suria

“Dah anggap macam keluarga sendiri” - Remaja terkilan Apit dibaling dari tingkat 16, pelaku patut terima balasan setimpal!

Kucing dikenali sebagai Apit ini mati dilempar dari sebuah flat pada Jumaat lalu.

KAU pergi dulu.

Begitulah ungkapan seorang remaja lelaki apabila kucing kesayangan miliknya mati akibat dilempar dari tingkat 16 sebuah flat di Sentul, Selangor pada Jumaat.

Menurut Ahmad Syahmi Mirza, sehingga kini dia masih tertanya-tanya identiti pelaku yang menyebabkan kucing dikenali sebagai Apit itu pergi buat selama-lamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tergamaknya manusia! 6 ekor kucing mati diracun buat hati si ayah sebak

ARTIKEL BERKAITAN: Haiwan pun kena sihir? Pelajar bingung perut kucing tiba-tiba terburai, “Dia seret usus datang kat saya”

Bercerita kepada mStar, remaja berusia 19 tahun yang mesra disapa Syahmi mengakui masih lagi terkesan dengan kejadian pilu itu sehingga hari ini.

"Masa tu dalam pukul 10 malam. Tengok kawan-kawan post dekat Instagram Story ada kucing nak mati. Nampak macam kucing saya. Terus bergegas turun.

"Memang betul Apit. Kawan-kawan yang lepak kat taman nampak ada orang baling dari tingkat 16 flat kami.

Syahmi bersama kucing kesayangannya, Apit.

"Memang terus mati. Tapi mereka pun tak nampak siapa pelaku sebab gelap," ujar Syahmi sewaktu dihubungi.

Selain marah, Syahmi juga cukup sedih apabila ada individu yang sanggup bertindak sedemikian rupa.

Ujarnya, segala suka duka selama dua tahun membela Apit kini tinggal kenangan sahaja.

Nasihat saya kepada orang di luar sana, tengoklah haiwan pakai hati, bukan pakai mata je.

AHMAD SYAHMI MIRZA

JURUJUAL

"Masa tu rasa marah, sedih, rasa nak ketuk satu-satu pintu rumah kat flat tu. Tapi tu la, tiga empat kali fikir. Biar je lah. Itu urusan dia.

"Apit ni pula jenis attention seeker. Suka garu-garu, tarik kaki, kejar kaki.

"Apit ni seekor kucing yang lincah, dah anggap macam keluarga sendiri. Apit pandai berak sendiri dalam bilik mandi," ujar jurujual di sebuah pusat beli belah itu.

Kata Syahmi, pengalaman kehilangan kucing tersayang nyata memberi kesedihan dan dia sebolehnya enggan melihat individu lain merasai nasib sama.

Keletah Apit kini dirindui Apit sekeluarga.

Malah, dia juga berharap tiada lagi kejadian kekejaman haiwan dilaporkan selepas ini.

"Nasihat saya kepada orang di luar sana, tengoklah haiwan pakai hati, bukan pakai mata je.

"Saya tak pernah bayangkan ini akan berlaku. Saya jaga elok-elok, dapat macam ni. Memang terkilan.

Apit dibela selama dua tahun oleh Syahmi.

"Hentikan kekejaman haiwan," ujarnya ringkas mengakhiri bicara.

Sehingga kini, posting Syahmi mengenai kisah sedih itu menerima hampir 9,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Ramai netizen turut meluahkan rasa simpati dan marah atas kejadian tersebut dengan meninggalkan komen menerusi posting tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Ahmad Syahmi Mirza, Apit, kucing, flat

Artikel Lain