"SAYA masuk dapur, ingatkan dia tengah masak slime." Begitulah ungkapan seorang kakak, Eryna Zamri, yang terkejut apabila melihat adiknya sedang menggoreng telur dadar berwarna biru. Menceritakan semula kejadian tersebut, Eryna memberitahu adiknya berada di dapur menyediakan telur dadar untuk dimakan bersama lauk sardin pada waktu sahur. ARTIKEL BERKAITAN: Niat dah baik, malang diri sendiri terjerat gara-gara kenakan ibu masa sahur - “Ada lagi sikit dalam pinggan ayah...” ARTIKEL BERKAITAN: Misteri kek terbelah 3 ketika adik ipar menjerit... lebih aneh pelanggan repeat order - “Saya menggigil trauma, dugaan apakah ini?” "Saya selalu kunci jam pukul 4 pagi untuk sediakan makanan, tapi hari Rabu tu Anum (adik) bangun lebih awal daripada saya. "Tengok makanan dalam kuali warna biru. Saya tanya dia kenapa biru? "Rupa-rupanya dia letak pewarna biru kerana bosan dengan telur yang berwarna kuning," ujar Eryna sambil berseloroh. Tweet yang dimuat naik Eryna mendapat perhatian netizen. Ketika ditanya dari segi rasanya, Eryna memberitahu dia sedikit pun tidak teringin untuk menjamah telur tersebut disebabkan warnanya yang agak pelik. "Mak saya selalu buat kek dan kuih raya, jadi Anum guna sedikit pewarna tersebut ketika memasak telur dadar. "Dia ada beritahu saya rasa telur tu sama sahaja seperti telur dadar biasa cuba bezanya ada diletak pewarna dan bukannya perisa. "Habis kat dia seorang je telur biru tu," jelas gadis berusia 22 tahun itu. Semua resipi viral kami dah cuba dan setiap kali cuba mesti semua akan turut berada di dapur. ERYNA Mengulas lebih lanjut mengenai perangai adiknya, Eryna memberitahu bahawa adiknya yang berusia 10 tahun itu merupakan seorang yang ceria ketika bersama ahli keluarga. "Anum ni otak dia cepat berfikir dan suka bagi saya teka-teki secara spontan. "Ada sekali dia beri saya teka-teki 'pernah tengok sabun mandi tak?' "Lama juga saya fikir waktu tu, geram juga saya bila tahu jawapan daripada dia," ujar anak kedua daripada enam beradik itu. Eryna memberitahu bahawa dia mempunyai hubungan yang sangat akrab sesama adik-beradiknya. Dalam pada itu, Eryna yang kini bekerja sebagai service advisor di sebuah syarikat kereta terkenal menceritakan bahawa hubungan antara mereka berenam begitu rapat. "Kami adik-beradik sangat rapat. Semua resipi viral kami dah cuba dan setiap kali cuba mesti semua akan turut berada di dapur. "Tempoh PKP yang agak lama ni tidak menjadi masalah bagi kami kerana mempunyai lebih banyak masa untuk diluangkan bersama. "Kami buat BBQ, tanam pokok dan bina sebuah sangkar untuk kucing peliharaan sewaktu PKP ini," ujar Eryna yang merupakan lulusan Universiti DRB Hicom dalam jurusan teknologi automotif. Perkongsian Eryna di laman Twitter sehingga kini telah menerima 18,500 ulang kicau dan 18,900 tanda suka daripada netizen yang rata-rata terhibur dengan kejadian tersebut. "Harap-harap adik awak tak bertukar jadi smurf atau mutant," tulis seorang pengguna Twitter. "Ni mesti sebab banyak sangat tengok Blues Clues," ujar seorang pemuda. "Padu dik, lepas ni kalau nak bagi seram sikit letak sirap dalam tu," tambah netizen lain. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!