penting katanya, karya yang dihasilkan mampu memberi semangat positif buat mereka di luar sana, khususnya dalam tempoh sukar seperti ini.

Dalam pada itu, posting Syahmi di Twitter turut mendapat perhatian ramai sehingga menjadi tular.

Selain perkongsian gambar karya seni yang dilukisnya, Syahmi turut berkongsi video timelapse yang memaparkan proses penuh penghasilan.

Selain meluahkan hasrat memiliki karya seni Syahmi, ramai netizen turut memuji kreativitinya.

"Sehari satu artwork, habis RMO (Perintah Kawalan Pergerakan) boleh buka galeri. Stay at home everyone," tulis Syahmi di Twitter sehingga menerima hampir 5,000 ulang kicau (Retweet).

Malah, posting itu turut dihujani pelbagai komen netizen, rata-ratanya memuji lukisan yang dihasilkan Syahmi.

"Nanti nak pergi tengok pameran your artworks!

"Cantiknya susah nak kerja kemas kalau pakai watercolor.

"Adui time-time macam nilah buat aku nak panic buy barang art," tulis seorang lagi netizen secara berseloroh.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain