suria

Bapa balik kampung tanam jagung selepas kurang job fotografi... anak terkilan grup B40 dianggap tak menyumbang kepada negara

Rashidi dibantu anak bongsunya ketika menuai hasil tanaman jagung ketika PKP dilaksanakan.

KRISIS wabak Covid-19 ternyata memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat terutamanya pekebun kecil yang bergantung sepenuhnya pada hasil tanaman masing-masing sebagai sumber rezeki mereka.

Seorang pemuda meluahkan kebimbangan mengenai hasil tanaman jagung yang diusahakan bapanya, Rashidi Saleh, 49, sejak tiga bulan lalu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini menerusi satu perkongsian di Twitternya.

"Kesian ayah... tiga bulan struggle tanam jagung. Duit tak pernah cukup. Penat, berpanas setiap hari. Umur nak 50 dah. Sekarang time tuai tak ramai beli sebab Covid-19 ni," luah Ikmal NurHaqeem sehingga menjadi tular di platform media sosial itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Belum layak bantu pesakit tapi bakal doktor sumbang 1,000 ekor ayam kepada 10 kampung - “Satu rumah 18 orang, tak cukup makanan”

ARTIKEL BERKAITAN:Anak juruterbang terkejut, nanas tak laku bertukar jadi ‘pisang goreng panas’ - “Makan banyak mana pun lidah tak rasa lidas”

Perkongsian itu mendapat 32,100 ulang kicau dan 23,500 tanda suka.

Rata-rata simpati dengan nasib bapanya dan mendoakan agar urusan mereka sekeluarga dipermudahkan.

Menurut Ikmal dia terpanggil untuk berkongsi perkara itu selepas sebak dengan rintihan bapanya mengenai lambakan jagung ditanamnya akibat Covid-19.

Adik bongsu Ikmal banyak membantu bapanya menguruskan jualan jagung keluarganya ketika ini.

"Sebenarnya ini kali pertama ayah usahakan tanah keluarga sendiri. Sebelum ni dia terlibat dalam bidang fotografi. Bila teknologi dah semakin maju jadi job pun makin kurang.

"Jadi ayah terpaksa tinggalkan dunia diminatinya itu dan mulakan bidang baru ini dengan mengusahakan tanah keluarga di kampung. Tapi bila dah tiba masa untuk tuai jagung tu tak sangka pula jadi macam ni.

"Tipulah kalau ayah tak sedih sebab dia memang dah buntu, tak tahu macam mana nak edarkan jagung tu sepanjang tempoh PKP. Ada beberapa kekangan... penjualan tak lancar," katanya kepada mStar.

Pada pendapat saya bantuan kerajaan tu tidaklah buatkan golongan macam kami jadi kaya tapi dapat membantu kami untuk teruskan kehidupan. Dengan bantuan tu juga bukan bermakna kami dapat beli TV dan phone baru.

IKMAL NURHAQEEM

Lebih menyedihkan, Ikmal berkata bapanya hanya dibantu adik bongsunya, Ikmal NurHareez, 15, semasa menuai hasil tanaman tersebut memandangkan dia tidak boleh balik ke kampung sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

"Saya memang tak senang duduk sebab tak dapat nak tolong ayah. Saya tak dapat balik sebab belajar di Kajang. Lagipun ada tugasan perlu saya siapkan dan dekat kampung line connection agak teruk.

"Rasa sedih jugalah sebab ayah terpaksa buat sorang-sorang. Tapi nasib baik adik bongsu ada sebab dia pun tengah cuti sekolah. Sekurang-kurangnya ada orang tolong ayah pada saat sukar macam ni," katanya.

Tweet yang viral itu sedikit sebanyak membantu penjualan hasil tanaman jagung bapa Ikmal di kampung.

Namun Ikmal terkejut apabila postingnya itu mendapat perhatian ramai sehingga membantu melancarkan penjualan hasil tanaman jagung bapanya dekat Kampung Paya Ladang, Chenor, Pahang.

"Saya sendiri pun tak sangka tweet tu akan viral. Terima kasih banyak-banyak atas retweet dan kata yang baik-baik. Semuanya amat membantu keluarga saya untuk teruskan kehidupan kami.

"Ayah pun terkejut sebab tiba-tiba ramai call dan mesej dia. Lagipun saya tweet tu tanpa pengetahuan dia. Ada satu tahap sampai ayah tak boleh handle semua sebab banyak call dan mesej dapat sekali serentak.

"Alhamdulillah so far penjualan jagung dah OK lepas viral. Fama pun ada bantu. Ada juga orang datang sampai order 800 batang jagung sekali dan ada juga nak tambah order lagi. Tapi ada juga ayah terpaksa cancel sebab PKP," katanya.

Sementara itu, Ikmal yang juga anak sulung daripada tiga beradik turut mendedahkan posting itu dibuat selepas terkilan dengan kenyataan individu tertentu yang mempertikaikan bantuan kerajaan kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Ikmal tidak dapat balik untuk membantu bapanya kerana PKP dan ada tugasan yang perlu disiapkannya.

"Awalnya saya tweet pun sebab ada invidivu pertikai bantuan kepada golongan B40. Saya agak terkilan bila dia kata golongan B40 tidak menyumbang sesuatu untuk negara. Jadi saya hanya meluahkan kesukaran yang keluarga saya lalui.

"Pada pendapat saya bantuan kerajaan tu tidaklah buatkan golongan macam kami jadi kaya tapi dapat membantu kami untuk teruskan kehidupan. Dengan bantuan tu juga bukan bermakna kami dapat beli TV dan phone baru.

"Mereka tak merasai apa yang kami rasai. Masing-masing ada peranan dalam menyumbang ekonomi kepada negara. Sepatutnya masa inilah kita patut menyokong antara satu sama lain bukannya merendah-rendahkan golongan tertentu," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
jagung, Ikmal NurHaqeem, PKP, Covid-19

Artikel Lain