suria

Luahan kecewa frontliner hadap sampel kluster ‘selfish’, akui dah 2 bulan ‘bertapa’ di makmal - “Sangat salute dengan DG kami yang tenang”

Seorang petugas kesihatan berkongsi luahan kecewanya kerana terpaksa berdepan dengan golongan yang angkuh dan mementingkan diri sendiri. Foto: FB Ily Munira

“TAK minta banyak, tolonglah… Kami juga insan yang mahu bersama tersayang dan perlu rehat.”

Demikian rintihan yang dicoretkan salah seorang petugas barisan hadapan yang kecewa dengan sikap segelintir individu angkuh dan mementingkan diri sendiri, sehingga menyebabkan peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Menerusi catatan di Facebook, pelayar bernama Ily Munira yang merupakan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kewujudan kluster yang digelar ‘manusia pentingkan diri’ ini menyebabkan dia dan petugas lain terpaksa ‘berkampung’ di makmal untuk menganalisa sampel yang semakin bertambah dek sikap golongan sedemikian.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka panggil staf kami anjing, pencacai najis” - Doktor dedah sikap grup ‘turun dari kayangan’, ada petugas terpaksa berundur mengalah

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar baru balik UK, dikuarantin buat perkongsian menusuk kalbu tentang hebatnya Malaysia... bagaimana sapaan ‘adik’ mampu rasa diri selamat

“Kami ‘bersama’ Covid-19 di makmal dari bulan Februari 2020 lagi. Kami ‘dikuarantin’ di makmal dah dua bulan lebih.

“Kadang makan pun kami tak sempat, ke toilet pun kami skip. Selalunya kami balik pukul 2 pagi dan ke atas. Usah tanya pukul 5 petang, dah lama tak bersua dengan petang.

Sebahagian daripada coretan Ily Munira di Facebook. 

“Makanan yang disediakan, apapun rasanya, kami harus jamah. Apapun rasanya kami hanya ‘telan tanpa kunyah’ dek fikirkan sampel-sampel Covid-19 yang menunggu untuk disaring.

“Ya… faham ramai tak faham. Mari saya bagi faham. Sampel Covid-19 paling-paling nak dapat keputusan 6 jam. Bila dah mengadap sampel, tak tahu bila siang bila malam. Sekarang, sampel bertambah dek kerana kluster ‘manusia selfish’. Maaf,” tulisnya.

Kami kuat jika sampel-sampel tu dari manusia yang tak angkuh. Kami kuat kalau sampel-sampel tu dari manusia yang bersyukur. Ini tak, apa yang kami dapat? Kami dapat sampel manusia yang balik overseas dan sering merungut.

ILY MUNIRA

PETUGAS FRONTLINERS

Tambah Ily Munira, tiada langsung rasa penat mahupun lelah demi tugas melakukan saringan terhadap sampel individu, namun perasaan itu bertukar sebaliknya apabila terpaksa menghadap sampel kluster golongan yang angkuh dan mementingkan diri.

“Kami kuat jika sampel-sampel tu dari manusia yang tak angkuh. Kami kuat kalau sampel-sampel tu dari manusia yang bersyukur. Ini tak, apa yang kami dapat?

“Kami dapat sampel manusia yang balik overseas dan sering merungut. Kami dapat sampel manusia yang sambil lewa ‘alah, tak pe, Covid-19 bla bla bla’.  Kami dapat sampel dari manusia ingkar PKP. Penat dengan sikap manusia macam ni,” tulisnya lagi.

Menurut Ily Munira, segelintir individu yang pulang dari luar negara mempunyai karenah tersendiri. 

Ujar wanita ini, dek kerana golongan sedemikian, petugas terpaksa mengorbankan masa untuk bersama-sama keluarga tersayang walaupun hakikat itu perit untuk ditelan.

“Anak-anak ditinggal dengan pertanyaan ‘bila mama nak balik? Hari ni mama balik lambat lagi ke?’ Mampu nak hadap soalan tu hari-hari? Kuatkah emosi?

Frontliners seperti badan-badan kerajaan yang terlibat, polis, pihak berkuasa yang lain dan semua yang terlibat Covid-19 termasuklah di swasta rasanya dah habis ikhlas dah buat kerja demi negara. Cuma dek kerana manusia ‘eh duk sini memang macam hotel tapi makanan out’… kami letih!

Petugas yang sentiasa bersiap sedia melakukan saringan Covid-19.

“Sangat salute dengan DG KKM (Datuk Dr Noor Hisham) kami yang tenang. Dia juga manusia tapi pernah dengar dia cakap letih? Tak pernah kan. Kami harap kami pun kuat macam dia mampu pamer wajah tenang menghadap segalanya,” tulisnya lagi.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 2,200 shares dan 6,700 like

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain