suria

Pelajar PhD dibawa pulang rupa-rupanya tinggal di khemah! Adun beri penjelasan di FB... Ustaz Ebit tiba lepas sahur, tak jadi carikan rumah sementara

Kisah Reduan dan isteri (gambar kecil) tinggal di khemah usang menjadi perhatian ramai. Foto Facebook

KEPERITAN hidup keluarga seorang pelajar yang terkandas di universiti berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terbongkar selepas kerajaan memberikan kelonggaran dengan membenarkan penuntut universiti untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Siapa sangka rumah pelajar yang mengikuti pengajian ijazah Doktor Falsafah (PhD) itu di Kampung Malan di Johol, Negeri Sembilan hanyalah sebuah khemah usang.

Difahamkan rumah Maznah Ismail, pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor itu, turut didiami abangnya, Reduan bersama isteri dan enam anak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jumpa orang susah baju buruk. Saya tanggal jubah beri dekat dia” - Dulu Ebit Lew ‘daif ya amat’... pernah dipanggil bodoh bersusah tolong orang

ARTIKEL BERKAITAN: Sering sebak saat bantu orang susah, kali ini tangisan anak muda buat Ebit Lew sedih... – “Dulu saya jahat ustaz, betul-betul jahat”

Bagaimanapun, kisah Maznah dan abangnya menjadi tular sehingga menimbulkan kekecohan di media sosial yang mempersoalkan mengapa keluarga tersebut dibiarkan sedemikian rupa.



Menjadi tempat berteduh sebuah keluarga.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johol, Saiful Yazan Sulaiman tampil menjelaskan hal sebenar mengenai nasib yang menimpa keluarga itu.

Saiful Yazan berkata, Reduan mempunyai kediaman sendiri di Meru di Klang, Selangor tetapi berulang-alik ke kampung sejak hampir lima bulan lalu bagi untuk mengusahakan tanaman semula getah di tanah peninggalan keluarganya dan memelihara ternakan.

Tanah yang diduduki olehnya telah mendapat hak milik pada 2018 dan rumah peninggalan arwah ibu bapanya yang sebelum ini terbiar kosong telah terbakar pada 2015.

“Sepanjang berulang-alik ke kampung, beliau telah membina pondok untuk berehat dan kadang-kala juga tidur bersama keluarga di kampung untuk mengusahakan tanah tersebut,” ujar Saiful Yazan menerusi posting di halaman Facebooknya, awal pagi Sabtu.

Namun, Adun Johol itu berkata, keberadaan Reduan sekeluarga di kampung semasa PKP dikuat kuasakan menyebabkan mereka terpaksa terus menetap di pondok berkenaan.



Khemah didirikan di tanah peninggalan arwah ibu bapa Reduan.

Malah, Saiful menjelaskan bahawa pihak pejabat Adunnya, masjid, masyarakat termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan agensi lain telah memberikan bantuan sebaik mungkin kepada keluarga tersebut sepanjang PKP bermula sehingga kini.

InsyaAllah pihak Pejabat Adun Johol prihatin dan akan membantu keluarga ini untuk pulang semula ke Meru, Klang dalam waktu terdekat supaya mereka boleh tinggal selesa di kediaman mereka sendiri.

“Harapan beliau seisi keluarga untuk membina rumah di tanah peninggalan keluarga di Kampung Malan akan dibawa kepada agensi yang boleh membantu bersesuaian dengan status permohonan,” tambahnya.

Harapan beliau seisi keluarga untuk membina rumah di tanah peninggalan keluarga di Kampung Malan akan dibawa kepada agensi yang boleh membantu bersesuaian dengan status permohonan.

SAIFUL YAZAN

Kisah keluarga itu turut mengundang sebak pendakwah terkenal, Ebit Lew yang sanggup datang ke khemah usang itu selepas sahur pada Sabtu.

“Sebak dari semalam lihat gambar rumah keluarga ini. Selepas sahur terus ke sana. Syukur saya bersama ketua kampung dan ahli kariah membantu saya berjumpa abang ini. Mereka semua ambil berat hal abang ini.

“Bila sampai dekat rumah tengok rumah terus rasa nak menangis. Mereka ada rumah asnaf di Selangor. Mereka tersangkut terus di sini sebab PKP,” tulis Ebit di halaman Facebooknya, pagi Sabtu.



Ebit (kanan) semasa berkunjung ke khemah usang itu. Foto Facebook Ebit Lew

Menurut Ebit, dua anak Reduan melanjutkan pengajian di universiti dan keluarganya sedang menunggu keputusan permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Mereka bersyukur dan jenis tidak meminta-minta, tenang je. Tadi sampai tengah mengaji al-Quran.

“Saya datang nak cari rumah sementara tapi saya dimaklumkan YB (Yang Berhormat) dan penduduk setempat akan menguruskannya. Jadi saya beri duit belanja pada abang ini.

“Pagi ini YB setempat kata akan uruskan hantar keluarga ini balik ke Klang dulu. Mereka siapkan van. Terima kasih pada YB dan penduduk setempat yang akan menguruskan semuanya. Saya doakan rumah kecil abang ini dapat dibina selepas PKP ini,” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain