TANGAN yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Begitulah ungkapan yang sesuai digambarkan mengenai sekumpulan lelaki yang sanggup membelanjakan wang sendiri bagi membantu warga asing yang tidak dibenarkan keluar rumah berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sehingga 14 April ini. Mengulas lanjut mengenai perbuatan murni itu, Atasha Azmi memberitahu, ayahnya telah menghulurkan bantuan tersebut sejak hari Selasa yang lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Dunia dilanda wabak, pakcik kudung sebelah kaki masih berjalan 10km kutip tin - “Sebungkus nasi putih, ayam goreng kongsi berempat... simpan sampai esok” ARTIKEL BERKAITAN: Aktivis lepas geram, ibu ‘demand’ 18 pek susu formula untuk sebulan... dah lupa cara susu badan - “Tak tahu macam mana nak mula balik” "Ayah dan kawan-kawannya kumpul duit bagi membeli barang keperluan seperti beras, minyak masak, telur, mi seger dan makanan dalam tin untuk disumbangkan kepada warga asing Indonesia dan Bangladesh. "Ayah cakap pendatang asing tak dapat bantuan seperti orang lain, tapi mereka juga perlu mengisi perut," ujar Atasha yang berusia 23 tahun. Tambah Atasha lagi, ayahnya yang hanya mahu dikenali sebagai Azmi bekerja dalam bidang pembinaan sehingga kini telah mengagihkan bantuan makanan kepada kira-kira 100 warga asing. Posting Atasha tular di Twitter baru-baru ini. "Bantuan diberikan kepada warga asing yang tinggal sekitar Ampang, Kuala Lumpur. Mereka duduk ramai-ramai di sebuah rumah, majikan pula tak ambil peduli dan ada yang terpaksa berhenti kerja," kata Atasha sambil menambah ada satu unit flat yang dihuni 18 warga asing. Ramai yang simpati bila mereka dapat tahu bekalan makanan untuk warga asing terputus. Ye lah, mereka pun manusia juga. ATASHA Atasha yang kini sedang menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang terkejut apabila tweetnya itu mendapat perhatian netizen. "Saya kongsi untuk suka-suka pada mulanya, tak sangka ramai yang nak hulurkan bantuan kewangan. "Ramai yang simpati bila mereka dapat tahu bekalan makanan untuk warga asing terputus. Ye lah, mereka pun manusia juga," ujar Atasha. Bantuan makanan dibungkus di dalam pek kecil terlebih dahulu sebelum diagihkan. Perkongsian Atasha di laman Twitter sehingga kini telah mendapat 16,600 retweet (ulang kicau) dan 25,800 tanda suka. Rata-rata meluahkan rasa simpati di samping memuji tindakan murni tersebut di ruangan komen. "Ayah awak tunjuk satu contoh yang baik kepada masyarakat. Ayah awak patut digelar 'hero' atas dasar kemanusiaan," puji seorang pengguna Twitter. "Alhamdulillah...berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan disaat orang lain hanya pandai mempertikaikan bantuan yang diberikan," tulis netizen lain. "Tanpa mereka, siapa yang nak buat kerja-kerja berat. Terima kasih kerana membantu mereka," tambah seorang pemuda.