suria

Demam berlarutan, bapa terkejut Google simptom Kawasaki selepas 5 hari anak di wad - “Sedih dia terpaksa makan ubat jantung orang dewasa”

Umar menunjukkan simptom penyakit Kawasaki selepas lima hari demam.

MELIHAT anak sakit terutama musim Covid-19 merupakan igauan ngeri bagi setiap ibu bapa.

Turut terkesan, seorang bapa yang berkongsi kisah anaknya yang berusia setahun enam bulan disahkan dijangkiti penyakit Kawasaki.

Menurut Abdul Basit M Ariff, anak keduanya, Muhammad Umar El Fateh tiba-tiba mengalami demam panas pada 29 April lalu dan keadaan itu berlarutan selama tiga hari.

ARTIKEL BERKAITAN: “Setiap kali nak mandikan pakcik, si isteri beri alasan” - Nurse terkilan sikap famili pesakit di wad, solat tak tinggal, kerap mengaji tapi...

ARTIKEL BERKAITAN: “Benda paling bodoh aku percaya” - Dulu keguguran, kini hilang kembar! Wanita salahkan diri terlalu positif, sakit lahirkan anak tak bernyawa

“Mula-mula tu dia demam panas. Lepas tu saya bawa dia pergi klinik pakar kanak-kanak.

Umar dimasukkan ke wad selepas demam panasnya tidak surut-surut.

“Doktor beritahu tonsil dia bengkak then kena ambil ubat demam dan antibiotik sebab temperature tak turun-turun.

“Dia punya panas tu sampai dah tuam dengan kain basah pun tak sampai lima minit kain tu dah kering, ” katanya kepada mStar.

Namun pemuda berusia 29 tahun itu mula menyedari ada beguk dekat telinga kanan anaknya yang pada ketika itu kelihatan semakin lemah pada hari ketiga dia demam.

“Umar nampak makin lembik dan start muntah-muntah juga. Memandangkan hari tu public holiday, jadi saya terus bawa pergi emergency.

“Pada mulanya doktor cakap viral fever. Tapi sebab nak bagi cepat sikit temperature turun dia nak suruh drip terus.

“Doktor nak buat ultrasound untuk pastikan bengkak yang macam beguk tu bengkak biasa atau disebabkan ada nanah, ” katanya.

Umar mengalami beguk dekat telinga kanannya.

Abdul Basit bagaimanapun menarik rasa lega apabila keputusan ultrasound menunjukkan bengkak itu kelenjar biasa dan tidak berbahaya.

Meskipun Umar sudah dimasukkan ke wad dan diberikan antibiotik, Abdul Basit berkata keadaannya semakin teruk berbanding hari sebelumnya.

“Patutnya dah start antibiotik dia makin OK tapi doktor still kata tak apa. Dia nak monitor dulu. Sampai la dah hari kelima antibiotik pun Umar still lemah.

“Muka makin sembab. Mata nampak merah. Tangan kaki bengkak. Dia langsung tak berdiri atau jalan sepanjang tempoh ni.

“Memang tidur, berdukung je. Muntah-muntah, cirit semua ada. Time ni memang tak sedap hati dah, ” katanya.

Jelas Abdul Basit, doktor turut pelik melihat keadaan Umar dan mula menyedari terdapat simptom penyakit Kawasaki pada anaknya itu.

“Time inilah baru nak Google tentang penyakit Kawasaki sebab tak pernah dengar. Bila baca Ya Allah, Tuhan je tau perasaan macam mana.

Antara simptom penyakit Kawasaki.

“Umar still demam panas malam tu. Subuh-subuh tu nurse dah suruh bawa dia pergi treatment room untuk ambil darah. Pagi tu doktor datang beritahu result darah Umar kuman tinggi dan ada ciri-ciri Kawasaki.

Then doktor terus bawa Umar pergi scan jantung (Echocardiography). Ada bad news sikit sebab arteri jantung Umar belah kanan dengan kiri memang ada bengkak dan ada air bertakung sikit, ” katanya.

Selepas melakukan imbasan pada jantung Umar, Abdul Basit berkata doktor mengesahkan bahawa anaknya dijangkiti penyakit Kawasaki.

Sekarang Umar kena continue ubat Aspirin di rumah. Next week kena follow up keadaan dia dan bulan depan pula follow up dengan pakar jantung.

ABDUL BASIT M ARIFF.

Bapa.

“So bila confirm kena penyakit Kawasaki ni memang kena buat rawatan cepat. Kalau lambat jantung akan bengkak teruk dan akan ada kesan untuk jangka panjang pada pesakit.

“Penyakit Kawasaki ni tak ada test khas macam ujian saringan Covid-19. Jadi untuk confirmkan penyakit ni kena ambil masa yang lama juga sebab nak kena tengok keadaan pesakit by simptom.

“Dah ada simptom-simptom Kawasaki pada pesakit barulah buat scan jantung. Lepas dah dapat result baru boleh confirm kena penyakit tu ke tak. Macam Umar demam dah lebih lima hari baru simptom Kawasaki ni nampak dekat badan dia, ” katanya.

Selepas rawatan Umar terpaksa makan ubat Aspirin.

Jelas Abdul Basit, anaknya perlu mengambil sejenis ubat untuk rawatan penyakit tersebut.

“Untuk rawatan penyakit ini kena ambil ubat IVIG. Tapi doktor beritahu siap-siap ubat ni harga dia boleh tahan. Umar kena ambil sembilan botol drip.

Total cost untuk ubat dia je almost RM8,000. Ubat je belum masuk benda-benda lain lagi. Tapi memang tak fikir apa dah. Sebab doktor beritahu kena cepat buat rawatan sebelum makin melarat.

So start 1.50 petang Umar on drip selama 12 jam non stop. Disebabkan Umar warded tiga kali dia kena tukar branula sebab tangan dia makin lama makin bengkak so drip tak jalan, ” katanya.

Selepas sembilan botol drip, Abdul Basit berkata keadaan Umar semakin pulih tetapi perlu mengambil ubat Aspirin yang turut digolongkan kepada dewasa yang ada masalah jantung.

“Alhamdulillah. Muka dia pun nampak lagi ceria dan tak sembab macam sebelum ni. Ya Allah lega rasa masa ni. Dia dah boleh senyum dan respon bila kita cakap dengan dia.

Umar dibenarkan keluar wad pada Jumaat lalu.

“Lepas treatment tu Umar kena makan ubat Aspirin. Doktor kata memang orang yang ada masalah jantung akan makan ubat ni. Tapi even orang besar yang ada masalah jantung akan makan ubat ni sehari sekali.

“Tapi Umar sekarang kena makan ubat ni tiga kali sehari. Dos yang sama ya. Sedih sangat bila tengok dia terpaksa depend dengan ubat yang kuat macam ni sekali, ” katanya.

Selepas lapan hari berkampung di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Umar dibenarkan keluar wad pada Jumaat lalu.

“Alhamdulillah Umar dah 95 peratus recover. Sekarang tangan Umar start menggelupas terkeluar habis kulit tangan dia. Maybe effect ubat atau memang simptom kawasaki ni juga.

“Sekarang Umar kena continue ubat Aspirin di rumah. Next week kena follow up keadaan dia dan bulan depan pula follow up dengan pakar jantung, ” katanya.

Perkongsian Abdul Basit di Facebooknya turut mendapat perhatian netizen dan rata-rata mendoakan Umar segera pulih.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain