suria

“Benda paling bodoh aku percaya” - Dulu keguguran, kini hilang kembar! Wanita salahkan diri terlalu positif, sakit lahirkan anak tak bernyawa

Bayi kembar Miraa meninggal dunia pada 28 Mac lalu.

BERAT mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Begitulah ujian dilalui pasangan suami isteri ini apabila kehilangan bayi kembar perempuan sekelip mata pada 28 Mac lalu.

Kisah meruntun hati itu dikongsi ibu kepada bayi kembar diberi nama Amina Sofya dan Aisya Sofya menerusi satu perkongsian di Facebook sehingga menjadi tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas meninggal lahir bayi kembar, barulah suami perasan isterinya berperangai pelik sejak awal pernikahan - “Tak sempat lihat anak sulung kami”

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku tak nak dia terlepas hari kematian aku” - Meruntun hati... ibu jauh di Boston ‘teman’ anak sedang nazak, ajar mengucap melalui video call

Menurut Miraa Nordin, pemergian bayi kembarnya pada usia kandungan lapan bulan itu adalah kehilangan kedua selepas mengalami keguguran pada 2018.

“Kami pernah diuji dengan keguguran tahun 2018. Masa tu 11 minggu, tanpa dilatation & curettage (D&C) baby keluar sendiri dekat rumah.

Miraa reda dengan pemergian bayi kembarnya pada usia kandungan lapan bulan.

“Tak sangka 2020 kami diuji lagi. Kali ni betul-betul sakit. Allah je tahu apa aku rasa. Dua kali berpantang tanpa baby. Dua kali kehilangan. Serious perit tak tipu.

“Rasa macam dunia terhenti sekejap masa tu. Rasa punah semua angan-angan sekelip mata. Lapan bulan mengandung, semua persiapan dah buat, tapi bukan rezeki kami lagi nak ada zuriat kali ni, ” katanya.

Jelasnya lagi, segalanya bermula ketika kandungannya semakin besar.

“Rasanya semua yang pregnant pernah rasa baby macam kurang gerak tiba-tiba. Kadang-kadang bila fokus buat benda lain, rasa baby kurang respon.

“Gerak tu gerak tapi dia macam tak aktif sangat. Memang sangat risau. Sepanjang pregnant, pernah dua kali pergi hospital sebab kurang gerak.

“Sekali pergi emergency sebab belum 28 weeks masa tu, sekali lagi masa 30/31weeks. Yang pertama tak perlu warded dan kali kedua kena warded sehari, ” katanya.

Namun Miraa berkata keadaan kembali normal selepas discaj sehinggalah seminggu dua sebelum detik hitam itu dia kerap ‘sangkut’ ujian air kencing.

“Pelik sangat sebab dari awal urine, BP, HB, gula semua OK. Memang rasa tak sedap hati tapi sebab fikir kena positif kan baru baby positif sama (ni kesalahan terbesar aku).

Miraa dan suami teruja selepas dia disahkan hamil setahun kemudian.

“Kena repeat ambil sample urine banyak kali dan mcm-macam test aku kena ambil hujung-hujung pregnancy. Urine, darah, swab. Aku banyak kali tanya doktor memang takkan affect baby ke kalau kencing kotor.

“Doktor jawab biasanya tak ada so aku macam lega la. Ada juga tanya pasal baby kurang aktif normal ke, dia jawab 'maybe sebab space, asal rasa gerak should be OK’. Aku bertambah lega, ” katanya.

Sehari sebelum 28 Mac, Miraa berkata dia mengajak suami untuk membuat kes coklat moist sebelum bersalin.

“Nanti berpantang dah tak boleh makan so nak makan puas-puas. Pagi tu macam biasa rasa je dorang gerak-gerak. Petang bila siap buat kek, start rasa macam kurang gerak.

“Tapi tak fikir bukan-bukan dan positifkan diri maybe terlalu busy buat kek so twins penat nak rehat (kesalahan besar aku). Tapi bila tekan-tekan perut ada je respon so macam OK lah.

“Dan gerak baby 10 kali tu cukup je cuma lambat sikit dari hari-hari lain. Malam pula time solat memang rasa je baby gerak tapi masih tak sedap hati. Benda macam ni jadi banyak kali juga tapi sebelum-sebelum ni aku bernasib baik bila check rupanya baby tukar kedudukan dan lepas tu aktif balik, ” katanya.

Dek kerana bimbang dengan wabak Covid-19, Miraa menangguhkan hasratnya ke hospital malam itu dan berhasrat pergi ke klinik keesokan paginya.

“Pagi-pagi lagi ajak husband pergi klinik sebab fikir nak tengok jantung baby je. Memang tak terfikir dan tak nak terfikir bukan-bukan.

