suria

Disah hamil sebulan sebelum PKP, bakal ibu ini risau jadi ‘bahan’ rakan sekerja otak kuning - “Ada siap kira bila persenyawaan berlaku”

Kata wanita itu, dia risau menjadi bahan jenaka lucah di tempat kerjanya.

REZEKI menimang cahaya mata sepatutnya membawa kegembiraan, namun ada wanita yang gusar apabila kehamilan mereka menjadi bahan jenaka tidak sepatutnya di tempat kerja.

Perkara itu dikongsikan pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu atau dikenali Akhi Fairuz Al-Jengkawi menerusi laman Twitter miliknya.

Menerusi luahan itu, wanita berkenaan yang tidak didedahkan identitinya mengakui tidak selesa dengan suasana pergaulan di tempat kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengejutkan! Kutipan dana bantu gugur kandungan ketika PKP berjaya capai target, posting dipadam atas alasan keselamatan gadis hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Dicerai talak 3 ketika hamil, ‘bergelut’ naik turun mahkamah bawa perut... wanita titip pesanan kepada bekas suami menggelabah nak jumpa anak!

"Saya sekarang hamil, dapat tahu awal bulan Februari hari tu. Saya sangat bersyukur sebab Allah izinkan untuk hamil.

"Namun saya bimbang jika habis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perlu masuk kerja. Kebimbangan saya disebabkan oleh rasa tak selesa dengan rakan kerja," kata wanita itu.

Jelasnya lagi, kegusaran itu bukanlah sekadar dakwaan tidak berasas, namun berdasarkan pengalaman sebelum ini melihatkan seorang lagi rakan sekerjanya.



Posting di Twitter pakar motivasi itu yang menarik perhatian ramai.

Kata wanita itu, rakannya dijadikan bahan jenaka berbaur seksual sehingga membuatkan dia berasa fobia.

"Kebanyakan mereka gemar bergurau yang saya rasa tidak patut. Pernah rakan kerja mengandung, habis dibahannya. Dibuat gurau.

"Ada siap kira bila persenyawaan tu berlaku. Saya jadi fobia. Takut kalau ayat itu dikenakan kepada saya pula.

Bukan sekali dua orang direct message (DM) saya mengadu jadi mangsa sex harassment (verbal) di tempat kerja. Banyak kali kot.

AKHI FAIRUZ AL-JENGKAWI

PAKAR MOTIVASI

"Bukan nak sembunyikan kehamilan tapi dengan keadaan macam tu, saya rasa marah, malu dan sedih," ujarnya.

Tambahnya lagi, bukan sekadar lelaki, malah ada rakan sekerja wanita turut berjenaka hal sama.

Dalam pada itu, Akhi Fairuz menerusi posting Twitter berkata, perkara itu berlaku apabila seseorang sudah terbiasa melakukan hal sedemikian.



Kerisauan wanita itu bersandarkan kepada pengalaman yang turut dilalui rakan sekerja wanita sebelum ini.

"Bila dah terbiasa melawak lucah, double meaning dan tengok porn, maka tak rasa malu dah untuk cakap begini pada orang lain.

"Bukan sekali dua orang direct message (DM) saya mengadu jadi mangsa sex harassment (verbal) di tempat kerja. Banyak kali kot.

"Please guys. Jangan buatkan orang sekeliling kita rasa tak selamat," ujar Akhi Fairuz lagi.



Luahan penuh wanita itu yang dikongsi di Twitter.

Posting itu sehingga kini menerima lebih 3,500 ulang kicau (Retweet) dan turut dihujani dengan pelbagai komen.

Malah, ramai netizen turut berkongsi pengalaman hampir sama di tempat kerja masing-masing, tak kurang juga yang meluahkan rasa jijik dengan gurauan sedemikian rupa.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan