PERASAN tak bila kita kongsi rezeki dengan orang lain, apa yang kita dapat selepas itu lebih daripada apa yang kita hulurkan kepada mereka yang memerlukan. Itulah yang dilalui pasangan suami isteri ini apabila mendapat rezeki terpijak selepas bersedekah kepada seorang individu yang tidak dikenali di Instagram. Menurut Muhammad Iqbal Harun, isterinya, Ain Suhada ada menerima mesej daripada seorang individu tidak dikenali yang mahu meminjam wang RM50 daripadanya kerana kesempitan hidup. ARTIKEL BERKAITAN: “Orang kata saya tak ada masa depan” - Budak Gerik rasa macam nak menangis jejak Australia! ARTIKEL BERKAITAN: Rider tergamam berdepan ‘kebaikan manusia’, lebih touching kejutan dibuat pelanggan Cina... satu keluarga dapat makan free! “Masa on the way balik dari Kuching ke Samarahan, Sabtu lalu wife beritahu ada seorang hamba Allah DM dia kat IG cakap nak pakai duit RM50. Bersedekahlah mengikut kemampuan kita. “Sebelum ni ada yang mesej macam tu tapi kami ignore je sebab macam guna fake account. Tapi kali ni wife terdetik nak reply dan tanya untuk apa duit tu. “Lepas tu dia reply cakap nak beli barang basic macam beras sebab dia baru lepas berhenti kerja. Dia juga beritahu keluarga dia dah tak pedulikan dia, ” katanya kepada mStar. Pada awalnya, Iqbal merasakan ada sesuatu tidak kena memandangkan individu tersebut seperti menggunakan akaun IG palsu. “Tapi wife cakap dia nak tolong orang tu. Saya terkejut bukan apa sebab dia pakai fake IG, mungkin sebab malu nak tunjuk identiti dia. “Jadi saya pun izinkan wife sebab kesian sekarang ramai susah disebabkan PKP. Wife pun bimbang kalau sebabkan dia, nanti orang itu tak makan dan mungkin akan mati. “Wife pun transfer RM100 kepada orang tu. Masa dapat resit pindahan wang, orang tu tanya kenapa banyak sangat. Wife beritahu tak pe buat belanja sementara pergi cari kerja baharu, ” katanya. Ain bakal melahirkan anak sulung mereka pada pertengahan Julai ini. Namun selepas beberapa jam Iqbal dikejutkan dengan satu berita apabila dimaklumkan isterinya bahawa dia mendapat satu tawaran yang tidak diduga. “Sementara nak tunggu solat Isyak, wife beritahu dia dapat satu job. Nilai job tu 20 kali ganda berbanding duit yang kami sedekahkan. “Selalunya job kami sebagai content creator akan dapat payment dua tiga bulan lepas tu. Tapi yang peliknya kali ini siap dapat payment terus. Mak saya pernah cakap bantulah sesiapa saja yang memerlukan walaupun orang tu kita tak kenal. Kadang Allah saja nak uji kita. MUHAMMAD IQBAL HARUN. Suami. “Saya terus tergamam, tak tahu nak cakap apa. Cuma mampu cakap Alhamdulillah je dalam hati. Lepas tu terus teringat siang tadi ada sedekah, tak sangka pula rezeki terus dapat malam tu juga, ” katanya. Perkongsian pemuda berusia 27 tahun mengenai perkara itu di Twitter mendapat perhatian netizen. Terdapat netizen yang turut berkongsi pengalaman sama seperti dilalui pasangan ini. Iqbal dan Ain menyediakan perkhidmatan sebagai content creator. Tambah pemuda yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi itu, dia berkongsi pengalaman pelik itu kerana mahu orang berbuat perkara sama mengikut kemampuan masing-masing. “Mak saya pernah cakap bantulah sesiapa saja yang memerlukan walaupun orang tu kita tak kenal. Kadang Allah saja nak uji kita. “Jadi bersedekahlah ikut kemampuan masing-masing. Sekecil-kecil pertolongan mampu mengubah nasib mereka yang memerlukan, ” katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!