RAMADAN kali ini lebih bermakna buat wanita ini apabila dipertemukan semula dengan abang dan kakak kandungnya yang terpisah sejak 22 tahun lalu. Menurut Nur Faradila Shahidah Mohd Said, usaha mencari abang dan kakak kandungnya itu menggunakan kuasa viral Twitter bermula selepas dia menemui sekeping foto lama mereka pada pagi Isnin lalu. “Selama ni memang saya mencari mereka tapi saya tak berani post dekat mana-mana sebab tak jumpa lagi gambar kami bersama ayah masa kecil. ARTIKEL BERKAITAN: Penyatuan ketika PKP... 15 tahun terpisah, anak telefon ibu kandung jam 2 pagi - “Masa kecil dulu saya keliru” ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki Ramadan! Kawan hanya taip 2 perkataan, pemuda berjaya jumpa bapanya selepas 22 tahun terpisah - “Depan mama saya menangis” “Saya download di Twitter. Saya pun saja cuba nasib tweet sebab pernah tengok ada yang guna cara ni then jumpa orang yang mereka cari,” katanya kepada mStar. Tweet Faradila mendapat perhatian netizen. Tanpa diduga, Nur Faradila berkata dalam masa lebih dua jam dia akhirnya menerima mesej daripada seorang wanita yang mendakwa mengenali kakaknya, Noor Farrah Diva Mokhtar. “Terkejut jugalah sebab tweet tu tiba-tiba blow up sebab saya tak plan apa-apa langsung. Saya ingatkan dalam dua tiga hari baru boleh jumpa. “Tiba-tiba ada seorang perempuan DM saya beritahu dia kenal orang dalam gambar tu. Saya tanya details memang betullah nama kakak saya tu,” katanya. Mesra disapa Faradila, wanita yang menetap di Kedah itu memberitahu dia menghubungi kakaknya sejam kemudian. “Lepas saya dapat contact number kakak saya dari wanita tu saya pun call sejam kemudian. Memang betullah orang tu kakak saya. “Bila first time dengar suara dia memang rasa sebak dan happy tapi pada masa sama sedihlah juga sebab belum dapat jumpa face to face lagi. Gambar terkini abang dan kakak kandung Faradila. “Kakak dengan abang tinggal bersama keluarga angkat di Setapak (KL), saya pula di Kedah. Insya-Allah kami akan bertemu selepas tamat PKP nanti,” katanya. Faradila yang sudah berumahtangga turut terkejut apabila diberitahu oleh kakaknya bahawa dia mempunyai dua lagi adik yang turut diberikan kepada keluarga angkat. Bila first time dengar suara dia memang rasa sebak dan happy tapi pada masa sama sedihlah juga sebab belum dapat jumpa face to face lagi. NUR FARADILA SHAHIDAH MOHD SAID ADIK “Kakak dan abang saya beritahu kami ada dua lagi adik. Buat masa ini kami masih lagi berusaha menjejaki mereka. “Ada yang kata mereka tinggal di Kuala Lumpur tapi kami pun tak pasti lokasi sebenar mereka. Kalau ikutkan masing-masing berusia dalam lingkungan 18 dan 20 tahun,” katanya. Faradila berkata dia diserahkan kepada keluarga angkat ketika berusia empat hari. Faradila bersama suaminya. “Mak angkat saya ambil saya dari keluarga kandung masa saya umur empat hari. Kakak dan abang pula diambil keluarga lain. “Ayah kandung saya ada datang jenguk masa saya berusia tiga tahun. Dia beritahu saya ada adik perempuan nama Nur Farah Ain. “Masa tu saya kecil lagi tak tahu apa tapi mak angkat saya yang cerita. Tak sangka saya ada lagi seorang lagi adik lelaki bernama Muhammad Hafiq Irfan,” katanya. Posting hebahan Faradila mencari abang dan kakak kandungnya itu mendapat 30,400 ulang kicau dan 23,500 tanda suka di Twitter. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!