suria

Terdesak punya hal, pelajar tak sangka rider Foodpanda penuhi permintaan... tapi ramai yang bengang - “Saya minta tolong guna ayat sopan”

Najib yang membuat pesanan McDonald pada Selasa sempat 'menyelit' pesanan lain daripada rider Foodpanda.

"ABANG Foodpanda selamatkan nyawa aku."

Begitulah ungkapan Muhammad Najib Muhammad Yuha, 16, yang terharu dengan pertolongan seorang rider Foodpanda apabila membantu membelikan kad tambah nilai prabayar untuknya pada Selasa lalu.

Ketika dihubungi mStar, Najib berkata dia terdesak untuk menambah nilai nombor telefonnya kerana mempunyai kerja sekolah yang diberikan secara dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN: Pandai order, aniaya orang pun pandai! Rider kena game... terpinga-pinga tengah panas cari rumah ‘ghaib’ pelanggan

ARTIKEL BERKAITAN: Kumpulan mat rempit kumpul duit sendiri tolong keluarga susah 'terlepas pandang' ketika PKP - “Kami tak kisah orang sangka buruk”

"Nak keluar rumah waktu sekarang ni bahaya, SOS topup pun saya dah guna. Memang terdesak masa tu nak guna internet.

"Cikgu kelas muzik saya selalu bagi kerja melalui WhatsApp, saya memang perlukan internet untuk tahu tugasan yang diberikan," ujar Najib yang mengambil kelas gitar.

Tambahnya lagi, ini merupakan kali pertama dia membuat tempahan selain makanan menggunakan khidmat rider Foodpanda dan dia terkejut apabila rider tersebut menunaikan permintaannya.

"Mak saya ada masak makanan tengah hari tapi lauk udang. Kakak saya pula alergik makanan laut.

Tweet Najib pada Rabu mendapat perhatian netizen.

"Alang-alang beli McDonald's untuk kakak, saya kirim la topup sekali.

"Masa dia (rider) sampai rumah, dia bagi topup sekali. Terkejut saya dia beli juga topup Celcom RM20 tu. Ingatkan dia akan abaikan pesanan saya," ujar Najib yang memberikan wang baki makanan sebagai tip kepada rider tersebut.

Dalam pada itu, Najib memberitahu ada segelintir individu yang memarahinya kerana perbuatan tersebut menyusahkan rider, namun Najib meminta netizen supaya faham situasinya terlebih dahulu.

Ramai orang cakap frontliner tu doktor, askar dan polis, tetapi rider juga perlu diberi pujian.

MUHAMMAD NAJIB MUHAMMAD YUHA

PELAJAR

"Saya baru tingkatan empat, tiada akaun online banking. Saya bayar kepada rider tu pun guna tunai.

"Lagipun saya minta tolong dengan ayat sopan, tak mengharapkan sangat sebab saya tahu tu bukan tugas dia untuk beli topup.

"Alhamdulillah rider tu baik hati, masa dia hantar tu okay je tapi netizen pula yang marah saya," jelas Najib yang menetap di Kempas, Johor Bahru, Johor.

Najib menunjukkan gambar topup RM20 Celcom yang dikirimnya kepada rider Foodpanda.

Najib juga sempat meluahkan penghargaannya kepada rider dan runner penghantar makanan kerana banyak membantu orang ramai pada waktu PKP.

"Ramai orang cakap frontliner tu doktor, askar dan polis, tetapi rider juga perlu diberi pujian.

"Tak salah jika beri tip lebih apabila menggunakan servis mereka berbanding risiko yang mereka hadapi," tambahnya lagi.

Tweet Najib yang dimuat naik pada Rabu sehingga kini telah mendapat 14,000 ulang kicau (retweet) dan 35,400 tanda suka daripada netizen yang rata-rata turut berkongsi pengalaman mereka membuat pesanan melalui rider.

"Aku pernah juga buat macam ni. Dah la aku minta tolong dia belikan topup RM5, boleh pula dia cakap tak payah bayar sebab dia belanja," tulis seorang pengguna Twitter.

"Aku selalu kirim rokok kat abang GrabFood, mudah je dia tolong," tambah netizen lain.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
FoodPanda, topup, Najib, PKP

Artikel Lain