SETIAP wanita pasti mempunyai pengalaman sewaktu hamil yang berbeza-beza. Begitu juga wanita berusia 27 tahun ini yang berdepan pengalaman mencabar hamil anak ketiganya apabila wajahnya mengalami perubahan teruk. Bercakap kepada mStar, Nor Sahira Dalim berkata wajahnya mula berkedut dan membengkak ketika usia kandungannya mencecah tiga bulan. ARTIKEL BERKAITAN:Masalah isteri mengidam selesai! "Dua bungkus dia makan, rakyat Malaysia memang terbaik" ARTIKEL BERKAITAN:Pemergian suami semasa hamil 4 bulan dorong isteri tunaikan hasrat rakam foto ‘sekeluarga’ – “Tak sangka ketam masak lemak air tangan terakhir” "Muka saya start berubah masa kandungan tiga bulan. Lepas tu naik sikit-sikit dari dahi kemudian berkedut dari atas batang hidung. "Kulit wajah pun start tukar jadi kasar, timbul biji-biji macam ruam tapi bukan. Lepas enam bulan ke atas keadaan muka makin sembab. "Saya sendiri pun tak boleh imagine keadaan hidung saya masa tu. Dah macam serombong kapal, memang beza sangat," katanya. Disebabkan keadaannya itu, Nor Sahira atau lebih mesra disapa Sahira berkata dia tidak membuat sebarang posting di media sosialnya sepanjang tahun lalu. Sahira berkongsi pengalaman semasa hamil anak ketiganya di media sosial sehingga tular. "Allah je tahu perasaan saya masa tu. Saya kena hadap orang kampung yang mengata. Memang menyakitkan hati. "Ada yang kata 'eh muka macam ni nasib baik laki kau tak lari'. Dengar je kata-kata tu saya jadi speechless. Tapi saya cuma mampu tersenyum jelah," katanya yang berasal dari Kota Tinggi, Johor. Jelas suri rumah itu lagi, dia turut terkilan apabila ada yang beranggapan wajahnya itu disunting menggunakan aplikasi FaceApp. "Ramai ingat saya guna aplikasi muka tua. Saya cakap saya tak pernah tahu pun tentang apps tu. Saya cakap Lillahi Ta'ala ini memang kulit saya. Doktor scan tiga kali memang baby girl. Tapi naluri ibu tak pernah salah. Kehamilan kali ini memang berbeza berbanding sebelum ini. NUR SAHIRA DALIM. Suri rumah. "Ada juga kata kena buatan orang... saya kena santau. Ada kata tu bukan sayalah. Macam-macam lagilah. Saya hanya senyum je baca semua komen tu," katanya. Bagaimanapun Sahira bersyukur kerana suaminya sentiasa memberikan kata-kata semangat sepanjang tempoh kehamilannya itu. "Alhamdulillah suami banyak beri sokongan. Suami sentiasa puji saya cantik walaupun hakikatnya wajah saya ketika itu memang teruk," katanya. Sahira berkata keadaan wajahnya itu beransur pulih selepas selamat melahirkan bayi ketiganya pada 30 Januari lalu. Suami Sahira banyak memberi sokongan sepanjang tempoh kehamilannya. "Lepas bersalin tu bahagian tepi bibir dah start surut sikit. Bengkak pun slow-slow hilang. Kulit pun dah makin OK, kembali ke warna asal. Hidung pun dah kembali normal. "Memandangkan saya sudah ada dua anak perempuan, saya anggap itu ujian Allah berikan untuk saya dapatkan baby boy. "Alhamdulillah saya bersalin anak ketiga dengan mudah. Berbeza sangat dengan anak pertama dan kedua. Memang tak sakit langsung," katanya. Sahira turut mendedahkan doktor mengesahkan bayi dikandungnya itu perempuan selepas menjalani pemeriksaan imbasan sebanyak tiga kali. "Doktor scan tiga kali memang baby girl. Tapi naluri ibu tak pernah salah. Kehamilan kali ini memang berbeza berbanding sebelum ini. "Muka sembab sangat, hidung bengkak dan buruk sangat. Saya sendiri pun takut tengok muka saya," katanya. Mengenai postingnya itu, Sahira berkata dia tidak menduga perkongsiannya itu akan mendapat perhatian netizen. "Sebenarnya saya tak sangka posting tu akan viral. Niat saya just nak kongsi pengalaman saya semasa mengandung. Memang terkejut sangat bila viral," katanya.