suria

Barang kenduri tak jadi diguna sepanjang PKP, pengantin nikah online mahu Covid-19 berakhir segera - “Satu Malaysia doakan kami...”

Pengantin perempuan bersama ibu bapanya.

TIADA kata yang mampu diucapkan selain bersyukur apabila hubungan selama tujuh tahun berakhir dengan ikatan perkahwinan.

Namun, terselit juga rasa hiba kerana majlis yang diimpikan berlangsung dalam suasana cukup berbeza.

Begitulah kisahnya melibatkan Muhammad Ameer Ashraf Norhisham dan pasangannya, Siti Jaslin Johari apabila mereka sah menjadi suami isteri menerusi akad nikah secara sidang video pada Rabu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja bertukar hiba... emosi bakal pengantin ke laut, persiapan 'musnah' angkara PKP - “Dapat nikah online pun syukur, janji halal”

ARTIKEL BERKAITAN: Kini giliran Selangor benarkan nikah online

Bercakap kepada mStar, pengantin perempuan yang mesra disapa Jaslin mendedahkan mereka sepatutnya berkahwin pada 4 April lalu.

"Kami dah rancang dalam enam bulan lepas, tarikh majlis kami pada 4 April. Masa mula-mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, kami diberitahu masih boleh kahwin, cuma dilakukan dalam suasana terhad.

"Selepas itu kami dimaklumkan semua akad nikah di Selangor ditangguhkan sehinggalah dapat tahu pasal nikah online. Kami contact pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Isnin, Rabu dah nikah," ujarnya sewaktu dihubungi.



Posting Jaslin di laman Twitter.

Masing-masing berusia 25 tahun, akad nikah secara sidang video itu berlangsung secara tiga hala dari kediaman Jaslin di Sri Kembangan, Muhammad Ameer di Bangi dan pegawai Jais di lokasi mereka sendiri.

Menurut Jaslin lagi, perasaannya bercampur-baur saat dia dinikahkan sendiri oleh bapanya, Jaslin Mohd Kassim tempoh hari.

Biarpun tidak dapat mengadakan kenduri dengan kehadiran keluarga dan rakan taulan, dia bersyukur apabila video majlis itu turut dititipkan dengan ucapan doa oleh rakyat Malaysia setelah ia tular di Twitter.

Harapnya Covid-19 berakhir segera, boleh lah kami berjumpa setelah jadi suami isteri. Harap dapat raya bersama.

SITI JASLIN JOHARI

PENGANTIN

"Pertamanya gembira, sebab dah kenal tujuh tahun. Akhirnya dapat kahwin. Lagi pun kami berdua masih belajar dan mengusahakan perniagaan tudung bersama.

"Perasaan bercampur baur, walaupun buat majlis tak ramai orang, video akad nikah tu viral dan satu Malaysia doakan kami.

"Tapi kami rancang hari tu pun nak buat majlis biasa-biasa je. Dalam 500 tetamu. Ada barang-barang dapur yang dah beli untuk kenduri, kami gunakan sepanjang tempoh PKP dan untuk Ramadan. Hikmahnya kami dapat berjimat," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai diri sendiri dan pasangannya, Jaslin kini menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor dalam bidang pemasaran.



Pengantin lelaki bersama ibu bapanya.

Suaminya pula belajar di Universiti Tun Hussein Onn (Uniten) Bangi dalam bidang kejuruteraan eletrik.

Kata Jaslin, tiada apa yang diharapkan selain Covid-19 reda dengan segera agar dia dapat bertemu dengan suaminya.

"Hari tu sebenarnya meniitis air mata saya. Sebab saya anak sulung daripada lapan beradik. Sebak juga sebab ayah yang nikahkan.



Jaslin merupakan anak sulung daripada lapan beradik.

"Harapnya Covid-19 berakhir segera, bolehlah kami berjumpa setelah jadi suami isteri. Harap dapat raya bersama," ujarnya lagi.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Jais membenarkan pernikahan menerusi sidang video diadakan di Selangor bermula Isnin lalu.



Suasana sekitar majlis serba ringkas tempoh hari.

Kaedah itu dilaksanakan dengan standard yang wajar, mudah difahami serta diikuti oleh pasangan terlibat kerana kaedahnya lain daripada kebiasaan.

Sebelum ini, semua majlis akad nikah dalam tempoh PKP ditangguhkan selepas lima jurunikah Jais terpaksa dikuarantin kerana dikesan ada kontak dengan individu positif Covid-19 sewaktu bertugas.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
nikah online, sidang video, Jais, PKP, Covid-19

Artikel Lain