suria

Kerap baiki mesin ATM rosak, juruteknik ini dedah puncanya ada kaitan Covid-19! – “Sembur di tangan, bukan skrin”

Ishak memuat naik perbualan bersama rakannya di Facebook.

DALAM musim wabak berbahaya ini, sudah pasti semua orang takut untuk dijangkiti Covid-19.

Lebih-lebih lagi wabak tersebut boleh mengundang maut yang sehingga kini menyebabkan ratusan ribu nyawa melayang.

Pada awal penularan Covid-19, dapat dilihat orang ramai melakukan pembelian panik. Produk laris sudah tentu topeng muka, sarung tangan dan hand sanitizer.

ARTIKEL BERKAITAN: Hand sanitizer beli online, botol kecil tapi mampu rosak tangan... gadis ini dah terkena! - “Kerja saya terganggu, tak boleh masak”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Padah’ nak tunjuk stunt paling gempak, pengakhirannya amat menyedihkan - “Dia suka acah-acah samseng tapi tak ada yang takut”

Situasi ini sekaligus mengundang rasa tidak keruan dalam kalangan masyarakat terutama dalam hal penjagaan kebersihan dirii.

Tempoh hari, ada yang mengadu penggunaan hand sanitizer telah mengakibatkan kulit menggelupas dan menjadi kering, malah ada juga kes yang menunjukkan tangan mereka terbakar kerana menggunakan cecair tersebut ketika berada di dapur.

Hal yang sama berlaku apabila hand sanitizer itu disapu pada peralatan lain.

Menurut perkongsian yang dimuat naik di Facebook Ishak Abu Jamin, dia memberitahu rakannya yang bekerja sebagai juruteknik ATM (automated teller machine) mengeluh kerana kebelakangan ini mesin tersebut kerap rosak.

Posting Ishak di Facebook pada Selasa mendapat perhatian netizen.

Ishak memberitahu rakannya mengeluh kerana pelanggan bank menyembur hand sanitizer di skrin ATM dan bukannya di tangan.

"Hand sanitizer patut disembur di tangan, bukan pada skrin.

"Pakai hand sanitizer ketika sebelum dan selepas menggunakan ATM sudah memadai," ujarnya.

Tambahnya lagi, hand sanitizer yang mengandungi alkohol menyebabkan skrin mesin ATM mengalami gangguan.

Bukan sahaja menyusahkan pengguna lain untuk melakukan urusan bank, malah turut menyusahkan juruteknik ATM untuk membaiki skrin.

ISHAK

PELAYAR FACEBOOK

"Bila touch screen tu disembur cecair alkohol, ia menyebabkan board di dalam rosak.

"Bukan sahaja menyusahkan pengguna lain untuk melakukan urusan bank, juga juruteknik ATM kerana perlu membaiki skrin," tambah lelaki tersebut.

Posting yang dimuat naik Ishak pada Selasa telah mendapat 2,800 perkongsian dan 640 tanda suka daripada netizen yang majoriti bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Orang awam dinasihati untuk memakai hand sanitizer pada tangan sendiri dan bukannya disembur pada skrin mesin ATM. Gambar sekadar hiasan. Foto: Bernama

"Ni akibat terlalu obses dengan hand sanitizer, dah menyusahkan pengguna lain," tulis seorang pengguna Facebook.

"Semalam aku ada nampak orang buat macam ni, over betul dia," kata seorang wanita.

"Ni pentingnya kena tahu fungsi sesuatu benda. Bukannya main bantai je sembur kat semua benda," tambah netizen lain.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
ATM, hand sanitizer, sembur, skrin

Artikel Lain