TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Mungkin inilah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan nasib seorang gadis apabila dia teruk dikecam netizen gara-gara satu kenyataan 'berani mati' di laman Twitter. "Pernah tak korang rasa nak accident teruk semata-mata nak tengok siapa yang paling risaukan keadaan kau dan siapa yang datang jenguk kau dekat hospital? ARTIKEL BERKAITAN: Kasihan! Hajat hati nak kongsi kisah kenalan baharu beza warna kulit, tapi kena kecam ARTIKEL BERKAITAN: Gadis berhijab mengaku perangai gila-gila pertahan aksi lucah tunjuk jari tengah - “Ibu bapa dah bagi didikan sempurna, ni atas diri saya” "Aku tanya sebab nak make sure aku ni normal ke tak," tulis gadis itu sehingga menerima lebih 8,000 ulang kicau (Retweet). Hanya ingin dikenali sebagai Mera, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu menafikan dakwaan ramai kononnya dia sengaja menagih simpati dan perhatian dengan cara sebegitu. Kata gadis itu, dia tertanya-tanya siapa akan risau sekiranya dia dimasukkan ke wad? (Gambar Hiasan) "Pertamanya, saya tweet sebab nak tahu benda tu normal ke tak. Tanya followers, tak sangka akan viral. Nak tahu, normal ke apa yang saya rasa? "Sebenarnya tiada niat nak timbulkan apa-apa, nak dapatkan perhatian. Saya cuma nak kepastian. Lepas tweet, tak sangka ramai yang alami benda sama. "Ada orang kata normal, ada orang kata tak normal. Jadi benda ni tak pelik pun. Saya pun sebenarnya masih keliru. Ada orang kata saya tak patut fikir bukan-bukan," kata gadis berusia 18 tahun itu kepada mStar. Tipu lah kalau tak sedih, marah pun ada. Saya sedar, mungkin dari segi penyampaian saya ada silap, orang salah faham. MERA LEPASAN SPM Menurut gadis dari Selangor itu, dia bukan sahaja menerima kecaman, malah ada yang tergamak melemparkan kata-kata kesat buatnya. Lebih parah, ada yang turut mendoakan agar dia benar-benar ditimpa kemalangan sehingga dimasukkan ke hospital. "Saya sebenarnya dah banyak kali kena kecam sebab tweet. Saya tak kisah orang kecam, kata saya bodoh dan gila. Gadis itu sedih apabila ada netizen yang mendoakan dia mengalami kemalangan. (Gambar Hiasan) "Tapi ada orang yang aminkan apa saya cakap, doakan saya accident dan warded. Masih ada orang sanggup kata macam tu. "Tipulah kalau tak sedih, marah pun ada. Saya sedar, mungkin dari segi penyampaian saya ada silap, orang salah faham. "Tapi saya cuma harap orang sensitif sikit bila ucapkan sesuatu ketika marah," kata Mera lagi. Posting Mera di Twitter. Menurut gadis itu, dia mengakui berhadapan masalah stres dan ia menjadi lebih teruk apabila banyak memendam perasaan. Namun kata Mera, dia akan cuba memperbaiki diri dan enggan menyimpan dendam terhadap sesiapa yang berkata bukan-bukan kepadanya. "Saya terima semua kecaman dan makian sebagai teguran untuk perbaiki diri. Saya tak ada simpan dendam aau rasa tak puas hati. "Terima kasih juga kepada yang bagi sokongan, beri kata-kata semangat dan cadangan apa yang saya perlu lakukan untuk atasi masalah dalam hidup," ujarnya mengakhiri bicara. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!