"DARIPADA pihak pengurusan Iman, kami memohon maaf atas insiden yang berlaku ketika penggambaran tempoh hari" Demikian kata pengurus kepada model yang juga selebriti Instagram, Iman Alyssa Sahabudin selepas aksi remaja itu berbaring di atas tumbuhan hiasan renek berhampiran presint River Of Life (RoL) menjadi tular di media sosial. Menurut pengurus yang dikenali sebagai Adib itu, pihaknya juga sedang berbincang dengan pihak butik Leeyanarahman.co bagi mencari jalan terbaik untuk menyelasaikan perkara tersebut dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). ARTIKEL BERKAITAN: “Ia 10 minit paling bodoh dalam hidup” - Gambar freehair bercuti di Phuket bersama lelaki mirip anak Datuk K tersebar, Sharifah Rose mohon maaf ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin berbaju songket posing di tanah perkuburan, pemilik butik akui kesilapan – “Saya hanya mahu ambil gambar ‘rare’, kubur-kubur mereka pun nampak cantik” "Kami sudah menghubungi pihak Leeyanarahman dan kedua-dua pihak sedang berbincang untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. "Apa pun, perkara sudah terjadi dan memang dikesali walaupun di pihak Iman, dia hanya menjalankan tugas sebagai model. "Apa yang boleh saya katakan, selepas kedua-dua pihak berbincang, kami akan segera menghubungi pihak DBKL... selewat-lewatnya esok (Rabu) sebab kami pun tidak mahu biarkan ia berpanjangan," ujarnya kepada mStar. Terdahulu, pemilik butik Leeyanarahman.co iaitu Nur Liyana Abdul Rahman memuat naik klip pendek aksi Iman ketika 'photoshoot' koleksi pakaian butiknya dilakukan baru-baru ini. Pihak pengurusan Iman sedang berbincang dengan pemilik dan pengasas butik Leeyanarahman.co (gambar) tentang insiden berkenaan. Menerusi klip tersebut, kelihatan Iman berbaring di atas pohon renek sehingga kedengaran bunyi ranting patah, menyebabkan model tersebut dan kru penggambaran tergelak sebelum mereka menarik tangannya untuk berdiri kembali. Aksi tersebut mengundang kecaman netizen dan menyifatkannya sebagai merosakkan harta benda awam. Apa pun, perkara sudah terjadi dan memang dikesali walaupun di pihak Iman, dia hanya menjalankan tugas sebagai model. ADIB PENGURUS Malah perkara tersebut mendapat perhatian DBKL, di mana pihak berkuasa itu memberi amaran pesalah boleh dikenakan tindakan di bawah Undang Undang Kecil Vandalisme. "Tidak kira anda siapa... atau apapun tujuan anda... anda telah melakukan kesalahan di sini. Pertama merosakkan harta Datuk Bandar Kuala Lumpur di bawah Undang Undang Kecil Vandalisme dan kedua melakukan penggambaran tanpa memperolehi kebenaran terlebih dahulu daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur. "Perlu diingatkan bahawa sebarang aktiviti di sepanjang presint River of Life (RoL) perlu mendapatkan kebenaran termasuk penggambaran," tulis DBKL pada satu posting di Facebook. Kenyataan DBKL mengenai insiden tersebut yang dimuat naik di Facebook. Dalam pada itu, Adib sekali lagi menegaskan bahawa apa yang berlaku tersebut sememangnya dikesali walaupun ia tidak disengajakan oleh model berkenaan. "Apa yang saya tahu, ia adalah aksi yang berlaku secara spontan... ia tiada kaitan dengan apa 'pose' yang patut dilakukan... ia ad-hoc. Antara komen netizen yang mengecam aksi 'baring' Iman. "Dan reaksi ketawa itu adalah reaksi semulajadi. Tapi malangnya ia memberi satu gambaran sebaliknya. "Iman sendiri sudah tentu sedih... dia hanya menjalankan tugasnya sahaja. Dan langsung tiada niat untuk buat sedemikian. Walaupun demikian, apa yang berlaku ini adalah pengajaran untuk masa depan," katanya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram [SWIPE LEFT untuk tengok hasil dia] Perempuan memang gigih dalam semua perkara atau gigih untuk bergambar je ? Perempuan sanggup buat apa je untuk dapatkan gambar lawa kan . Hehe . Betul pepatah cakap , hidup perlukan PENGORBANAN A post shared by DESIGN LETOPS NO1 MALAYSIA (@leeyanarahman.co) on May 8, 2020 at 1:23am PDT