TIDAK dinafikan arahan supaya duduk di rumah sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat merapatkan hubungan suami isteri. Tapi ada pula kisah rumah tangga ‘ditayangkan’ secara terbuka di pasar raya sedangkan PKP hanya membenarkan seorang atau ketua keluarga yang keluar untuk membeli keperluan asas. Bak kata seorang wanita yang menyaksikan insiden itu: “Aku di belakang sedang menonton sinetron ‘Suami Isteri Belanja Barang Dapur Berdua-duaan Di Musim PKP’. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kongsi tip ‘lepas’ roadblock gelabah... borak grup WhatsApp bawa padah! – “Tak sangka ada sebar gambar saya dan famili” ARTIKEL BERKAITAN: “Kali ni kita main orang dalam, bos imigresen kawan my dad” - Wanita terbang dari Tawau-KL bawa 2 anak mohon maaf, silap guna ayat “Bang... nak sos A ke nak sos B?” tulisnya di halaman Facebook merujuk perbualan suami isteri yang berada di hadapannya, dan drama berlanjutan hingga ke bahagian ayam. Isteri tetap mendapatkan cadangan suami untuk membuat pilihan ketika berbelanja. Gambar hiasan/Foto Facebook “Aku perhati je pasangan depan aku ni masa berbaris nak timbang ayam. Isteri ke hulu ke hilir cari barang lepas tu datang kat suami yang sedang berbaris tunggu giliran timbang barang kemudian disuruh buat pilihan,” katanya. Wanita itu berkata, sikap selamba suami isteri seperti tidak mengendahkan saranan kerajaan supaya rakyat duduk di rumah di samping kesedaran mengenai bahaya Covid-19. “Ni bukan masa nak pilih sos A atau sos B. Kau datang membeli pun masih suruh suami yang pilih. Baik kau duduk je di rumah, biar suami kau datang dan memilih sos apa dia nak. Jadilah isteri yang bijak Senah oii,” tulisnya menerusi halaman Facebook Raihan Hashim. Katanya, sebenarnya ramai pasangan suami isteri yang berani dan seronok membeli-belah ketika PKP dilaksanakan, malah ada yang turut membawa anak mereka. Kehadiran lebih seorang ke pasar raya membangkitkan pertikaian segelintir pihak. Gambar hiasan/Foto Facebook “Ada yang siap pakej bawa anak! Aku pernah jumpa juga isteri yang mengandung keluar beli barang ditemani suami. Ewah ewah... romantik sungguh kau bang! “Bawa bini keluar untuk dihadiahkan dengan virus. Hebat suami begini, sayang isteri sampai tak sedar menyorong keranda untuk diduduki,” katanya. Banyak lagi cara lain kau boleh buat untuk tambat hati suami kau musim PKP ni selain ikut dia pergi membeli barang di pasar raya. PENGGUNA FACEBOOK Namun, dia mempunyai alasan untuk tidak menegur secara bersemuka dengan pasangan suami isteri yang bersikap mementingkan diri mereka di tempat awam. “Kalau tegur boleh bergaduh, lagi lama aku kat situ. Tujuan aku adalah beli barang dan segera pulang. Itu amanah suami aku kalau dia lantik aku jadi ketua rumah interim bila ada perkara yang tak dapat dielakkan. “Kalau ikut hati memang aku nak guna siaraya pasar raya tu. Bagi tazkirah kat pasangan romantik yang sedang membeli-belah. Masih terdapat isteri yang mengikut suami pergi ke pasar raya semasa PKP. Gambar hiasan/Foto Facebook “Aku nak cakap virus ni kalau tengok melalui mikroskop di makmal Sains masa kau Tingkatan Lima pun belum tentu boleh nampak. Sebab apa? Sebab dia halus sangat... benda halus ni nak tembus melalui udara senang sangat wei!” tambahnya. Dalam pada itu, dia turut berharap agar kaum isteri tidak mengikut jejak langkah wanita ‘terkutuk’ yang bersikap hanya mementingkan diri itu. “Aku harap kau, kau dan kau bukan kategori terkutuk ikut suami pergi berbelanja di pasar raya. Aku malu nak mengaku kawan kalau kau spesies macam ni. “Banyak lagi cara lain kau boleh buat untuk tambat hati suami kau musim PKP ni selain ikut dia pergi membeli barang di pasar raya. Tak ada istilah bosan kalau kau isteri dan ibu yang kreatif!” katanya.