suria

“Takde apa ni bang...” - Tragedi sahur! Baru cakap satu ayat, pencuri kereta kononnya ‘cool’ terus kantoi... terima kasih jiran!

Kereta milik Syafiq cuba dilarikan penjenayah pada awal pagi Selasa.

SELEPAS diduga terpaksa berpisah dengan isteri dan anak-anak selama dua bulan gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pemuda ini sekali lagi diuji dengan ujian hebat.

Kali ini keretanya yang diletakkan di depan rumah di kawasan perumahan Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor nyaris dilarikan penjenayah.

Menurut Syafiq Ridhwan, insiden berlaku kira-kira pukul 5 pagi Selasa ketika dia mahu bangun untuk bersahur.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hanya dua saat... kalau tidak ayah kena tetak” - Anak menggigil, kongsi kisah bapa dikejar geng samun

ARTIKEL BERKAITAN: Lihat perompak bersenjata santai terjah rumah, orang awam mula rasa tak selamat, “Masuk rumah macam ada birthday party”

“Pukul 5, saya dengar ada orang cuba start kereta berkali-kali. Masa tu ngam pukul 5 pagi saya terjaga.

“Saya sangkakan jiran sebelah rumah punya kereta (bateri weak) sebab kereta dia jenis Proton Saga lama.

“Mungkin Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni dia dah mula kerja. Banyak kali juga bunyi cubaan nak start tapi gagal, ” katanya dalam satu posting di Facebook.

Keadaan di dalam kereta milik Syafiq yang cuba dilarikan.

Sebaik sahaja keluar bilik, Syafiq berkata dia terdengar suara orang menjerit dengan nada marah datang dari arah luar.

“Saya keluar rumah menuju ke pagar, ada satu akak (jiran) tergesa-gesa keluar dari rumah dia cakap kereta awak ke ni bang. Of courselah kereta saya kan sebab park depan rumah saya," katanya.

Bagaimanapun Syafiq tidak menyangka bunyi yang didengari sebelum dia keluar dari rumah itu adalah percubaan penjenayah untuk mencuri keretanya.

“Rupa-rupanya waktu tu, kawan saya dan ayah dia dah kejar mamat yang pecah kereta saya tu. Tapi tak dapat, ” katanya.

Jelas Syafiq, dia bersyukur apabila taktik penjenayah itu gagal selepas jirannya menyedari ada sesuatu yang tidak kena.

“Bila kawan saya patah balik, saya jumpa dia. Katanya dia pelik dengar dari dalam rumah dia, saya start kereta tak boleh, jadi dia keluar rumah dan datang ke arah rumah saya.

“Bila dia datang tu, dia tegur, “OK tak Pik (Syafiq)?” Tiba-tiba, mamat tu jawab “takde apa ni bang”. Member saya pelik, “abang?” sebab kami bila berborak bahasakan diri pakai nama.

Taktik penjenayah itu berjaya dipatahkan jiran Syafiq yang merasakan ada sesuatu tidak kena ketika perbualannya dengan suspek. Gambar sekadar hiasan.

“Tak sampai beberapa second, dia (perompak) buka pintu sebelah penumpang dan terus pecut lari, ” katanya.

Walaupun keretanya gagal dilarikan, kata Syafiq, dia masih lagi terkejut dengan insiden tersebut.

“Kalau nak kata terkejut tu memang ada. Nak sedih tu saya macam tak rasa sangat. Mungkin lebih sedih bila terkenangkan anak dan isteri yang tak berjumpa sampai sekarang.

Bila dia datang tu, dia tegur, “OK tak Pik (Syafiq)?” Tiba-tiba, mamat tu jawab “takde apa ni bang”. Member saya pelik, “abang?” sebab kami bila berborak bahasakan diri pakai nama.

SYAFIQ RIDHWAN

Mangsa.

“Tapi terkejut tu memang ada. Sebab selalu dengar kes macam ni tapi tak sangka akan berlaku pada diri sendiri.

“Saya anggap ini sebagai ujian. Terutamanya bila berlaku pada bulan Ramadan yang mulia ini. Tak pernah sedikit pun saya persoalkan kenapa ia terjadi. InsyaAllah ada rezeki saya di lain hari, ” katanya.

Tambahnya lagi, laporan polis sudah dibuat selepas insiden itu.

“Report dah dibuat di balai. Pihak polis kata akan meningkatkan lagi rondaan di kawasan kejiranan saya.

Syafiq bersyukur tiada kerugian besar dialaminya.

“Alhamdulillah, lepas double check, memang tak ada barang berharga yang hilang. Total kerugian pun tak besar.

“Sekadar beberapa duit syiling rasanya dan sedikit kerosakan. Selebihnya memang bersepah je lah dan saya pun dah kemas semuanya, ” katanya.

Pada masa sama, Syafiq turut mendoakan agar penjenayah itu bertaubat selain berterima kasih kepada orang ramai yang prihatin dengan nasib menimpanya.

“Faham, PKP ni semua orang terdesak. Tapi dengan berbuat macam ni tak menjadikan diri kita lebih baik.

“Pada pemecah kereta tadi dan sesiapa pun ada niat nak pecah kereta, pecah rumah, buat benda jahatlah senang cerita, kalau kau scroll dan terbaca penulisan ni, taubatlah.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Jagalah diri kita semua terutama dalam musim PKP ni. Ramai orang terdesak sehingga kadang-kadang mereka melebihi batas norma dari kebiasaan mereka, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain