suria

Gadis berselera aneh pilih kombinasi kentang goreng celup ais krim - “Rasa muak makan fries cicah sos”

Perkongsian Aishah mengenai hal itu menjadi tular di laman Twitter.

MENJADI satu kebiasaan buat dirinya, namun mungkin dianggap pelik oleh kebanyakan orang lain.

Begitulah gambaran selera gadis ini apabila dia lebih gemar mencicah kentang goreng (fries) dengan aiskrim.

Ia ternyata berbeza dengan selera kebanyakan orang yang mana hidangan itu biasanya dimakan bersama sos cili, sos tomato mahupun mayonis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kali pertama cuba, semua terus senyum lebar” - Perantau kongsi cara mudah makan kurma yang rasanya ‘enak bukan kepalang’

ARTIKEL BERKAITAN: Landak laut pun saya makan” - Jurutera kecapi nikmat walau lakukan 'pengkhianatan' cicah lemang dengan nutella, serunding

Perkongsian Aishah Jasmin Mohamad Babjee Shamengenai mengenai hal itu turut mendapat perhatian ramai sehingga menjadi tular di Twitter.

Menerusi perbualan bersama mStar, dia yang mesra disapa Aishah mengakui tabiat makan itu sudah lama diamalkan dan masih diteruskan sehingga hari ini.

"Sebenarnya saya sudah makan fries dengan aiskrim sejak kecil lagi. Saya cuba-cuba buat eksperimen.

Perkongsian Aishah yang tular di Twitter.

"Saya cuba makan dengan sos, tetapi boleh makan lima ke enam fries sahaja. Rasa muak.

"Tapi kalau cicah dengan aiskrim, saya boleh habiskan semua fries yang ada," ujarnya.

Menurut gadis berusia 18 tahun itu, kombinasi itu cukup menyelerakan kerana ia memberi rasa panas dan sejuk pada masa yang sama.

Malah, ia juga memberikan dua rasa berbeza iaitu manis dan masin apabila digabungkan bersama.

Saya terkejut bila ia viral. Sebab akan Twitter saya tak ramai pengikut pun. Ada juga orang cadangkan ayam goreng cicah aiskrim.

AISHAH JASMIN MOHAMAD BABJEE SHAMENGENAI

PELAYAR TWITTER

"Ia seperti ais krim goreng. Rasa sejuk ais krim dan fries yang panas. Fries ada rasa masin manakala ais krim tu manis.

"Sebenarnya saya ada juga buat eksperimen makanan lain. Tapi tak ingat dah dan ia tak diteruskan.

"Cuma fries dengan aiskrim je saya teruskan sampai hari ni," ujarnya yang berasal dari Miri, Sarawak.

Menurut Aishah yang kini menetap di Sepang, Selangor, dia tidak menyangka posting itu akan mendapat perhatian ramai.

Aishah sudah bereksperimen dengan dua kombinasi makanan itu sejak kecil lagi.

"Saya terkejut bila ia viral. Sebab akaun Twitter saya tak ramai pengikut pun.

"Ada juga orang cadangkan ayam goreng cicah ais krim. Saya akan cuba nanti.

"Ada kawan yang tengok saya makan fries dengan ais krim, mereka cuba dan tak sangka ia sedap," ujarnya lagi.

Kombinasi panas kentang goreng bersama kesejukan  ais krim membawa lidah anda meneroka satu kelainan selera yang dianggap cukup menyelerakan oleh Aishah.

Menerusi ruangan balas posting itu di Twitter, netizen turut memberi pendapat dan berkongsi selera masing-masing.

"Nasi lauk tembikai pun sedap tapi kawan kawan selalu benci bila makan sama.

"OK serius makan dengan aiskrim lebih memuaskan.

"Lebih baik makan dengan sambal belacan," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain