TENTU ramai masih ingat dengan pemuda yang menjadi viral kerana mencabar netizen untuk memotong rambut dengan gaya pelik jika permintaannya agar dihujani satu juta komen di Facebook berhasil. Kini selepas seminggu mengotakan janjinya, Mohammad Rafiezulanwar Jaffri makin popular dalam kalangan netizen sehingga ada yang menggelarnya dengan panggilan ‘Brother 1M’. Namun dek kerana populariti itu, pemuda berusia 24 tahun yang mesra disapa Rafie ini berkata dia terpaksa mengambil cuti sakit selama seminggu selepas memotong rambut dengan gaya seperti bunga matahari itu. “Ini hari pertama saya masuk kerja, seminggu MC (cuti sakit) sebab demam. Mungkin sebab terkejut rasanya, ” kata Rafie pada Rabu. Rafie berkongsi cerita menerusi rancangan mStar Live+. Rafie yang berkhidmat sebagai housekeeper di sebuah hospital di Singapura berkongsi perkara itu menerusi rancangan mStar Live+ di Facebook. Bukan itu sahaja, Rafie turut berkongsi mengenai perancangannya mengenai gaya uniknya itu. Adakah dia akan botakkan kepala? Semuanya diceritakan Rafie dalam rancangan itu. Rancangan berbentuk borak santai bagi mengupas isu semasa dunia hiburan dan perkembangan semasa itu menemui penonton di Facebook mStar Online pada setiap Rabu pukul 3.30 petang. Menerusi episod terbaharu ini, wartawan mStar turut membincangkan mengenai beberapa topik lain termasuk mengenai penceraian pendakwah kontroversi, Da'i Farhan yang mencetuskan fenomena ‘18-19’ sekitar hujung tahun lalu. Bagi anda yang terlepas siaran langsung hari ini, jangan risau kerana ia masih boleh ditonton di Facebook mStar Online. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!