MACAM-macam cabaran atau challenge yang dibuat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Terbaharu, seorang pemuda mencabar dirinya untuk membaca ayat al-Quran menerusi video penstriman secara langsung di hadapan sebuah balai polis. “100,000 komen, aku baca surah Al-Waqiah live kat depan balai polis sambil tutup al-Quran,” tulisnya di halaman Facebook dan sasaran itu akhirnya dicapai dalam beberapa jam.ARTIKEL BERKAITAN: Budak 5 tahun ‘miming’ abang baca Iqra dianggap ‘next Sharifah Sakinah’... bapa baru sedar bila ramai tegur - “Betul juga”ARTIKEL BERKAITAN: Nurse menitik air mata! Dedah keadaan mengejutkan di wad pesakit tabligh, tersentak dengar soalan mereka - “Tahu tak dalam tu semua ilmu agama tinggi” Susulan pencapaian itu, pemuda tersebut tampil mengaji di hadapan Balai Polis Serdang di Seri Kembangan, Selangor kira-kira pukul 6 petang Khamis.Bercakap kepada mStar, Usamah Ishak berkata, bagi menghormati kemuliaan bulan Ramadan, dia perlu melakukan sesuatu yang berbentuk kerohanian. Usamah memohon kebenaran daripada pihak polis terlebih dahulu sebelum melakukan cabaran itu. Pemuda berusia 33 tahun itu memberitahu dia perlu melakukan cabaran yang menguji keberaniannya di samping berkongsi aktiviti yang bermanfaat ketika PKP. “Sejak kebelakangan ini terutama ketika PKP, banyak challenge yang seronok-seronok tetapi hanya untuk ketawa semata-mata. Jadi, kenapa tidak kita melakukan sesuatu ke arah kebaikan. “Kenapa saya perlu buat di balai polis? Sebab saya berpandangan ia lebih mencabar dan memandangkan sekarang tengah PKP, kalau buat di tempat lain mungkin timbul isu. “Malah, buat di balai polis pun saya perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dan memberikan keterangan mengenai apakah tujuan saya,” katanya kepada mStar sambil menambah dia berada di luar bangunan di kawasan balai polis selama kira-kira 20 minit untuk menyempurnakan cabaran tersebut. Perkongsian Usamah mengenai mengaji challenge. Jurucakap Balai Polis Serdang ketika dihubungi mStar mengesahkan perkara itu, sambil memberitahu Usamah mendapat kebenaran dengan melakukannya seorang diri di kawasan premis mereka pada waktu singkat.Usamah berkata, dia memohon kebenaran daripada balai di situ kerana dia menetap di Seri Kembangan, kira-kira enam kilometer daripada balai polis berkenaan selain tidak melakukan perkara yang keterlaluan. Usamah berada di luar bangunan di kawasan Balai Polis Serdang sebelum membaca surah Al-Waqiah menerusi video penstriman secara langsung. Bapa kepada seorang cahaya mata itu bagaimanapun menjelaskan bahawa dia bukan mahu menunjuk-nunjuk atau mengajar orang mengaji. “Saya bukannya ustaz dan sedar bacaan saya pun masih merangkak-rangkak. Tapi kalau dengan membaca yang merangkak ini dapat saya tunjuk inisiatif yang baik kepada orang lain untuk turut sama mengaji atau melakukan aktiviti yang berfaedah lain, syukur Alhamdulillah. Saya tak perlu jadi ustaz untuk tunjuk saya pandai mengaji, tapi sekurang-kurangnya dapat tunjuk contoh yang baik kepada orang lain... lead by example. USAMAH “Sama macam ada orang yang menyanyi sumbang, tapi dia tetap tunjuk kat orang dengan niat untuk menghiburkan. Saya tak perlu jadi ustaz untuk tunjuk saya pandai mengaji, tapi sekurang-kurangnya dapat tunjuk contoh yang baik kepada orang lain... lead by example.“Saya sendiri akui bacaan saya walaupun sekejap tapi kelam-kabut dan tersasul. Tapi daripada kelemahan tajwid itu saya ditegur dan boleh memperbaikinya dengan belajar daripada mereka yang lebih mahir seperti ustaz,” katanya yang berasal dari Dengkil di Sepang. Walaupun tidak mahir membaca al-Quran, namun ia bukan penghalang bagi Usamah untuk berkongsi usahanya itu kepada umum. Mengulas lanjut, Usamah yang merupakan seorang usahawan mengakui gementar melakukan cabaran itu di kawasan balai polis, yang tidak pernah dibayangkannya sebelum ini. “Walaupun ada penjarakkan sosial daripada abang-abang polis yang lalu-lalang, sedikit-sebanyak buat saya gementar di samping memberi tumpuan kepada live yang saya buat. Memang saya hafaz dan al-Quran di simpan dalam kereta. “Dan jujurnya ia adalah pertama kali cubaan saya mengaji secara terbuka dan live. Merangkak atau tidak bukan isunya, yang penting saya mencuba untuk memulakan kebaikan,” katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!