DI bulan Ramadan yang mulia ini terus menyaksikan pendakwah terkenal, Ebit Lew dilanda kesedihan. Namun, perasaan itu kali ini berbeza apabila kesedihan itu timbul selepas diajukan soalan oleh seorang anak muda. “Seorang anak muda tanya saya ‘tak sangka dunia tak indah seperti yang kita sangka. Kita cuma ingin beri kasih sayang. Kasih sayang tanpa batasan bangsa dan agama. Rupanya boleh jadi pesalah macam jenayah’, ” tulis Ebit Lew di halaman Facebooknya, petang Isnin.ARTIKEL BERKAITAN: Berjuta ringgit dibelanja, Ebit Lew sedih bantuan disalaherti - “Minta maaf, jangan tag saya lagi kes orang susah...”ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Ebit menangis lagi! Kali ini kerana bantu keluarga daif ‘jauh dalam kebun getah’ - “Sehari mereka di sini dosa buat saya yang tidur lena” Ebit Lew berkata, anak muda itu menangis kerana terus diduga dengan orang yang bersangka buruk terhadapnya. Ebit Lew (tiga, kanan) bersama sekumpulan pemuda. Foto Facebook Ebit Lew “Dulu saya jahat ustaz. Betul-betul jahat. Ramadan kali ini pertama kali saya puasa. Saya solat. Saya berubah ustaz. Tapi tak berhenti orang cari pasal dengan kita kenapa ya? “Kita tak kacau orang pun. Tak lawan orang pun. Tak langgar undang-undang pun. Maaf ustaz saya tak pernah menangis begini, ” ujar anak muda berkenaan. Tangisan anak muda itu jelas memberi tamparan hebat buat Ebit Lew yang mendengar kisah sedih itu sambil mejelaskan bahawa apa yang berlaku merupakan ujian daripada Allah SWT. Kita tak payah balas. Biarlah Allah tentukan, bukan kita nak. Allah yang beri. Kita reda dengan ketentuan Allah EBIT LEW Malah, keadaan yang dialami anak muda itu mengimbas kembali nasib yang sama dilalui Ebit Lew sejak kecil. “Sedih tengok dia. Jawapannya cuma satu kerana Allah sayang kita. Untuk dekat pada Allah memang ada ujian. “Diugut, ditakutkan, dimarah, dihina, dipermainkan, dipersalahkan, dijatuhkan, dimalukan, dicari salah... begitulah perjalanan ini. “Dari saya kecil perkara sama saya lalui. Dari orang kecil sampai orang yang berkuasa. Saya pun fikir soalan yang sama. Oh begini rupanya, ” tambah beliau. Perkongsian Ebit Lew mengenai luahan seorang anak muda. Bagaimanapun, Ebit Lew berkata, kita sebagai manusia seharusnya belajar memaafkan mereka meskipun dihina atau dilakukan perkara yang tidak baik.Sebaliknya beliau menasihatkan agar mendoakan mereka sambil menambah bahawa apa yang dialami Nabi Muhammad SAW jauh lebih besar dugaannya.“Kita tak payah balas. Biarlah Allah tentukan, bukan kita nak. Allah yang beri. Kita reda dengan ketentuan Allah. Dulu kini selamanya yang beri rezeki dan jaga kita adalah Allah. “Percayalah, Allah memiliki segala sesuatu. Kepadanya kita berserah. Jangan bersedih kita ada Allah. Dulu kini dan selamanya. Kita hidup untuk Allah sayang, bukan penghormatan manusia. “Kita hidup bila Allah tentukan. Kita mati pun Allah yang tentukan. Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Cukuplah Allah tempat kita berserah, ” katanya. Ebit Lew terus menjadi perhatian apabila baru-baru ini beliau meluahkan isi hatinya yang sedih apabila niatnya untuk membantu golongan kurang berkemampuan disalahertikan dan dipertikaikan oleh segelintir pihak.