suria

“Army tak kacau orang pun” - Pemilik selipar kuning pijak poster BTS cari pasal... Bayangkan gambar Siti Nurhaliza dipijak

Aksi memijak poster BTS ini ternyata menimbulkan kemarahan ramai.

SELEPAS gempar isu channel Telegram 'Agama BTS' beberapa hari lalu, kali ini tular pula satu lagi kisah melibatkan kumpulan K-Pop popular itu.

Segalanya bermula selepas seorang jejaka di Twitter memuat naik foto poster kumpulan itu yang dipijak menggunakan selipar.

Perkongsian pada Sabtu itu ternyata menimbulkan kemarahan ramai khususnya dalam kalangan kelab peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai Army.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami tak bodoh untuk mulakan hal ini” - Kesian Army dimaki keluarga, cenderahati dibuang gara-gara channel Telegram ‘Agama BTS’

ARTIKEL BERKAITAN: “Memang orang Malaysia macam ni ke?” - Peminat tempatan malu portal luar lapor PU Syed gelar BTS 'syaitan'

"Mana nak cari selipar macam ni? Cantik pulak tengok warna kuning-kuning," tulis individu tersebut.

Posting itu sehingga kini menerima lebih 4,100 ulang kicau (Retweet) di platform media sosial itu.

BTS merupakan kumpulan popular dari Korea Selatan.

Selain mengecam tindakan tersebut, ada juga individu yang turut menyokong perbuatan berkenaan dan berjenaka mengenainya.

"Aku bukan nak back up BTS ke apa sebab lagu-lagu mereka pun aku layan juga macam biasa. Bayangkan ada orang pijak gambar Datuk Seri Siti Nurhaliza apa kau rasa?

"Apa yang anda rasa kalau orang berbuat sedemikian terhadap gambar anda atau orang yang dekat dengan anda. Tentang isu agama tu, mereka tak minta semua itu. Salah peminat yang fanatik dan mungkin kurang didikan agama tapi saya rasa anda lebih bijak dan boleh berfikir.

Saya tak pernah ambil ambil tahu dan kenal kumpulan BTS ni. Tapi jangan tuang minyak tanah dalam api. Hormati minat seseorang.

PELAYAR TWITTER

"Tak payah la nak cari pasal dengan orang bulan puasa ni. Tak suka diam je la tak payah nak disrespect macam ni.

"Army tak kacau orang pun kena layan tweet macam ni, aih tak faham aku.

"Saya tak pernah ambil ambil tahu dan kenal kumpulan BTS ni. Tapi jangan tuang minyak tanah dalam api. Hormati minat seseorang. Yang kurik itu kundi, yang merah saga, baik budi indahlah bahasa.

Posting yang tular di Twitter.

"Weh tak baik kau jatuhkan maruah dia macam tu. Kesian selipar kuning tu," tulis beberapa netizen.

Pada Jumaat lalu misalnya, mStar turut melaporkan kisah channel Telegram 'Agama BTS' yang menyebabkan peminat kumpulan itu teruk diserang netizen.

Namun jelas beberapa Army, channel itu sengaja diwujudkan oleh individu lain yang mahu memburuk-burukkan BTS.

Untuk rekod, BTS dibarisi RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
BTS, pijak poster, Army, K-Pop

Artikel Lain