SUSULAN video seorang penghantar (rider) makanan GrabFood ditimpa kemalangan gara-gara sikap tidak bertanggungjawab pemandu bas GoKL baru-baru ini, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) pada Khamis memaklumkan pihaknya berhasrat untuk menderma sebuah motosikal baharu bagi membantu mangsa berkenaan. Menerusi satu kenyataan, syarikat tersebut turut memohon maaf kepada rider tersebut atas kejadian malang yang menimpanya. ARTIKEL BERKAITAN: Rider basah kuyup luar rumah pelanggan, ramai ‘panas hati’ sampai ada yang menangis – “Dah order tu standby lah siap-siap!” ARTIKEL BERKAITAN: Rider kepenatan terlentok di kerusi kedai makan undang simpati, kepala dialih ke meja pun tak sedar - “Telefonnya masih terpasang aplikasi maps” “Prasarana memohon maaf kepada penunggang penghantar makanan GrabFood tersebut dan memohon beliau untuk tampil ke hadapan dan menghubungi Ketua Unit Komunikasi Rapid Bus, Encik Hazimin Sulaiman melalui WhatsApp pada nombor telefon 016-6760297,” kata syarikat tersebut. Menurut kenyataan itu lagi, kapten bas yang terbabit dalam isniden itu telah dikenalpasti dan tindakan telah diambil ke atasnya sementara menanti keputusan siasatan polis. “Prasarana memohon maaf kepada penunggang penghantar makanan GrabFood tersebut dan memohon beliau untuk tampil ke hadapan dan menghubungi Ketua Unit Komunikasi Rapid Bus, Encik Hazimin Sulaiman. PRASARANA MALAYSIA BERHAD “Semua kapten bas yang berkhidmat untuk Rapid Bus melalui program latihan yang komprehensif dan menjalani program latihan semula bagi memastikan mereka memberikan tahap perkhidmatan yang baik dan selamat serta mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas. “Pihak Prasarana akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis bagi menjalankan siasatan,” katanya lagi. Tambah Prasarana, laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur pada Rabu.. Video yang tular memperlihatkan rider GrabFood tidak sempat mengelak lalu melanggar kereta di hadapannya. Terdahulu menerusi rakaman yang tular di media sosial baru-baru ini, kelihatan pemandu bas GoKL tersebut melanggar lampu isyarat di satu persimpangan di ibu negara, dipercayai di Jalan Raja Chulan. Akibat tindakan tersebut, rider GrabFood dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu melanggar sebuah kereta di hadapannya. "Terang-terang lampu merah kau langgar 'mat' (pemandu bas), kau tu bawa kenderaan awam, tak pasal-pasl member aku berdentum dengan kereta lain. "Dengan masa PKP, ni la punca dia nak cari rezeki, motor dia 'barai', betul-betul buat hal la, aku benci orang tak ikut undang-undang macam ni," tulis seorang pengguna di Facebook bersama video insiden tersebut. Sehingga kini, video tersebut meraih 3,200 perkongsian dan dibanjiri lebih dari 2,000 komen netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa marah dengan sikap pemandu bas berkenaan. “Sian brader ni sumber nak cari rezeki dia terbantut,” komen seorang netizen. “Nasib ada kamera. Jelas langgar lampu merah. Cari pemandu tu,” komen netizen lain pula.