KEHADIRAN cahaya mata dalam kehidupan jejaka berusia 22 tahun ini disifatkan sebagai satu nikmat Allah yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Berkongsi kisah gembira itu sehingga tular di laman Twitter, Muzza Shah Habil Muzafahisam mengakui kehidupannya kini berubah 360 darjah sejak kehadiran puteri sulung itu pada 1 Ramadan lalu. Bercerita kepada mStar, penilai hartanah yang menetap di Johor itu turut berkongsi cabaran dilaluinya, ditambah pula dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas kira bajet, Instafamous dan suami sepakat tangguh timang baby - “Biarlah dapat anak lambat, janji dapat beri keselesaan untuk mereka” ARTIKEL BERKAITAN: Pesakit Covid-19 boleh kena strok, serangan jantung? KP Kesihatan senaraikan 3 faktor penyebab "Saya sebenarnya tak pernah bayangkan akan kahwin muda. Tapi semuanya aturan Allah. Tunaikan hasrat mak juga, dia yang utarakan idea. Dalam lima ke enam bulan kahwin, mak saya meninggal dunia. "Plan asalnya mak mentua akan datang sini. Tapi tak dapat datang sebab PKP. Saya memang tiada pengalaman nak uruskan baby. Posting Muzza di Twitter. "Jadi saya belajar dengan tukang urut yang datang, ada juga belajar dari Internet. Saya cuba buat perlahan-lahan. Baby pun sangat membantu," ujarnya sewaktu dihubungi. Menurut Muzza lagi, dia berasa cukup sebak sewaktu pertama kali menatap wajah anaknya pada tengah hari Jumaat lalu sejurus dilahirkan. Malah, rezeki cahaya mata itu disifatkan sebagai satu anugerah kehidupan yang membuatkan dia lebih mensyukuri nikmat tuhan. Rasa syukur tu, banyak sangat saya nak ucapkan terima kasih kepada Allah. Sempena Ramadan, jadi bersemangat dan rajin nak beribadah sebab dah banyak Allah tolong saya. MUZZA SHAH HABIL MUZAFAHISAM BAPA MUDA "Rezeki baby, terharu sangat bila Allah bagi. Nikmat yang tak dapat digambarkan bila dapat pegang anak sendiri, rasa tak percaya. "Memang mengalir air mata sebab saya dah jadi bapa. Rasa sebak juga. Ia bagaikan pengalaman yang menginsafkan saya. Foto puteri sulungnya yang dikongsi di Twitter. "Rasa syukur tu, banyak sangat saya nak ucapkan terima kasih kepada Allah. Sempena Ramadan, jadi bersemangat dan rajin nak beribadah sebab dah banyak Allah tolong saya," jelasnya lagi. Mengulas perkongsian tular di Twitter, Muzza juga berterima kasih kepada orang ramai atas ucapan dan doa buat dia sekeluarga. Muzza dan isteri berkenalan sewaktu mereka di UTM KL. Menurut Muzza, dia dan isteri Nur Emelda Allisa Norsukri, juga berusia 22 tahun berkenalan sewaktu mereka belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur dan berkahwin sewaktu dia dalam semester tiga pengajian. "Masa tu saya belajar dalam bidang hartanah. Kami sama umur tapi isteri junior saya. Sebab dia masuk intake yang lambat. "Terima kasih juga kepada orang ramai yang doakan kami. Hasil doa orang sekeliling. Agak sibuk, tak sempat lagi nak balas ucapan mereka," ujarnya lagi.