SEWAKTU musim Covid-19 ini, bermacam-macam tips mahupun petua tular di media sosial. Tidak salah untuk mengamalkan petua, namun kita perlu lebih berwaspada dengan sesetengah petua tersebut. Mana tahu, kita ambil langkah untuk mengelak daripada wabak koronavirus tetapi sebenarnya terdedah kepada penyakit lain. Menerusi perkongsian di Facebook Dr Ahmad Zakimi Abdullah yang merupakan seorang pengamal perubatan, beliau menceritakan kembali pengalamannya merawat pesakit yang dimasukkan ke wad pemerhatian, Jabatan Kecemasan. ARTIKEL BERKAITAN: Percubaan usahawan kosmetik jual topeng muka kalis air, doktor tampil beri ilmu - “Nak sangat berkesan, boleh saja pakai beg plastik tapi... ” ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam tak bersyukur buang ubat hospital, ini jawab suami Ina Naim! Beliau yang lebih mesra disapa sebagai Dr Zek itu memberitahu bahawa pesakit tersebut dimasukkan ke wad kerana mengalami reaksi 'anaphylaxic' iaitu alahan yang teruk. "Apabila saya tanya tujuan dia mengambil vitamin C, dia memberitahu tak ada apa-apa. Perkongsian Dr Zek di Facebook mengenai suplemen vitamin C. "Saya tetap tanya lagi apa tujuan dia mengambil vitamin tersebut kerana agak mustahil untuk mengambil suplemen tanpa tujuan. "Barulah pesakit memberitahu yang dia makan suplemen tersebut disebabkan satu kenyataan di Facebook yang mengatakan bahawa makan vitamin C dapat mengelakkan daripada terkena jangkitan koronavirus," ujarnya. Jika ia ada melebihi 2 gram maka akan mengundang kesan sampingan seperti batu karang. DR AHMAD ZAKIMI ABDULLAH Pakar Perubatan Kecemasan Dalam pada itu, Dr Zek menjelaskan bahawa tiada kajian yang mampu membuktikan bahawa pengambilan suplemen vitamin C mampu merawat mahupun mencegah Covid-19. "Produk yang dibeli secara dalam talian oleh pesakit tersebut juga menggunakan pendaftaran KKM yang diragui. "Pesakit ini mengalami alahan selepas beberapa hari memakannya dan ia menjadi semakin teruk dengan terpaksa menerima rawatan IM adrenalin, IV hydrocortisone, IV piriton dan IV ranitidine," beritahu Dr Zek. Dr Zek merupakan Pakar Perubatan Kecemasan di sebuah hospital KKM. Tambahnya lagi, kenyataan yang tular di Facebook itu hanyalah tuntutan daripada golongan antivaksin dan para perubatan amalan songsang. "Mereka tu nak berniaga bukan merawat. "Keperluan vitamin C bagi orang dewasa adalah sebanyak 70 hingga 100 mg sehari. Biasanya satu tablet bersamaan 1 gram. Boleh sahaja diperolehi secara semula jadi dengan memakan buah ataupun sayur-sayuran," jelas Dr Zek yang bekerja sebagai Pakar Perubatan Kecemasan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dr Zek juga memberi peringatan bahawa mengambil vitamin C dengan kadar yang berlebihan mampu mendatangkan kemudaratan pada seseorang individu. "Vitamin C yang berlebihan akan dikumuhkan melalui air kencing kerana ia bersifat larut air. "Jika ia ada melebihi 2 gram maka akan mengundang kesan sampingan seperti batu karang. Antara komen netizen. "Kesan lain seperti rasa loya, muntah, sakit dada, esophagitis (asid perut naik ke esofagus), sakit perut, kelesuan, sakit kepala, susah nak tidur, cirit birit, batu karang, kegagalan buah pinggang dan skin flushing juga berkemungkinan tinggi untuk berlaku," jelasnya lagi. Posting Dr Zek menersi laman Facebook peribadinya itu sehingga kini telah mendapat 1,100 perkongsian serta 2,200 tanda suka daripada netizen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!