KETIKA ramai gembira meraikan Hari Ibu bersama isteri mahupun insan bergelar ummi, mama, ibu dan mak, berbeza pula dengan empat beranak ini. Dia membawa tiga anaknya yang masih kecil menziarahi pusara isterinya sempena hari istimewa itu pada pagi Ahad lalu. Malah Khairul Abdullah turut berkongsi momen itu di Facebooknya sehingga ia tular. ARTIKEL BERKAITAN: Pembedahan keluarkan bayi berjaya, suami hampir rebah doktor beritahu lidah isteri perlu dipotong ‘semua’ dan segera, “Sayang dah nak mati ke?” ARTIKEL BERKAITAN: Suami kongsi kisah tragis di sebalik pokok bentuk love di kubur ‘bidadari’, “Kalau dia dah tak ada tolong jangan beritahu saya” Menurut Khairul, isterinya meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kegagalan semua organ dalamannya. "Sejak ibu mereka meninggal dunia pada Ogos 2018, saya membesarkan sendiri anak-anak. "Ketika itu (anak-anak) Khaleef berusia empat tahun, Khaleel, pula dua tahun dan Khaleed baru berusia tujuh bulan. Kini mereka masing-masing dah berusia enam, empat dan dua tahun. Buaih (lasak) kemain," katanya dalam loghat utara. Tiga anak Khairul sewaktu menziarahi pusara arwah ibu mereka pagi Ahad lalu. Bagaimanapun kata-kata anak sulungnya, Khaleef yang seakan-akan sudah mengerti apa yang menimpa ibunya ternyata mengundang sebak netizen. "Oh Allah, please forgive my mommy and put her into syurga. Aamiin." Khairul berkata itu antara doa tiga anaknya terhadap ibu mereka sebaik selesai bacaan surah Al-Fatihah. Tidak lama kemudian, Khairul berkata Khaleef mengajak mereka pulang ke rumah dan ketika itu anak sulungnya itu kelihatan berbeza kali ini. Belum sempat aku habis ayat, terus dia peluk kaki aku. Please don't daddy, don't tell mommy. Please, please. Suara dia bergetar kuat. KHAIRUL ABDULLAH. Bapa. "Tadi waktu nak keluar kereta pun dia ambik masa. Dia cakap tak sihat. Aku tahu kalau dia macam mengelak tu tandanya dia sedih. "Waktu pagi aku ajak pergi pun dia cakap dia takut dia sedih. Korang tahu kan, dia tak pernah menangis pasal mak dia. "Dia pernah berjanji dengan mak dia yang dia tak akan menangis bila mak dia mati. So dia pegang janji dia. Kalau dia sedih tu dia akan elak bercakap pasal mak dia," katanya. Apabila diajak balik, Khairul meminta Khaleef untuk tunggu sekejap kerana dia mahu bercerita dengan isterinya mengenai tiga beradik itu. "Daddy want to talk to mommy. Nak cerita pada mommy pasal baby, pasal adik dan juga pasal abang yang selalu tak dengar cakap daddy. Khairul membesarkan tiga anaknya yang masih kecil seorang diri sejak kematian isterinya. "Belum sempat aku habis ayat, terus dia peluk kaki aku. Please don't daddy, don't tell mommy. Please, please. Suara dia bergetar kuat. "Air mata dia tumpah laju tanpa tangis. Dia masih menahan getap bibir dan esakan mula kedengaran. Masih dia meratib ayat 'please don't' agar aku tidak ceritakan pada mak dia, ” katanya. Respons Khaleef benar-benar menimbulkan kekesalan pada diri Khairul. "Ok ok ok, I'm sorry. Daddy minta maaf, daddy tak cerita pada mommy. Abang baik, abang selalu tolong daddy. "Abang anak yang bijak dan rajin. She must be very proud of you. Aku dah silap ayat. Tak patut aku ugut dia macam tu. "Aku pula yang menyesal. Aku terbayang apa yang dia rasa. Bagaimana perasaan anak kecil yang menahan rindu pada seorang ibu," katanya. Malah Khairul mengakui air matanya turut menitis kerana menyesali perbuatannya itu. Antara komen netizen mengenai perkongsian Khairul. "Aku pula yang teresak-esak kat situ. Kesalnya aku. Dan dia masih menyembam mukanya ke kaki aku menyembunyikan tangisnya. "Aku angkat, aku dukung dan aku peluk erat," katanya. Dalam pada itu, Khairul turut menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada arwah isterinya. "Jeda. Yang, anak-anak semua OK. I'm OK too. It is tough but it's OK. You don't have to worry about us. How I wish you can see them grow. "Baby dah pandai bercakap tau. Abang-abang dah pandai membaca. Semuanya dah besar yang. You must be proud of them. "As for me, I did my best. I gave it all. And I hope I make you proud too. Selamat Hari Ibu. We miss you dearly," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!