PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang dimulakan pada Rabu minggu lalu ternyata memberi kesan kepada ramai individu di negara ini. Selain pengenalan kaedah bekerja dari rumah oleh sebilangan besar majikan, ramai juga yang terburu-buru melakukan pembelian panik kerana risau kehabisan bekalan makanan. Namun, lain pula cerita gadis ini apabila hatinya hancur berkecai pada hari pertama perintah itu dijalankan. ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak ‘outstation’ naik pangkat, isteri dalam pantang sanggup packing barang - “Selepas balik tiba-tiba dia baik lain macam...” ARTIKEL BERKAITAN: “Saya cuma nak berkawan, nampak awak macam lawa” - Isteri out-station, suami miang ligat buru wanita lain di Instagram "Kuarantin hari pertama. Dapat tahu teman lelaki saya ada hubungan dengan gadis lain sejak 11 bulan lalu," tulis gadis yang mahu dikenali sebagai Aisyah itu di laman Twitter. Perkongsian itu menarik perhatian ramai sehingga ia menerima lebih 7,300 ulang kicau (Retweet) di laman sosial itu. Bercerita kepada mStar, Aisyah berkata dia diperkenalkan dengan lelaki itu oleh seorang temannya pada tahun lalu. Kata Aisyah, teman lelakinya tidak pernah berkongsi foto mereka bersama di sosial media. (foto:Freepik) "Saya kenal dia menerusi seorang kawan pada tahun lepas. Dan kami biarkan hubungan ini secara low key sahaja. "Baru-baru ini saya buat keputusan untuk beritahu kawan saya tu yang saya ada hubungan dengan dia. "Kemudian kawan saya pelik dan hantar gambar teman lelaki saya meraikan ulang tahun dengan gadis lain," ujar Aisyah. Semasa dia memberikan penjelasan, dia minta putus dengan saya. Saya tak sempat kata apa lagi. AISYAH MANGSA CURANG Ujar gadis itu, mereka sebelum ini jarang berjumpa memandangkan lelaki itu menetap di Johor. Namun, mereka kerap keluar bersama beberapa minggu lalu sejak lelaki itu menghadiri satu latihan di Kuala Lumpur. "Malah beberapa hari sebelum kantoi tu pun kami baru saja keluar. Patutlah dia selalu tak repost gambar yang saya post atas alasan low key," kata Aisyah. Teman lelaki Aisyah kantoi meraikan ulangtahun perhubungan dengan gadis lain. (Gambar Hiasan) Tambah gadis itu, dia juga ada bertanyakan soal kecurangan itu kepada teman lelakinya selepas ia terbongkar tempoh hari. Namun, jawapan yang diterimanya cukup menghampakan. "Saya tanya bila dia (kenal) dengan perempuan tu. Dia kata masa kami bergaduh. "Semasa dia memberikan penjelasan, dia minta putus dengan saya. Saya tak sempat kata apa lagi," jelas Aishah. Tweet Aisyah yang tular di Twitter. Dalam pada itu, perkongsian berkenaan turut dihujani dengan pelbagai komen netizen. Selain meluahkan rasa simpati, ada juga yang turut berkongsi kisah tersendiri di bawah posting tersebut. "Kalau macam ni sakitnya bukan sebab sayang lagi tau. Sakitnya sebab berbulan kita jadi bodoh kena tipu dengan dia. "Kuarantin hari kedua. Dapat tahu crush saya ada crush kepada orang lain. "Orang kalut Covid-19 dia kalut nak curang. "It's all about Corona cinta. "Saya doakan mereka berdua kerana Corona," tulis beberapa netizen.