suria

Rela berkelubung dalam PPE berjam-jam, frontliner anggap layan karenah pesakit Covid-19 tak jujur paling teruk – “Seronok masa cuti tak ingat bahaya...”

Mohd Sukri terpanggil untuk berkongsi luahan kerana bimbang dengan situasi semasa kes Covid-19 gara-gara sikap segelintir masyarakat yang memandang remeh arahan kerajaan. Foto: Mohd Sukri

"TOLONGLAH.... Saya bukan mengeluh dalam kerjaya ini. Tetapi kadang-kadang muak dengan sifat dan sikap yang ada"

Demikian luahan seorang petugas di barisan hadapan yang terkilan dan kecewa dengan sikap sesetengah individu yang tidak berlaku jujur dan mengambil remeh soal maklumat yang sepatutnya disampaikan secara telus ketika mendapatkan rawatan.

Dalam perkongsian di Facebook, kakitangan bernama Mohd Sukri yang bertugas sebagai penolong pegawai perubatan berkata, dia terpanggil untuk menulis coretan berkenaan kerana bimbang dengan situasi terkini di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak negara dilanda wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Luahan kecewa frontliner hadap sampel kluster ‘selfish’, akui dah 2 bulan ‘bertapa’ di makmal - “Sangat salute dengan DG kami yang tenang”

ARTIKEL BERKAITAN: Kluster kayangan terbiasa layanan VVIP, sampai sanggup ugut doktor – “Suruh jaga jarak, dia siap ajak member lain vaping sekali”

"Saya sudah berkhidmat lebih 20 tahun dalam KKM. Sudah banyak tempat saya lalu dari zaman muda sampai seusia sekarang masih setia dengan uniform penolong pegawai perubatan.

"Sejak Covid melanda dari awal tahun sehingga sekarang, dari pengurusan ke klinikal telah saya rasa. Dari kaunter saringan, bilik isolasi telah di lalui. Belum pernah saya rasa seteruk ini terpaksa lalui.

Sebahagian posting yang dimuat naik Mohd Sukri di Facebook.

"Mengawal pesakit lebih 1,000 sehari di kaunter saringan. Kami terpaksa membuat giliran kakitangan untuk kaunter saringan, bertanya soalan, menahan agar pesakit tidak masuk ke dalam bangunan bagi yang berisiko.

"Malangnya ramai yang memandang remeh tentang ini. Pesakit ramai yang tidak jujur dalam perbuatan dan perkataan. Bila ditanya, tiada demam...tiada kemana mana. Sampai ke dalam cerita berbeza," tulisnya.

Berpuluh malah beratus contact disaring. Perhimpunan la, bercuti di Bali la, Jepun la. Seronok masa bercuti tak ingat bahaya dah sampai Malaysia terjah klinik... larangan kerajaan dipandang remeh.

MOHD SUKRI

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Ujar Mohd Sukri, keadaan tersebut sungguhpun nampak remeh kepada pesakit, namun jika ia dilakukan oleh hampir sebahagian besar daripada mereka, pastinya tindakan itu memberi kesan tidak lain dan tidak bukan kepada petugas kesihatan.

"Jika pesakit tidak jujur, ia memberi kesan berbeza pada kami. Kakitangan akan dijangkiti, doktor, jururawat, farmasi semua akan terlibat.

"Dan mereka ada keluarga, mereka ada kehidupan sendiri. Bila dicutikan kerana jangkitan, kakitangan lain akan ambil alih tugas dan seterusnya.

"Malangnya berapa lama kami boleh bertahan? Dari jam 7.30 pagi sampai 9 malam masih berada di tempat kerja. Fikirkan," tulisnya lagi.

Mohd Sukri sudah bertugas sebagai kakitangan KKM sejak lebih 20 tahun yang lalu.

Bukan setakat berhadapan dengan pesakit yang enggan berlaku jujur, malah petugas di barisan hadapan juga terpaksa berpanas kerana 'berkelubung' dengan sut kelengkapan perlindungan diri (PPE) sehingga berjam-jam lamanya.

Ini kerana mereka adalah orang pertama yang terdedah dengan risiko jangkitan wabak berbahaya tersebut.

"Belum lagi terpaksa berpanas dengan baju plastik, gaun, glove berganda, face shield, foot cover, di bawah khemah terik matahari. Ada yg sangat tidak sabar, kami sedaya upaya pastikan supaya perjalanan rawatan ini baik.

Mohd Sukri memohon doa dari rakyat Malaysia agar petugas barisan hadapan diberi kesihatan untuk terus kerkhidmat.

"Jika dalam full PPE...tak payah ckp 1 jam, 10 minit basah satu badan. Cuaca sekarang sangat terik, dahaga jangan cakap. Bukannya kami boleh minum teh ais, makan makan dengan full set tu. Bukan kata nak minum... nak pegang mask pun tidak digalakan apatah lagi buka.

"Risiko jangkitan Allah saja yang tahu. Berpuluh malah beratus contact disaring. Perhimpunan la, bercuti di Bali la, Jepun la. Seronok masa bercuti tak ingat bahaya dah sampai Malaysia terjah klinik... larangan kerajaan dipandang remeh," luahnya.

Sehingga kini perkongsian Mohd Sukri yang dimuat naik di Facebook Penangkini meraih sehingga 233 shares, selain dibanjiri ratusan komen netizen yang rata-ratanya menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas jasa para petugas di barisan hadapan. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
KKM, bercuti, klinik, Covid-19, frontliner

Artikel Lain