Miraa sempat membuat kek sehari sebelum kejadian itu.

“Sampai-sampai klinik staf tu cakap pukul 10 pagi baru ada doktor. Aku pun macam tak pe lah kita pi beli aiskrim dulu. Makan aiskrim sambil cakap dengan twins dan memang aku sangat pelik sebab baby tak de gerak-gerak masa ni.

“Lepas tu kami ke klinik tunggu dalam klinik. Tak lama tu kami masuk bilik doktor dengan penuh harapan nak tengok jantung baby, ” katanya.

Sebaik sahaja doktor melakukan pemeriksaan imbasan di bahagian perut, Miraa berkata dia tergamam apabila tiada denyutan pada jantung bayinya.

“Biasa scan akan ada denyut-denyut tapi pagi tu tak de. Dia pergi baby kedua pun sama. Allahu aku tak tahu nak gambar perasaan aku masa tu. Doktor tu cepat-cepat suruh ke hospital.

Rasa macam mimpi. Malam aku masih rasa baby gerak, pagi tu dua-dia tinggalkan aku. Korang maybe kata aku yang cuai tak pergi awal-awal tapi serious semua jadi tak sampai 24 jam.

MIRAA NORDIN.

Ibu.

“Masa tu aku dah lost dalam otak macam kosong gila tapi dekat mulut tak henti-henti doa semua tu tak betul, mesin tu salah. 'Maybe doktor salah tengok lagi dua hari kot twins dah boleh lahir'.

“Aku tekan-tekan perut suruh twins bangun dan buka zikir sepanjang on the way ke hospital supaya aku boleh relax. Sampai je hospital aku yakinkan diri twins masih ada. Aku masuk dan bagi surat refer dari klinik, ” katanya.

Sebaik tiba di hospital Miraa berkata jururawat bertugas terkejut dan meminta dia banyakkan berdoa dan tawakal.

Baju bayi yang siap dipack untuk kegunaan di hospital selepas bersalin.

“Aku just berharap cepatlah nak scan. And yes, doktor dua orang plus nurse sekali ada masa scan tu memang nampak tak de degup jantung tu. Dua-dua. Dua-dua pergi sekelip mata. Boleh bayang?

“Masa ni memang Allah je tahu macam mana aku nak meraung tapi semua dah tak de guna. Aku siap tanya doktor ada tak apa-apa cara sekalipun untuk dorang hidup balik atau at least seorang selamat.

“Rasa macam mimpi. Malam aku masih rasa baby gerak, pagi tu dua-dia tinggalkan aku. Korang maybe kata aku yang cuai tak pergi awal-awal tapi serious semua jadi tak sampai 24 jam.

“Terlalu cepat bagi aku. Tapi memang orang yang aku salahkan adalah diri aku sendiri. Percaya baby kurang gerak sebab space dah kurang lagi-lagi orang kata perut aku kecil untuk twins. Benda paling bodoh aku percaya, ” katanya.

Justeru Miraa menasihat ibu hamil supaya jangan ambil remeh jika bayi kurang bergerak di hujung kehamilan.

“Jangan sesekali percaya 'normal la hujung-hujung pregnancy baby kurang gerak sebab baby makin besar, ruang takde. Jangan'.

Foto pemeriksaan imbasan bayi kembar Miraa.

“Kalau kau percaya dan takdir kau memang ada lagi rezeki jumpa anak kau takpe la. Maknanya kau beruntung. Kalau macam aku?

“Memang orang kata aku beruntung sebab twins anak syurga tapi sakit lahirkan anak yang dah tak bernyawa tu kau tak tahu, ” katanya.

Mengimbas kembali kenangan semasa di wad, Miraa berkata dia sedih melihat ibu hamil lain yang sedang menunggu masa kelahiran bayi mereka.

“Dalam wad kiri kanan semua happy-happy tunggu masa nak sambut baby, dengar orang sebelah-sebelah duk check jantung baby, duk tengok orang lain bawa beg baby.

“Nurse tiga empat kali salah kejut aku nak check jantung baby tapi aku kena jawab 'baby saya dah takde nurse'. Serious semua sakit. Sangat. Lagi-lagi aku diuji masa PKP ni.

“Tak ada pelawat dibenarkan melawat termasuk suami sendiri. Masa dekat wad satu je aku doa nak cepat-cepat lahirkan twins so lagi cepat dapat kebumikan dorang.

“Aku kena induce dua kali, ambik ubat tahan sakit satu kali, tahan sakit teruk lima, enam jam then lahirlah dua-dua puteri yang kami tunggu selama ni. Sungguh aku dah reda dan terima semua ini, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain